Hair Protein Treatment by Odid Official

Isnin, Februari 20, 2023

 


Salam Monday people! Sihat tak tu? Hari ni Aien nak share satu product yang bagi Aien best jugak sebab dia datang saat diperlukan. 


Actually, product ni Aien dapat dari instagram @0.8l.malaysia yang menjadi medium kepada content creator dapat product free dari Korea Selatan secara percuma dan buat review jujur di page mereka tadi. Best juga la setakat ni padahal baru 2 product. Haha 


Kali ni Aien dapat minyak rambut dari Odid yang serba wangi dan sesuai digunakan secara harian dan amat membantu mengurangkan kadar frizzy pada rambut. Memang seronok la pekena minyak rambut ni pada Nayla yang memang dah serupa kuyang kata nenek dia. 


Sejak menggunakan minyak rambut ni, rambut Nayla yang sedia ikal less frizzy dan mengembang. Sekaligus cantik dah tak payah ikat rambut dia. Bukan nak claim as much as kena review kat page O.8l tu kan, tapi memang best. Korang boleh la dapatkan minyak rambut ni di shopee jugak tau. 

Minyak Rambut



Lagi bestnya minyak rambut ni dia ada bauan luxury. Dengan gabungan berries sebagai top notch bauannya, rose sebagai middle notch serta musk memang sangat sesuai untui mereka yang suka wangian tu. Adehhh, hari-hari ni pakai kat Nayla senab dia selalu bermain, bila tak ikat rambut, automatik kepala dan rambut dia jadi bau himang. Ehh, bau hapak peluh gitu. Sejak letak minyak rambut ni selepas mandi, kalau dia bermain pun rambut dia masih wangi. Hee~ Makin seronok ibu. 


Tu je la nak cerita. Memandangkan asyik up di instagram sampai blog pun ketinggalan ni. Nak cerita pasal pindah rumah tak habis kemas lagi. Mood masih kelaut sebab pitih xdop. Haha Jadi kita selit-selit aje la kan. 


Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤