Baru bersinar kembali selepas I sinar?

Isnin, Disember 21, 2020

 


Wah, lama betul menyepi. Aduhai.. Bukak tutup bukak tutup. Tak ada idea la ibu ui nak menulis. Tajuk ada. Berlambak. Nak karang tu, subhaa Nallah.. esok je la aku sambung tulis lagi. Gitu la dia sejak dua menjak. 

Ada yang rindu ke tu? lagi beberapa hari nak krismas, ada yang dah balik kampung halaman ke tu? Aku ni haa, menghitung hari untuk next year, dengan doa moga Sarawak tamatkan kuarintin untuk mereka yang daripada luar sarawak. Kes covid pun  tak juga surut. Adik cerita, Kuching dah jadi Yellow zone balik sebab ada kes tempatan yang dia tak ke mana pun, tapi positif covid jugak. Haila, kalau nak kena tu kena la jugak walaupun kita jaga elok-elok. Bukan bermakna kita boleh ambil ringan..eh, tak laa. cuma luahan hati orang dah lama tak balik jumpa mak bapak.. Macam tu la dia.

Disember ni, ke mana saja? Tak ada. Ada jer baca sana baca sini. baca saja la. nak tinggalkan jejak dah kata malas. Haha 

teruk betul penyakit M ni kena hujung tahun. Nak rehatkan minda sat. Set new goal. New planning untuk tahun depan. Hari ni orang ramai dah start mohon I-sinar? Aku? Tak apa la. Masih okay lagi kot. duit pun risau habis kat scammer je nanti. Bwahaha amboi, sangka buruk nau. 

Buat apa keluar duit, tapi xleh nak ke mana. Bisuk bisuk saja la aku guna. bukan teda jugak hari bisuk tu kan. Hadiah untuk pengikut 400 aku pun belom beli. Tak ada idea. Hari tu macam dah ada. Tapi, utamakan utama dulu. Lemari rebuk sana sini. Hujung tahun la semua nak runtuh. Nasib bukan rumah runtuh. Sorry tau awak. 

Aku ni kalau hujung tahun blur je sebab dok fikir apa je aku dah buat sepanjang tahun ni. ingat nak semangat untuk next year..tapi semangat tu tak jugak datang. Angan banyak, semuanya ke langit. Sudah la tu. Esok lusa tulat aku sambung tulis review drama. He he h e.. Lepas tengok LeeDong Wook semalam rasa macam semangatku kembali. Eceh. Haha 


Banyak dalam list. Tunggu.. Ada yang dok tanya chinese drama apa yang best untuk aku? Jap yek. nanti aku buat list. The Romance Tiger and Rose pun tengah tayang di 8tv jam 7pm ke 9pm. 

Haa, pegi la tengok. Dok gelak sorang-sorang dengar dan tengok drama Sang Pewaris. Kenapa gelak? Sebab suka tengok Ben Amir gila-gila dalam tu. Eh, terpanjang pulak bebel. 

U olls baca ke tu? Hehe Dah esok lusa sambung lagi laaa. tu bila lama tak bercerita.. seronok pulak. U olls jangan jemu k...😘


2 ulasan

  1. klu tadak smgt nak tulis , takleh buat apa kan, kena tggu dia dtg jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la pasal. dah rindu nak membebel bukak la balik. sayang pulak tengok BR makin teruk. mwahaha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.