Step 1: For Marriage | Hi~ Assalamualaikum 

Tahun baru menjelang, Aien pun makin busy dengan perancangan yang besar dalam hidup Aien. Wow~ Aien.. Tahniah! 

*shyly smile* 

Okay. let's go to the topic. Aien nak cerita la benda basic when you planning to get married. haaa. 

Step One: Daftar Kursus Pra Perkahwinan

Alah~ benda ni setiap negeri ada. Cumanya berbeza nilai harga dan cara bagaimana setiap Jabatan Agama Islam setiap negeri masing-masing handle la kan? 

Macam last few month, ya ya last year, Aien praktikal ni JAIS Miri, banyak la jugaknya Aien belajar. Secara tak langsung bonus untuk Aien untuk setiap step pendaftaran ni. 

Back to story. 

First, bila nak daftar Kursus Pra Perkahwinan ni ada DUA langkah. Either you choose to walk in to mana-mana Jabatan Agama Islam or Majlis Agama Islam or Pejabat Kadi  la senang untuk semenanjung Malaysia, atau register online di laman sesawang Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. 

Macam hari tu, Aien ingat nak amek kat kolej memandangkan murah la jugak RM80 (harga Melaka) and dekat sebab masa tu Aien ada kat kolej. Alih-alih pulak, dorang MAIM tunda sampai bulan 1. Like what??? 

Mana Aien nak tunggu kat Melaka sampai bulan 1 semata-mata untuk kursus tu kan? Sedangkan di Miri, Aien boleh je dapat lagi murah. 

Tapi, Aien gigih dan gagah pergi la daftar online, nak amek kat Melaka jugak. Done daftar online, tak sempat nak pergi bayar sebab masalah transport. Macam-macam la dugaannya. Memang betul-betul tak suruh amek kat Melaka gamaknya. 

So,  terbang la sia-sia RM80 yang Aien dah bayar kat kolej tu. Tak dapat claim untuk MAIM, So, I'm done! 

Tunggu balik nanti la. En. Tunang pulak dah amek sendiri kat Johor. Sampai hati tak ngajak. :') Nak tak nak kena la ambil persendirian. Tak sweet betul la, kenang amek kursus ni sorang-sorang. Haha

And, bila dah daftar tu, PLEASE REMEMBER PAY ONE WEEK BEFORE THE DATE. haha benda ni yang Aien always terlupa. ish ish ish.. Bila dah sibuk, terlupa yang kita dah daftar, tapi belom bayar. parah! Maka, tunggu la pada hari kejadian yer.. Nasib boleh bayar di kaunter pendaftaran. Dan nasib mereka itu dah kenal tuan diri yang sangat pelupa ini. Kah! 

Aien sertakan harga Kursus Pra Perkahwinan seluruh Malaysia bagi tahun 2016. 
Sarawak - RM 50
Melaka - RM 80
Johor - RM 120
Selangor - RM 80
Perak - RM 100
N. Sembilan - RM 80
Kelantan - UNKNOWN 
Terengganu - RM 50
WP Labuan - RM 120
WP Kuala Lumpur - RM 120
Perlis - UNKNOWN
Kedah - RM 80
Sabah - RM 100
P. Pinang - RM 80


Haa~ macam biasa la. Harga pun pusing situ je. Untung dok Terengganu ngan Sarawak. haha dapat murah.. 

Seperti kebiasaan bila kita pergi kursus, mesti ada dress code yang kita kena ikut. Untuk kursus kahwin ni, of course dress code dia, berpakaian sopan, lelaki mesti pakai kopiah or songkok dan perempuan memakai pakaian menutup aurat dan memakai tudung. 

Sijil kursus pra perkahwinan ni ada setengah negeri macam johor, hanya boleh guna untuk satu perkahwinan je. Kalau tempat lain, boleh guna sepanjang hayat. kan? Iye ke? Rupanya tak. Walaupun boleh guna sepanjang hayat, amat digalakkan mereka yang nak berkahwin lagi mengikuti kursus kahwin kerana mana la tau segala serbi serba nafkah, tanggungjawab dah lupa kan? Niat tu kena betul. Nawaitu kerana Allah SWT. kan?

Till next step, Jaa Nee!


9 Ulasan

  1. selamat bkursus =D
    bru tau sabah & perak kedua tggi yuran kursus kawin =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita.. baru tahu tempat sendiri murah masa praktikal ritu.. :D

      Padam
  2. ehemmm...dah nk kawin ker ahahaha :P jk

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehem... seru dah sampai in syaa Allah.. haha

      Padam
  3. Salam singgah sini dik...selamat berkursus...

    BalasPadam
  4. kita tak gi lagi ni. haha. oo nismilan rm80 ea. tahun depan la ambil. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. g la amek.. nismilan murah je sama dengan melaka... hehe

      Padam
  5. Sally dulu anjurkan kat kolej...jadinya dapat jugak laa..nnt tak payah ambik yg baru :D

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.