HELLO, APRIL!

Isnin, April 01, 2019



Hi~ Assalamualaikum 

Bulan keempat untuk tahun dua ribu sembilan belas. Apa yang dah berlaku? Pada Aien ianya hanya berlalu seperti biasa la kan. Penuh rasa yang eh, dah April? Haa, gitu. Pejam celik tup tup dah dekat dua puluh sembilan tahun. Mak ai..  Hampir tiga puluh series? Are ready dear myself? Nope. I just felt young and childish. Mwahaha 

Tak sedar diri dah anak bakal dua. Ish ish ish.. Wahai diri, sedar la sikit. Dunia pun dah makin hujung. 

Hari ni menaip entry dengan penuh kebahagian sebab dapat keluar jalan-jalan cuci mata sambil bila stok untuk anak dan dapur. Bahagianya seorng suri rumah tu, bila dapat jalan-jalan walaupun tak ada la beli apa sangat. Janji keluar rumah dan jalan. Lepas tu, balik dan tengok rumah sendiri ibarat suatu telah diangkat dari bahu. Alhamdulillah. Terima kasih cik suami. :3

Untuk April, nothing really in planning. Cumanya menjalani kehidupan seperti biasa la. Weekdays di rumah sendiri. Hujung minggu di rumah mentua. Impian nak deco tu sendu je sentiasa, sebab kita ni bukan la bekerja. Kena la belajar slow-slow kumpul duit yang laki kasi. Janji rumah kemas dan bersih pun dah lapang hati. Pandai-pandai la kau mengusahakan yang lain. Ye dok? 

One month till we going back to Miri. Haa, nervous pulak nak kabo kat doctor atau misi yang kami ni nak jalan jauh. Hehe Takut tak dapat walau diri ni tak ada masalah lagi untuk kali ni. hehe 

Doakan kami ni tak ada kena minum air gula lagi yek. Huhu 

Dah hilang idea nak bercerita bila tengok ruang tamu  bersepah dengan abjad yang dimain oleh Nayla. 

Itu saja kot nak bebel. Moga bulan April ini bawa kebaikan untuk kita sebelum Ramadhan menjelang. Psst~ dah ganti puasa belum? 😂 Daku je la belom ni. Adeh....  

6 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.