SOG (Sekumpulan Orang Gila) dan Shila Amzah ungguli Anugerah Juara Lagu 36

Isnin, Mac 07, 2022

 

credit image: liff ffizan (fb)

Wow, Tahniah diucapkan kepada band under-ground SOG dan Shila Amzah kerna mengungguli Anugerah Juara Lagu 36. 


Aien cuma menonton di smartphone je dan tertido di akhir-akhir persembahan. Haha Nasib la mak-mak begini nonton kan. Banyak-banyak persembahan yang Aien tengok dari Marsha yang sipi-sipi je berkesempatan. Kemudian diteruskan sehingga finalis terakhir. Even Aina Abdul macam kena sabotaj je persembahan dia. Vokal yang mantap, sedikit tak tergugat dengan pakaian yang aneh seperti ikan duyung itu. 


Persembahan Shiha dan Noki macam nak umph.. tapi krik-krik. Sambung dengan persembahan Yonnyboi yang ikutkan lirik dan lagu memang best. Tapi sebab assistant dia terkial-kial nak pasang wire untuk dia naik ke atas, plus cameraman macam aiguuu..  


Biasa la konsert grand begitu, jarang la tak ada masalah. Setiap tahun AJL pasti ada kutukan dari netizen. Apa aje la. Aien tengok, tutup komen. Berjela komen netizen yang 1001 bahasa tu. Even Haqiem Rusli dalam persembahan solo dan Trio bersama Naim Daniel dan Hael Husaini juga tak memberi impak yang besar di penghujung persembahan barisan finalis. Ehhh, orang yang dah lepas persembahan dah hype di back stage. Yang dorang tiga ni, bagi Aien, sekadar enjoy je la nyanyi. Lepas gian lama tak nyanyi kat pentas. Menang ke tak belakang kira la. 


But, persembahan Wings segarkan balik mata semua penonton kecuali Aien. Haha Tak larat wei mata nak tengok. Dalam hati dok kata, best juga kalau SoG ngan Shila Amzah jadi juara. Padahal tak pernah kenal dan dengar pun lagu dorang. 


Makanya di pagi hari ni, mengoogle siapa menang. Eh, ternyata. Firasat ku benar. Sebab persembahan dorang je 'bernyawa' dan I will do the best. Haa, gitu. 



Masa tengok ni, si vokal ni ngan drum ni adik beradik agaknya. Muka sama ja. Rupanya bila buka  WiKi SOG memang betul tekaanku. Bukan setakat adik beradik, bahkan kembar. 


Lagu Pelukan Angkasa yang dibawa mereka ini pun merupakan lagu lama sebelum pandemik dan merupakan soundtrack untuk drama kalau tak silap, KL Vampires. 


Apapun tahniah untuk ahli kumpulan band. Ni genre favorite husband ni. Haha Sendiri mana nak layan mental rock under ground. Naik tegak rambut. Tetiba yang ni macam sedap mungkin sebab ada seruling tu. Sedap sekali dengar je la. untuk halwa telinga selalu sama naik emosi sat g. Haha 


Oh ya, tahniah juga buat semua pemenang, dan finalis yang telah menjayakan AJL ke-36 ni



7 ulasan

  1. Om tak tengok pun sebb dh xminat dgn ajl hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. saja nak tengok lepas 2 tahun dah xde gathering kan haha

      Padam
  2. tak pernah dgr pn lagu SOG ni sebelum ni, waktu separuh akhir dulu dengar best juga lain dari lagu lain yg bertanding. memang patutla diorang menang..hehe

    BalasPadam
  3. Ya, lagu ni rancakkk behtols.. memang gila.. Hahaa.. Jarang dengar kt radio.. huhu...

    BalasPadam
  4. Salam kenal. Terlupa ada ajl malam tadi jadi tak sempat tengok huhu.

    BalasPadam
  5. Yonnyboi tu kalau dia tak buat gimik, dah lebih dari okay sebenarnya.. Tapi tulah..
    Noki dengan shiha tu macam kureng something..
    SOG dengan Shila Amzah memang power.. Sha dari mula-mula terdengar lagu ini memang dah fall in love.. Serius suara diorang tu mantap.. persembahan pun best..
    Sha tak tengok AJL.. Sha tengok persembahan diorang, esoknya.. tu pun tengok yang mana nampak menarik je..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤