Seafood Night Buffet di Legoland Malaysia

Rabu, Ogos 16, 2023

 


Allahumma solli ala muhammad 


Baru ada mood ni ha nak update beberapa minggu lalu, bawak anak-anak makan di Legolands yang bertemakan Lanun. Memang happening sangat dengan friendly staff bertopi seperti lanun dan tak lokek dengan senyuman sentiasa membantu melayan karenah anak-anak saat ibu dan ayah nak makan. 


Oleh kerana bertemakan lanun, semestinya berasaskan dengan makanan laut dan untuk makan malam ini kami disajikan denhan pelbagai jenis makanan laut dengan bermacam jenis masakan. Korang tinggal nak pilih je nak makan yang macamana. Baik dari kesegarannya yang kita boleh terus makan seperti tiram, lobster atau salmon. Bermacam jenis sos juga disediakan. 



Buat pengemar sushi, pasti teruja jumpa sushi di sini macam aku. Nama saja pengemar, tapi kalau tak ada kawan susah juga nak jumpa sushi ni. Sushi yang tersedia juga merupakan favorite aku di antara pelbagai jenis sushi yang ada. 



Masakan asia berasaskan makanan laut


Bila orang melayu makan di mana-mana pasti mahukan masakan ala sentuhan ibunda. Ya Allah seriously nak cakap menu kali ni memang mengancam teruk selera makan korang eh. Bak kata suami aku, kalau tak kenyang rasa nak makan lagi. (Ayat rekaan semata) 



Aku macam kagum tengok sambal udang petai wujud di Restaurant 5 bintang seperti ini. Sebab semasa aku berbuka puasa di sini, menu ni la paling umph sekali jika ketemu. 


Juga menu wajib warga Johor iaitu Asam Pedas Ikan Pari. For sure suami aku ambil buat menu lauk dia. Sedap hingga menjilat jari. 


Udang merupakan salah satu kegemaran aku walaupun ada alahan dengan makhluk yang satu ini. Sebut je masak apapun, pasti ku try jamah seketul dua. Udang masak butter. Rindu pulak dengan kekandaku sorang kerna ni juga kegemaran beliau. 


Aku musykil dengan masakan yang satu ini kerana dia bercampur dengan haiwan bercengkerang yang lain. Makanya, aku saspek ini adalah shellout? 


Ini antara menu yang wajib korang cuba jika ketemu ia di sini. Sedap! Layan dengan kerabu salad di dalamnya. 

Menu lain di Pirate theme Buffet 

Ini je ke yang ada? Ehhh, jangan risau. Ada banyak lagi menu yang boleh korang cuba jika tempah makan di Family Brick Restaurant ni. 



Macam anak-anak jenis tak makan berat tapi kerap, jumpa buah pun dah nikmat buat mereka. Suka sangat dah mereka nih.

Eh menu lain selain daripada di atas ini ada yang tercicir di bawah. korang kalau teringin nak makan di Legoland ni tanpa menginap di sini pun boleh sangat laa. 



Lamb ball dimasak ala western pun ada. Pengemar kambinh mesti cuba air tangan head chef Chef Aly al-Yahya ni. Tapi yang ni bukan singnature dish beliau. Sabar jap ehh kita kongsi lagi. 


Literally leka makan signature dish Chef, terlupa akan menu yang satu ini. Ini kegemaran aku tapi alergik buat suami. Memang jarang sangat dah makan Ketam masak Kicap ni. 




Nah ini dia menu yang buat aku leka menyedut. masyaa Allah sedap wei korang. Sampai terlupa nak capture the moment. hahah Sup Gearbox -signature dish daripada Chef Aly. 


Menu gorengan yang harus dicuba semestinya Ice Cream Goreng. aku start edisi makan aku dengan desserts sebab desserts always the best! 


Bakar-bakar station yang mesti korang try. Satay dia marvelous but kalau juicy lagi sedap! My anak-anak makan satay je drkat 7 cucuk sorang. 


This out also miss to try it out! terlalu banyak menu korang. Ikut nafsu nak duduk lagi makan. Tapi malam tu ada JDT main bola, suami aku ajak balik.  haha 


Jika korang tak mau makan nasi berlauk, atau jenis suka hirup sup like chinese people. Nah, variety version sup yang ada dengan udang yang cukup besar.


An ice cream must have here walaupun masing-masing dah kekenyangan dan masih ada ruang ini aiskrim begini. 


Cuci mata dan perut dengan pelbagai jenis kuih dan desserts kek dan brownies yang ada di sini. Again, a must try that i missed it out. 


Pandan layer cake 


Chocolate Brownies yang mengancam. Masa amek gambar, ini aku nak makan, itu aku nak makan. Sudahnya leka menyedut sup gearbox tu.  



Masya Allah kekenyangan korang makan di sini bertemakan Pirate ni. Anak-anak happy alhamdulillah masakan kali ni semua tiptop hingga menjilat jari. 


Cara untuk tempah makan di Pirate theme Buffet, Legoland 


Nak celebrate birthday anak atau nak having fun with family boleh gathering di Family Brick Restaurant, Legoland. Surely korang akan simpan kenangan di sini sampai bila-bila. 

Korang boleh buat tempahan dengan dail atau emel seperti di bawah: 

📞 +607 560 3808/3884 
📧 admin.fnbhotel@legoland.my

Eh, terlupa pulak pasal berapa ye makan di sini. Seafood Buffet ni hanya ada pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu saja dengan harga RM138 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. 

Selamat menjamu selera and enjoy! 







2 ulasan

  1. berbaloi dengan harga kalau banyak dan mewah macam ni..wah kita suka sushi tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, sushi, salmon smoked, sup ggearbox. Masya Allah teringat3 rasa dia haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤