The Glory (2022)

Rabu, Januari 11, 2023

 

The Glory (2022)

What a hype thriller drama comes from our favorite beauty actress, Song Hye Kyo! Love her vibes in this drama, and young actress too that play the same character as Moon Dong Eun. 


The Glory (2022) 


Cerita tentang dendam seorang pelajar perempuan bercita-cita untuk menjadi arkitek yang dibuli ketika zaman sekolahnya dan menyebabkan dia drop out school. Berhenti? Dan tidak ke sekolah lagi. 

Dia mempertaruhkan hidupnya untuk membalas dendam terhadap pembuli dan mereka yang menjadi tukang lihat saja pada masa itu. 

Barisan pelakon hebat baik ketika dewasa dan juga remaja memang tidak dinafikan drama ini berskala besar. 




REVIEW DRAMA THE GLORY 

- Be alert of the spoiler - 

Ia bukan semudah yang disangkakan. Hendak bangun dari sebuah trauma ketika di bangku sekolah. Pasti akan memilih untuk mati saja daripada terus hidup dengan derita sebegitu rupa. Namun, tidak bagi Moon Dong Eun. Kuat semangatnya berhadapan dengan orang yang membuat impian mudanya musnah. 


Park Yeon Jin - kerana memiliki seorang ibu yang sering menyokong segala tindak tanduknya membuat dia semakin suka membuli orang. Cita-cita ingin menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik hati sangat tidak sesuai dengan karakter berhati busuk itu. Yet- aku tabik dengan pelakon Shin Ye Eun yang berjaya memain peranan sebagai tukang buli ni. Padahal dalam drama REVENGE OF OTHERS dia jadi orang yang dibuli, but jenis yang bukan senang dibuli ye. 


Joo Yeo Jeong - seorang doktor tapi menjadi mangsa pembunuh bersiri sakit mental - pernah membunuh ayahnya. Kemudian dia juga turut serta dalam permainan dendam Dong Eun setelah melihat parut pada tubuh perempuan malang itu. 


Penat sebenarnya nak tengok drama ni sebab tertanya what will happen next. Perjalanan cerita dia penuh slow and steady yet menjadi setiap perkara yang disusun rapi. 

Seram jugak bila nak akhir-akhir episod itu seperti setiap tindak tanduk Dong Eun dikesan  oleh Yeon Jin macam eh perempuan ni, saiko betul. 

Suka tengok Hye Kyo main peranan yang sangat penting dalam menjayakan watak Dong Eun tu. 

Ending dia buatkan kita macam cepat la season 2 yang bakal ditayangkan March 2023. Korang boleh tonton drama The Glory ni di Netflix ataupun HiTV. 


ps: tengok boleh tapi risau juga kalo diimplikasi dalam kehidupan sebenar kes buli macam ni. 



4 ulasan

  1. Sehari je dah settle tengok cite ni, memang best. Kena tunggu season 2 pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geram ending tergantung. Nak tunggu Mac lambatnyaa

      Padam
  2. ala, takut nak baca sinopsis nnti ada spoiler.. hihi

    BalasPadam
  3. Tak sabar nak tunggu bulan 3. Geram pulak dia buat by siri haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤