Port makan dim sum halal baru di JB - Umami Asian Food

Jumaat, Jun 14, 2024

Port Makan Dim Sum baru di JB -Umami Asian Food

Bersama kita kembali dalam siaran review makan apa hari ni? It's been awhile Aien menulis di sini memandangkan masih belom set up GS4 tu, jadinya siapa nampak dan komen posting ni, TAHNIAH! anda memang pembaca setia blog Aien. HAHA perahsan la sangat.

Okay, back to our review it is - WHO LOVES DIM SUM?? Or perhaps korang yang suka mencuba makanan baru such as Asian food atau lebih senang untuk kali ini more specifically ianya merupakan Chinese cuisine. MEEEEE!!! WO YAAAA!! :P

Selain daripada suka menonton Chinese drama series, Aien juga suka nak makan Chinese cuisine sebab dorang kurang makan spicy food Dan sometimes more healthy cooking style. Makanya Kali ini Aien dapat jemputan untuk mencuba kedai chinese yang baru saja dibuka Dan let's go without ragu-ragu surely halal punya laa... 

Umami Asian Food now officially restaurant



Bertempat di The Avenue M Hotel Johor Bahru, Umami Asian Food yang bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulunya home based, Chef Eddy kini mengembangkan lagi sayap perniagaan beliau ke kawasan yang lebih strategic. 

Menyediakan menu Asian terutamanya Dim Sum dan beberapa menu makanan berat sebagai signature dish dish beliau seperti Nasi Lemak with Special Jeruk, Mee Goreng Mamak Dan Fried Kuey Teow Hong Kong Style. Apa yang penting buat kita adalah No Pork No Lard serve here. Korang boleh la tengok gambar di bawah and I tell you, no regret trying makan di sini. 

Antara menu menarik di Umami Asian Food 



As usual kita ni first time dan take tau nak cuba makan apa sebabnya dah rambang mata tengok Dim Sum aje la, suggestion krew Umami Asian Food adalah this Ice Calamansi Asam yang memang ngam betul dengan our makanan lain. 

Untuk main menu berat seperti yang dikatakan di atas tadi, Nasi Lemak with Jeruk Special yang quite hebat taste dia. Tak pernah terfikir nak makan Nasi Lemak dengan Jeruk kan? Jeruk dia nutty sweet our gitu ngam la dengan Nasi Lemak kita tadi. 


Apa yang best sekali side dishes yang boleh korang pilih banyakkkkkk sangat! For me yang suka makan sambil-sambil dan not heavy food fans I must choose those Chinese side dishes macam  dim sum, pau yang pelbagai jenis. Ada juga carrot cake, Hong Kong style Cheong Fun, Mango Prawn Roll, dan banyak lagi la. Korang tengok aje la gambar di bawah ni. 


Mee Goreng Mamak yang cukup padu pada tekak husband I, dihiasi dengan udang dan sotong yang quite banyak, tandanya Chef Eddy tak lokek dalam masakan beliau. Ini orang kata, masak dari hati. Dia suka masak, dan suka kalau makanan dia habis di makan orang. Kan? Chef mana yang tak suka Kan? 



Dan puas makan heavy style foods, kita beralih pada gorengan snack such as Curry Puff yang besaaa!! Bukan sebarang Curry Puff tapi nama melayunya Karipap Putar tu yang susah nak jumpa yang perfectly goreng without rasa hangus. Bak kata one of us, makan karipap dia aje memadai bila saat lapar. Cukup! Untuk mereka yang 'tangki' kecik. Selain daripada itu juga, ada Fried Dumpling, Three Trio Egg Roll, dan erghh, lapar pulaski bercerita pasal makanan saat taip ni. 


Sempat juga bertemu Chef Eddy yang humble keluar daripada dapur Dan bertegur sapa dengan pelanggan. Quite fascinating bila tengok head Chef serve others. Humble, sudi bertanya pendapat pelanggan okay ke tidak menu di Umami Asian Food. Aien rasa macam ayah yang masakkan untuk anak-anak dia macam dalam drama Go Ahead tu. Ayah masak lagi sedap. Menurut Chef Eddy, dia cuba menyediakan menu dengan bahan-bahan yang halal supaya masakan Chinese ini boleh digemari oleh orang Melayu juga. 



Kalau korang singgah JB jangan la lupa singgah The Avenue M Hotel yang terletak di tepi highway Skudai Johor Bharu ni. Senang je nak jumpa. I might say that susah nak bercerita dengan gambar but the truth is, I happy bila Umami Asian Food ni dah buka di sini, senang nak terjah bila teringin Dim Sum. Dekat je dengan area Skudai dan tak payah nak hadap jem ke Pasir Gudang. Untuk orang yang tak suka jem macam Aien ni kan. 


Excited dan looking forward Umami Asian Food untuk terus maju dalam bidang ni. Aien ni bukan la orang yang pandai nak review, tapi this food such a comfy place to visit. Ada gorengan, ada makanan berat dan juga ada healthy side dishes.



Oh ya, sempena pembukaan rasmi Umami Asian Food di The Avenue M Hotel ni, korang boleh enjoy promosi RM6.60 untuk selected dishes sehingga 6 Julai 2024. Jangan lupa singgah di sini tau! 


📍 Ground Floor, The Avenue M Hotel,               Johor Bharu
⏰ Open Daily started 7 AM till 5 PM

1 ulasan

  1. sy suka Chinese food tapi kat Sabah ni klu bukan dekat dalam mall memang jarang dapat yang halal-certified. will check it out on my next trip to JB

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤