Konspirasi 365 by Pena Kayu

Rabu, Februari 08, 2023
Konspirasi 365 by Pena Kayu

Hi, korang! Next dah baca Menunggumu, terus sambung Konspirasi 365. The one lama betul simpan rasa nak beli tapi ditahan-tahan sebab macam boleh tunggu. Tahun 2023 baru la dapat sambar dengan memejam mata. HAHA 


"Marry Me!" Diungkap tanpa perasaan.  "Saya perlukan awak sebagai isteri untuk tangkap pembunuh abang awak." 


Alasan kau Leon, sangat la tak bernas. Aku pun la terpengaruh la jugak. Kenapa abang dia kena bunuh? Kenapa Leon pulak ambik alih tetiba kata nak kena kahwin pulak dah. 

Dalam hati, sabar Nur. Nanti tunggu dulu. Ada rezeki lain kita sambar. Haa, dah sambar. Balut dulu, cari mood baru baca. Sekali dah baca,  Ehh. Kenapa ? Kenapa? Kenapa? Boleh tak nak belek belakang terus? 

-Jangan Nur. Baca ja sampai habis dulu. Tak best la spoiler. 😅 


Baca ketika anak tidur petang memang aman sejak pindah sini, memasing kepenatan bermain. Jadi ibu ada me time sikit. Balik cerita asal, ni sinopsis dia. Macam tak jelas sangat, but I'm too lazy nak capture balik. HIHI 


Kematian Abang Amran memang mengejutkan Haira. Apatah tetiba dia dapat emel sehari sebelum kematian abangnya yang dibuka seminggu selepas pengebumian. Dijejaki rumah Abang Amran dan terjumpa susuk tubuh si Leon ni. 
.

Eh, kau! Jangan bagi spoiler boleh tak? Haha Kenot la wei. Kalau tengok wayang me kan macam orang yang suka tanya what happen next dan willing untuk jadi spoiler pada mereka yang tak tengok. Ko rasa? 

Kisah Leon dan Haira kontra dengan Adam-Rhea. Hakikatnya tetap sama sebab mereka kena kahwin atas desakan orang ketiga padahal memasing love in first sight. Cara Pena Kayu garapkan jalan cerita tu buat kita wonder dan wonder kenapa, dan kenapa? Bagi aku la kan. Tak tau la bagi korang. 
 
Pena Kayu bercerita gaya bersahaja dan Konspirasi 365 jujur aku cakap dengan heaviest feeling ever. Sampai buat aku nangis wei. Pasal Leon ni pendiam dan bercakap bila perlu which paling dengam karakter dengan orang yang aku sayang. HAHA dia macam - protector sungguh si Leon ni. Dah la tetiba muncul dalam hidup Haira dan ajak kawen dengan tak ada perasan, ko rasa? Haa sama la tu. Terus tanya bila nak jumpa ayah awak? Eh. Eh. Kita pun terkulat-kulat la jugak nak hadam. 
 
selingan - tetiba tengok pulak luahan hati sang suami kat tiktok. Aihhh, sebak lain maciam. 

Dia sangat menjaga Haira dan Haira pulak jenis sangat nak ambil tahu. - ehh sama ke tu?  Nasib la aku ni tak la kisah hidup macam tu. Berulang kali Leon ingatkan, kalau nak buat tu, buat ler betul. Haira rasa dia dah sembunyi sehabis daya. Kenapa boleh kantoi dengan si Leon ni? Dasar singa. 
.

Haa, konklusi jumpa tak dorang dengan pembunuh Abang Amran? Semestinya jumpa. Tapi orang tak disangka. Orang yang menyelinap masuk dalam kehidupan mereka dan orang yang paling Haira percaya rupanya. 
 

As I said at instagram - Khilafnya seorang ayah. Dia nak tentukan hidup anak dia. sekian-sekian orang, yet kerana dia, anaknya terkorban. Prolog dari Amran sangat sedih. Terbayang pulak kalau sendiri pergi dalam keadaan mengejut, bersediakah aku? 
.

Okay, insaf jap. Jumpa lagi next entry. 



4 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤