PERANTIS ISKANDAR: sebuah program jaminan pekerjaan masa hadapan

Selasa, Mac 08, 2022







 




Lumrah apabila tamat pengajian, seluruh mahasiswa akan merata menghantar resume untuk mencari kerja. Pernah tak korang dengar, kerja akan cari korang? Ataupun cari kerja dahulu, kemudian baru belajar? 


Best kan kalau begitu, kerja dah dapat tinggal untuk asah kemahiran untuk pandai dalam menguruskan tugas yang bakal diperolehi kelak. Di mana tu nak dapat majikan begitu ya? Berminat kan? jom teruskan pembacaan. 


Program Perantis Iskandar


Educity adalah sebuah pemangkin pembangunan  pendidikan yang diterajui oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) yang berpusat di Johit Bahru, Johor, Malaysia. Educity Iskandar ini berperanan menyediakan modal insan melalui program PERANTIS Iskandar bagi menyokong kepelbagaian kegiatan ekonomi si Iskandar Malaysia di samping memupuk pemimpin generasi pada masa akan datang. Educity ini dibangunkan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Educity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EIMSB) 


EduCity memperkenalkan konsep PERANTIS’SHIP sebagai salah satu jalan penyelesaian untuk masalah job mismatch (kerja tidak sepadan) dan pada masa yang sama, merupakan usaha menyokong golongan belia yang mempunyai cabaran mendapat kerja dalam keadaan endemik ini. 


PERANTIS’SHIP membawa maksud konsep pembangunan modal insan melalui apprenticeship (perantisan) dan internship (latihan praktikal) dan diilhamkan oleh model program perantisan dari negara Jerman, sebuah program lengkap untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri melalui inisiatif peningkatan kemahiran (‘upskilling’). Bagi yang berminat, Asalkan warganegara Malaysia yang berumur dari 18 – 35 boleh menyertai program ini. 


Kini dalam fasa pertama, pihak kami memperkenalkan program PERANTIS Iskandar dalam usaha memastikan golongan belia Johor mendapat peluang perkerjaan di dalam INDUSTRI yang sesuai, dengan GAJI yang berpatutan. Program ini telah mendapat dana sebanyak RM5 juta di bawah inisiatif program PENJANA dari Kementerian Kewangan melalui Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA). 


Konsep dalam menentukan kejayaan PERANTIS’SHIP adalah kolaborasi dan sokongan syarikat dan agensi korporat tempatan dan antarabangsa bagi memastikan para perantis berjaya akan diberi tawaran pekerjaan, selepas tamat sesi latihan industri. Ini adalah penting untuk memastikan masalah job mismatch tidak akan berlaku kerana industri yang bertanggungjawab memberikan maklum balas mengenai bakat yang dicari bergantung kepada keperluan masa kini.


Program yang ditawarkan:

Teknologi Automotif 

AI Programmer

Business Process Outsourcing (BPO) Specialist 

Grassroot Coaches

HVAC Teknologi 

Pengimpal Profesional 

Program Perantisan yang akan ditawarkan di EduCity adalah:

Juruteknik Ultrasonik

Genesis Scaffolding

Juruteknik Penyelenggaraan Robot

Jurutera Teknikal SMART

Visual Effect (VFX) Artist

Data Specialist

3D Modeller

Animator 2D


Boleh rujuk poster untuk ketahui setiap program yang ditawarkan. 


Professional Welder -
 Kimpalan untuk sektor Oil & Gas


HVAC Techonologist


Grassroot Coaches - Bahasa mudahnya, menjadi seperti Benjamin Mora. 😁


Multi job in option. Pelbagai jenis bidang pekerjaan yang berkaitan dengan perniagaan, HR, Accountant, serta Public Relationship. 



Pembinaan kereta terbang pada masa akan datang? 



Atau mencipta pembantu rumah yang berjaya? 


Untuk maklumat lanjut, sila layari perantisiskandar.my atau hubungi hubungi pegawai program En. Asyraf (+6019-7710514) atau Cik Syamina (+6018-3787652).



ps: best sangat program begini kan? uolls tak perlu fikir mana nak cari kerja lagi. 




3 ulasan

  1. eh suka la AI programmer tu.. tapi kat Johor..payah la nak join

    BalasPadam
  2. bagus juga untuk mereka yang terkesan dengan pandemik covid-19

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤