Isnin, Mei 27, 2024
Gateaway to HN Santai Homestay & Campsite
Campsite HN Santai
Agak lapang dan boleh memuatkan 10 tapak khemah dan tapak khemah bebas di sebelah hadapan pantai. Masa kami pergi ni memang lapang betul. Mungkin bukan musim dia dan orang pun masih takut nak pergi pantai sebab sebelum tu ada kes orang mati lemas jugaknya di kawasan pantai yang sama.
Sabtu, Mei 25, 2024
After watching Atlas POV
Just finished watching Atlas. Atlas Maru Sheperd. Berlawan dengan AI yang mak dia cipta. 28 tahun dia dedikasikan usaha kerja dia untuk jejak Harlan, AI tu, dan berada di planet GR 39 or something.
.
Aku bukan nak komen pasal cantiknya CGI dalam movie ni dan how this plot going, cumanya terfikir — betapa Harlan yakin dia adalah HARAPAN TERAKHIR MANUSIA untuk cipta dunia terbaik?
.
Betapa Atlas tak yakin dengan AI sebab takut dikhianati kembali. Bukan setakat AI dia tak percaya, bahkan juga dengan manusia. Teringat habluminannas kita dengan manusia lain. Kita cuba berbuat baik dengan orang, belom tentu orang akan faham niat baik kita. Atau sebaliknya. Nak cari manusia yang betul selaras dengan pemikiran kita memang takkan jumpa sebab Allah ciptakan kita rambut sama hitam, hati lain-lain kerena mengikut pengalaman dan pemikiran masing-masing.
.
Di saat Atlas dah berputus asa bahawa Smith dah digodam oleh askar Harlan, Kolonel Elias Bank bagi semangat pada dia.
.
Sebenarnya aku fikir benda lain bila nak pejam mata tadi, dek kerana satu perkara berlaku semalam buatkan aku overthinking dan even bangun tido pun aku masih fikir benda yang sama. Dasar~ penat nak marahkan diri sendiri kerana kesilapan diri sendiri dan masih mengharap pemahaman daripada manusia lain. Itu la EXPACTATION. — dan sudahnya benda lain aku tulis. Itu la tu. Aku tulis apa yang aku terlintas. Dan ia tak seindah bahasa. BM aku cuma B je kot SPM dulu. Nak belajar lebih puitis sendiri geli.
.
Okay, conclusion aku belajar daripada Smith dan Atlas, semoga damai di sana.
.
Usaha untuk terus majukan diri sendiri kerna manusia lain takkan pernah kisahkan kau macamana pun kau kongsi pada mereka. Mereka cuma mahu kejayaan kau saja. Itu pun jika benar. Selebihnya mungkin mahu lihat kau terus hidup tanpa hala tuju. Mungkin.
.