Can I cry for no reason?

Jumaat, Disember 10, 2021


 

Sambil dengar Easy On Me by Adele, tetiba chest pain hit me over. Sakit, tapi tak tau sebab apa. Mungkin faktor lagu, bisik hati.  Dah lama benar tak melayan lagu sejak jadi bini orang ni. Seolah hilang dalam dunia yang tak tau nyata atau tidak. Nak kata tiada identiti, jasad wujud je. Nak diagnosis sendiri punya simptom anxiety atau depress, masa buat kaji selidik buka buku pink mengandung Nadhira dulu, tiada pulak doktor kata parah. 

Cuma, itu la. It's hit me hard. Kadang berdiri masak kat dapur pun boleh termenung. Me dengan termenung berpisah tiada. Kosong. 

.

Jika cerita sama orang tua, mesti dikasi tau, kau bawak solat. Jangan tinggal Allah, nescaya Allah tak tinggal kamu bah. In shaa Allah, pujuk hati. Ya benar bah tu diri. Manakan kau mau dusta nikmat yang Allah telah berikan pada kamu tu? 

.

Jeda. 

Telinga dengar lagu. Fikiran berlayar kosong. Ikutkan banyak saja rencana dia. Susun plan untuk next year. Orang kata, tamau pening kepala kau jot down all inside your memory. Tapi, bila sudah pegang pen automatik nak menulis semua kenangan lama. Tak, aku dah tak ingat dah semua tu. Dah moving forward. Sebab semua tu mengajar aku jadi aku yang sekarang. Seronok bila jumpa adik-adik yang dah berjaya. Dorang dengan life dorang, misreable dorang yang dorang hadapi  manakan kita nak tau. Everyone ada dark side dia sendiri. 

.

Apa kisah kau? 

Banyak. Kau nak baca semua? 

Naa, it's okay. Aku tulis sekadar buat lapangkan hati. Lama rasanya tak menulis macam ni. Sejak di-mention "don't ever told people your feeling." So, aku diam. Diam elok-elok mendam rasa. Bahawa suri rumah punya anxiety itu level dia tinggi melangit. Anxiety ke depress? Mana-mana la bila kau pun tak jumpa siapa, kau pun tak tau kabar dunia luar. Kau baca tapi kau tak keluar, sama saja tak payah ambil tahu. 

.

Pahtu tanya diri , sampai bila? 

.

Angkat bahu. Tunggu anak-anak dah besar sikit kot. 

.

Belom sempat besar keluar lagi tang kecik lagi. 

.

Senyum. Ketawa kecil pun ada. Smirk kata orang putih. 

.

Kau ingat aku tak ada impian nak berjaya? 

.


Oh, ritu jalan balik sarawak tetiba nampak bersepah Nissan Navara. Bawak balik semua memori lama. Memori dara sang ibu ni. Tetiba keluar thought -Kau tahu? 

Panjang jela ceritanya. Aku simpan semua. Ikutkan boleh je nak jadi cerita di blog. Tapi, simpan. Nanti orang kata laki dia tak jaga dia elok kah? Elok. Cuma ya laa, perempuan. Aku sendiri pun tak faham la kenapa complicated sangat. 

.

Back to Nissan Navara, one of my kereta impian. Kenapa? tak tau. Mungkin sebab jatuh cinta pandang pertama. Di Sarawak, kereta 4X4 tu memang kereta ruji orang kata, bersepah. Walau dalam bandar. Comot semuanya. Payah la nak jumpa yang hensem. Semua dari pendalaman, ladang. Eh, bukan nak cakap Johor teda. Ada cuma ya la. Aku kan tak keluar rumah. 😊

.

Pahtu kalau bukan si Navara, paling tidak si Suzuki Swift yang tambun tu. Cukup la buat diri yang comel ni. Imagine diri balik kerja, sorang-sorang, enjoy the moment. 

.

Enjoy the moment. Alhamdulillah. Thankful for everything. For past, and for now. Glad I took the step to moving out from there. Bukan sebab tak bagus, cuma terlalu banyak negative vibes. Serba sedikit, terkesan selepas 8 hari berada di sana. Aduh, sudah! Terkena juga. Tu yang nak cari balik positif vibes tu balik. Mudahan 2022 boleh maju dengan lebih baik. 

.

Bukan fake, nak wishes Alhamdulillah. Padahal tak enjoy pun life tu. Aku enjoy beb. Cuma bila jumpa orang yang asyik nak compare sana sini, jadi macam... Eh, kau dah kenapa. Alih alih, cuba tengok orang tu..  begini begini.. Cuba tengoo orang tu. begitu begitu.. Eh.. 

.

Dah la. dah 2022 dah ni. Berenti la wei penatkan diri sendiri. Teda juga orang fikir macamana kamu fikir tu bah. Mungkin ada, tapi ada aku kisah? Sebab tu one of the reason juga la kenapa aku malas juga nak sembang panjang, balik-balik sama old story. .

.

Last aku simpan entry ni. Tak bagi shiapa baca. Tapi I need support. Teda juga la orang nak baca blog kau tu. Kau ingat apa yang aku tayang tu semua happy story behind dia? Ada la happy. Yang sad dia, kita kasi simpan elok. Mudahan elok la. 

.

Moga kita direzeki berjumpa positive vibes selalu. Berhenti asyik nak mengajar orang. Sometimes, we need to be listener, a good one. Without judging her story. Comfort her, say - It's okay dear. You doing very well. Hugs~ 

.

Mungkin mereka pernah silap, tapi tak mengizinkan kita untuk kecikkan hati mereka. I learn it from the mistake. After awhile, let it go. Marah tu cuma 4 minit. selebihnya ego. Aku la tu. 

Hujung tahun kena buat family photoshoot la. Kenangan. Video ibu buat pun semua simpan kat IG. One day, kids will remember it. Siap tanya- Ibu mana? 

.

Di balik semua gambar tu, ada seorang wanita nak simpan semua kenangan untuk hari besok. jangan pernah marah, sebab aku pernah rasa mana pergi semua kenangan kami tanpa sekeping gambar. Ibu bukan selalu ingat, jika dilihat kembali, terlalu banyak perasan bercampur aduk di balik sekeping gambar. 

Moga anak-anak Ibu Nayla Insyirah, Izz Najmi, Nadhira Imaani menjadi anak-anak penyejuk hati ibu ayah. Anak yang soleh solehah. Ibu tak mampu buat yang terbaik, tapi ibu cuba to be the one. Hoping a good year in front us. 




-noonefamily-


Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤