Hi, Julai?

Rabu, Julai 12, 2023


 

10 hari kemudian, baru timbul. Mana pergi mat? 

Diserang penyakit M seminggu lalu. Perancangan terbantut semuanya. Maka, malam ni, kita taip segala cerita ingin dikhabarkan. 

.

Alhamdulillah masih hidup. Masih punya anak dan suami. Masih punya nafas dan rezeki untuk semuanya. Bulan 7, banyak hari ulang tahun kelahiran anakanda Aien. Sorang dah lepas hari tu, 6/7/21 -6/7/23 ; genap Nadhira Imaani berudia 2 tahun. Masih belom wean off. Cuma dia pun dah kurang menyusu jugaknya.

Lusa pula, ayahanda tersayang 13/7/62 . selamat ulang tahun ayah! Tahun lepas dapat celebrate sama-sama sebab saing dengan Raya Haji kan? Tahun ni dah clashed sikit jadi tak pasti sama ada Atok dan Opah sudi nak ke Johor raikan bersama cucunda semua. 

18/7/19 - Satu-satu bujang ibu dok sibuk tanya bila birthday dia. Hari ni saja dok nyanyi happy birthday entah berapa kali. 😅 In shaa Allah doakan rezeki Ayah ibu murah, kita boleh celebrate ramai-ramai sikit saing sekali sempena Awal Muharram nanti. 

.

Over all, untuk 11 hari pertama Julai berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semoga dipanjangkan rezeki dan rahmat Allah pada semua manusia di atas muka bumi ni. Sekiranya korang dalam kesedihan, jangan berputus asa. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani takkan pernah membebani hambaNya di luar kemampuannya. Believe it! Tiba masanya Allah akan beri sesuai dengan waktunya. 

.

Selain daripada tu, banyak review drama tertunggak. 

 Dr.Cha 

The Good Bad Mother 

Hidden Love 

Ehh, tak banyak laaa. Haha Konfiden aje laa. Sebab ritu baru habiskan episode terakhir Dr.Cha yang macam hambar. Jadi nak tulis review macam pending laa. Yeheee.. Apapun Nur, harus Chiayok! Jangan pernah mengalah. 

.

Oh ya, semalam jugak, Google Adsense Aien dah pun dimatikan sebab dia suruh update payment method pahtu aku dah update masih jugak xda feedback and up nak bagi dokumen billing atas nama sendiri memang tak ada. jadi, macam. . krik krik aje laa. Begitu juga dengan Seaech Console baru ni la tadi, hantar emel suruh update domain apa ntah. Hurm, benda edit pakai phone je. jenuh ler nak membaca dalam skrin kecik ni kalau tak paham. Buat tak tau aje laa. .

.

Next, semoga fasa kedua 2023 kita berlalu dengan baik ya semua. Doa yang baik-baik minta yang baik-baik. Dan jangan lupa usaha. Doa saja takkan berjaya di dunia. Apatah di akhirat. K, sayang semua! 💖



4 ulasan

  1. Wah, banyak july babies dlm family aien ya... semoga dipermudahkan urusan sepanjang julai ni

    BalasPadam
  2. good morning.. have a good day, moga yg baik2 saja utk kita semua..aamiin

    BalasPadam
  3. semoga ada rezeki lainnya... akak dah lebih 10 tahun ada blog, tak pernah pun cashout adsense tu..hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤