Yo bihh,, ne kawu pergi lama lalu sik nampak sitok ehh? Pa habar hawu tek??
.
Up and down geng... Lelah nyawa sik tauk di penat apa. Udah recharged, terus low bat agik. Kedak dah jammed jak charger aku tok. HAHA
.
Happy Weekend for uolls, jika ada yang masih membaca my blog post ni, semoga awak baik-baik saja. Saya? Tahu ni tak ada azam, sebab azam tahun lepas lepas madih tertunda. Tahun ni cuma nak hidup baik-baik saja. Nak berdamai dengan setiap perkara yang berlaku. Nak cuba upgrade dari apa ada sekarang. Eh, tu bukan azam ke? Hehehe
.
First week of January 2024 = semuanya baik-baik saja. Alhamdulillah, masih punya umur panjang. Masih boleh bernafas walau ada hari terkadang susah juga dek hidung tersumbat.
.
Sejak kes covid mencanak naik hari tu, aku demam. And tak terfikir nak swab test sebab rasa macam tak ada ke mana melainkan dari kampung suami. Sekali adik koi buat swab test beberapa hari aku cakap aku demam on off, deria rasa dan bau semua tak ada. Biasa demam sehari je dah baik. bwahaha Dia yang positif! Adehhh sian pulak haa. Aku buat dua kali negatif pulak. Yola, dah sehat dah ha. Nak positif mende nya. Sekarang ni dia macam 4-5 hari je dalam sistem pahtu dah negatif balik. Hadap je la hidup dalam zaman pandemik ni.
.
Anak-anak semua okay je, alhamdulillah.
.
Memburu 'Zero Kilometer' di tahun baru
Disember lalu, geng kaki travel bagi idea baru untuk mereka yang suka nak berjalan tapi tak tau nak ke mana. Aku tak tahu tentang ni, tetiba suami mengajak tahun baru hari tu untuk memburu batu pengukur 'Zero Kilometer' di sekitar Johor. Bila aku periksa semula, ada brother ni kongsi lebih daripada 10 batu pengukur 0KM di sekitar Johor. Banyak ui. Dan ni antara yang kami dah jejak.
.
0KM Bandar Johor Bahru - berhadapan dengan pejabat pos Malaysia.
Yang ni memang tarikan orang luar kalau ke Johor. Mesti singgah untuk ambil gambar. Dulu memula datang ke mari, suami kata tak payah la sibuk nak gambar sini. Sudahnya dah beranak pinak gigih bawa tripod untuk misi memburu ni.
Adakah kami orang luar jugak? Haha tidak la, dah lama menetap. Mereka berempat IC semua 01. Aku aje sesat 13.
0KM Tanjung Piai, Pontian
Batu pengukur ni terletak di jalan masuk ke Tanjung Piai National Park. Pada mulanya kami tak nampak. Ingatkan di DALAM sana nu, rupanya luar ni. Gigih menanya dengan staf dan dia pun tak tahu. Benda ni kalau tiada siapa kongsi memang takkan ada yang tahu. Begitu la lumrah kan. Ilmu untuk dikongsi. Dan aku randomly kongsi pengalaman kami saja. Bukan acah pandai. Hehe
0KM Kukup - Depan rumah orang, menuju ke Bas Sentral Kukup
Masa kami pergi, hujan lebat. Terlepas batu pengukur ni. Kemudian suami ajak lepas di Marrybrown Kukup sementara tungguh hujan reda. Kegigihan ye seketul mink ni. Anak-anak pun layan la mak pak dia begitu janji deme dapat jalan-jalan sekali.
.
next destinasi ke mana kah kita?
0KM Batu Pahat
0KM Segamat
0KM Muar
0KM Bekok
0KM Kong Kong, Masai
.
PS: dalam jalan2 group tu, tetiba jumpa gambar Sunah Sakura di 0KM Kong Kong hahaha
aienienka
7 ulasan
selamat Tahun Baru. semoga semuanya baik-baik belaka
BalasPadamselamat tahun baru Kaella
PadamBaru je tengok kat MHI pemburu 0 KM.
BalasPadamSelamat Tahun Baru
eh dekat segamat pun ada? ?Tak sabar nak tengok gambar aien sekeluarga dekat sana nanti. haritu pun kena covid jugak, simprom teruk lah jugak tapi lepas 3 hari dah sembuh hehe
BalasPadamXpasti jugak. Sebab ada bro tu kongsi gmbr.. Nnti kalo dah pergi kita kongsi pulak.. Sekrang dah mcm bdn makin lemau aje la lepas kena covid.
PadamSelamat Tahun Baru! Moga akan ada banyak berita gembira tahun ni :D
BalasPadamWahh bestnya misi memburu 0 km :D Happy new year btw!
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤