Cadbury Dairy Milk dan Mydin Malaysia mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia dengan membuat kuih sambil menghulurkan bantuan — Kuih raya Dari Hati.

Ahad, Mac 19, 2023

 


Cadbury Dairy Milk dan Mydin Malaysia mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia dengan membuat kuih sambil menghulurkan bantuan — Kuih raya Dari Hati. 


Semarakkan kemeriahan Aidilfitri bersama Cadbury Dairy Milk dan MYDIN Malaysia dengan membuat kuih untuk rumah kebajikan serta mencatat nama dalam The Malaysian Books of Record. 


Kuala Lumpur , 8 Mac 2023 - Di bulan yang mulia ini, umat Islam berpuasa untuk memperingati mereka yang kurang bernasib baik dan pada masa yang sama meningkatkan kesyukuran dalam diri. Sebagai pelengkap untuk Ramadan kali ini, Cadbury Dairy Milk menyatukan keluarga di Malaysia menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati.


Melalui inisiatif ini, rakyat Malaysia dapat melakukan kebaikan dengan membuat kuih Tart Cadbury yang akan disumbangkan kepada rumah kebajikan. Acara Kuih Raya Dari Hati akan menghimpunkan rakyat Malaysia untuk membuat kuih Tart Cadbury dengan harapan mencipta sejarah sekaligus menerima gelaran “Kuih Tart Coklat Cadbury Terbanyak Yang Dihasilkan Dalam Sebuah Acara” daripada The Malaysia Book of Records.


“Kempen Kuih Raya Dari Hati ini dilancarkan demi mengukuhkan persaudaraan melalui pembuatan kuih dan menyemai sifat pemurah dalam kalangan ahli keluarga. Cadbury Dairy Milk mahu memberi peluang kepada mereka yang menyambut bulan mulia ini untuk mencipta kenangan bersama ketika membuat kuih dan berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa yang sama, harapan kami aktiviti ini dapat mencatat kejayaan dalam The Malaysia Book of Records. Tanpa MYDIN, segala hasrat ini adalah mustahil untuk dilaksanakan sendiri dan kami amat bersyukur atas sokongan penuh yang mereka berikan,” Narmeen Khan, Pengarah Urusan Mondelฤ“z International Malaysia & Singapore.


“MYDIN amat berbesar hati kerana dapat berganding bahu bersama Cadbury Dairy Milk untuk menceriakan hari mereka yang memerlukan. Amalan berkongsi kebaikan dan meluangkan masa bersama amat ditekankan di bulan Ramadan. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini dengan menyediakan tempat khas untuk Cadbury. Semoga kempen ini akan memberikan secebis memori indah dalam kalangan keluarga serta senyuman kepada warga rumah kebajikan ketika menyambut Hari Raya,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).


Acara Kuih Raya Dari Hati ini akan dijalankan di seluruh Malaysia di cawangan-cawangan terpilih seperti berikut:


● MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (12 Mac)

● MYDIN Subang Jaya, Selangor (13 Mac)

● MYDIN Tunjong, Kelantan (16 Mac)

● MYDIN Mutiara Rini, Johor (17 Mac)


Sesi membuat kuih Tart Cadbury turut menampilkan chef selebriti seperti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain. Untuk menyertai acara ini, peserta hanya perlu mendaftar di laman rasmi Cadbury Dairy Milk https://bit.ly/CadburyMydinRSVP dan layak untuk menerima baucar beli-belah MYDIN.



Welcome note daripada famous host dan personality, Nazrudin 'Naz' Rahman. 


Q&A session with Narmeen Khan -
Managing Director of Mondelez International
for Malaysia and Singapore, and Tuan
Ahimmat bin Mydin, Executive Director,
Mydin Mohamed Holdings, hosted by emcee
Nazrudin Rahman.


Q&A session with Narmeen Khan -
Managing Director of Mondelez International
for Malaysia and Singapore, and Tuan
Ahimmat bin Mydin, Executive Director,
Mydin Mohamed Holdings, hosted by emcee
Nazrudin Rahman.


From left to right:

1. Chief Marketing Officer of The

Malaysia Book of Records, Mr. Jwan

Heah Yeow Hooi

2. Senior Marketing Manager of Malaysia

& Singapore Chocolate, Ng Boon

Siew

3. Executive Director of Mydin Mohamed

Holdings, Datin Wira Dr Hajah Siti

Hawa Mohd

4. Executive Director of Mydin Mohamed

Holdings, Dato' Murad Ali bin Mydin

5. Managing Director of Mondelez

International for Malaysia and

Singapore, Narmeen Khan

6. Executive Director of Mydin Mohamed

Holdings, Tuan Ahimmat bin Mydin

7. Brand Manager of Cadbury Dairy Milk,

Keane Teoh

8. Deputy General Manager Marketing of

The Malaysia Book of Records, Mr.

Aaron Bong Ken Jin

Introduction of chef Dato’ Fazley Yaakob by
emcee Nazrudin Rahman

Chef Dato’ Fazley Yaakob taking the stage to
demonstrate the baking of Cadbury
Chocolate Tarts


Participants baking their own batches of
Cadbury Chocolate Tarts under the tutelage
of chef Dato’ Fazley Yaakob.


Participants getting their photos taken at the
photobooth


Final group photo with chefs and all
participants after the baking session


Total number of Cadbury Chocolate Tarts

baked at the baking session




Antara kemeriahan ketika baking session berlangsung di Mydin Subang Jaya, Kuala Lumpur


Kemeriahan Baking Session di Mydin Bukit Mertajam, Penang. 



Gambar para peserta di Mydin Tunjong,  Kelantan. 


Kempen Kuih Raya Dari Hati 

Selain itu, kempen Kuih Raya Dari Hati turut menyaksikan kerjasama antara Cadbury Dairy Milk dan dUCK bermula dari 1 Mac hingga 30 April. Dapatkan produk Cadbury Dairy Milk dan anda berpeluang menyambut kemeriahan Raya dengan barangan ekslusif Cadbury Dairy Milk x dUCK. Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan di seluruh negara, layari https://bit.ly/CDMRaya23.


Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi kami di 

https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.


2 ulasan

  1. x de plak kat sban...suka gak event masak2 mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia kerjasama dengan Mydin kak...Jadi port dia ikut mana ada mydin. Ahh

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. ๐Ÿ˜˜

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤