posts in category Jalan-jalan Johor

Rabu, Mei 15, 2024

Enjoy the view with Hi Tea at Melor House by Nurul, JB


Hening petang, healing tengok suasana kedai yang agak tersorok daripada jammed bandar Johor. I was never knowing this place even dah stay di Johor Bahru ni hampir 10 tahun. For the first time, I kagum dengan Melor House, di sebalik The Avenue M Hotel. 

Walaupun cuaca agak panas selepas singkatnya hujan, dengan kipas kecil yang Aien sentiasa usung ke mana saja, this place totally bagi one feels named - ketenangan. I was imagined diri I duduk sini, while anak-anak enjoy time dorang mandi-manda, ehh.... Jauhnya angan kau jemah! Cerita sebenar kau belom lagi bukak eh.. Hikayat kau panjang sangat!

Melor House Open House (Grand Launching)

Melor House - was open for 6 months ago while serving hi tea menu and kembangkan lagi menu mereka dengan set lunch serta mungkin akan ada set dinner. Hasil usahasama dengan Hotel The Avenue M kini Melor House bergerak solo di bawah naungan anak menantu En. Mahadi dengan ahli kumpulan mereka sendiri. This quite menarik sebab I pun bukan la selalu sangat join makan-makan di hotel ni, but this place caught my heart dan aim for some day akan datang sini lagi. In shaa Allah.

Jadi, tugas I last few days join la pelancaran rasmi Melor House sekaligus sempena penutup Raya Aidilfitri yang lalu. Last day pun busy lagi dengan Open House, raya ni memang seronok makan-makan aje la. Bila jumpa yang kena dengan tekakc, kita marked! Kena repeat! HAHA tapi tak tau bila. 



Di Melor House ada Open Space dan indoor space untuk korang pilih bagi menjamu selera. Kawasan yang cukup lapang dan tak perlu risau akan kesesakan manusia. Makanan dia sedap, tahniah buat head chef Melor House by Nurul. 



Open space tapi agak tersorok posisinya buat korang yang introvert takut akan pandangan manusia macam Aien. This one juga mungkin pilihan ibu bapa yang bimbang anak-anak mereka bakal menjadi gangguan umum yang kurang gemarkan bisingnya anak-anak. Melor House tak begitu, staf dia friendly dan anak0-anak melata main lepas makan. HAHA


Again, me dengan kepuashatian dengan reka bentuk dalam Melor House ni la. Aestetic dan mungkin konsep yang apa orang kata, boho? or factory? atau RAW gitu... Apapun senang mata memandang. al-maklum ler bete ni orang yang jarang keluar rumah. Bila dapat keluar cuci mata, Aien  menikmati suasana itu dan sangat kagum akan kecantikan itu. 


Behind the tree di sana, ada swimming pool yang telah diterokai anak-anak dan suami semasa Ibu sedang sibuk beramah dengan tuan rumah. Dengan pakej masuk RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak, korang ibu-ibu boleh enjoy me time while sipping some tea. Not so expansive dan korang masih boleh chill out di hujung minggu bersama keluarga. Janji perut kenyang dan anak gembira sudah memadai.



Nah, set minum petang yang korang boleh enjoy the me time. Bayangkan anak-anak ditemani suami mandi-manda as I told you di atas tadi, kau as blogger or content creator or rehat sambil membaca, this is HEAVEN! Alhamdulillah. Rehat sebentar bersama Melor House gituu... 




As mereka yang suka nak bergambar OOTD, di Melor House setiap ceruk sesuai dijadikan port korang. Dengan pencahayaan agak lumayan cantik. Again, tempat healing yang sangat menarik untuk korang cuba singgah. As lagi best, buat staycation di The Avenue M Hotel pun syiok jugak kan? 

Address: 16, Skudai Hwy, Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor

FB Page: https://www.facebook.com/theavenuemjohorbahru/



 

Khamis, Julai 28, 2022

Putou Village, Kulai tempat baru untuk fotoshoot

 


Akhirnya dapat jugak masuk ke mari sejak dari Raya cina ritu nak masuk tapi tak dapat sebab ramai orang. Dah lepas dua kali Raya tinggal nak tukar tahun baru dapat masuk. 


Putuo Village lawa sangat buat ambil gambar dan korang wajib singgah dan buat gambar kenangan bersama keluarga. Pada mulanya ragu-ragu jugak nak masuk sebab chinese area kan. Tambahan lagi kawasan Putuo Village ni boleh dikatakan tempat mereka berkumpul pada hari tertentu. 


Setelah melihat ada pasangan pengantin yang buat fotoshoot outdoor kat sini. Kami pun ikut sama masuk. Heee~~ risau jemah. Haha Tambahan pulak masa kami sampai tu ada sepasukan auntie dan uncle berbasikal tengah park depan tu. 



Macam biasa la kan, seketul kapisah ni selalu aje lupa nak snap-snap gambar yang senonoh sikit. Otak dia ni tak berfungsi dengan baik. heh~ jenuh lahai. Haa~ ni direction dia untuk korang ikuti kalau ragu-ragu la kan.



Estetic betul la kawasan dia. Lawa giler. Berkonsepkan buluh dan Panda seolah-olah berada di negara China pulak. Tapi, baca review lain ada yang kata Bali vibes gituu... Seperti gambar tertera bayaran masuk untuk dewasa cuma RM5 saja jika Malaysian. Kalau non RM10. Kanak-kanak bawah 12  tahun percuma. Berbaloi juga la kan. 


Ajum tengok spamming gambar. Haha Sorry la Kapisah ni tak pandai amek gambar. Dia ikut dia aje la mana lawa, janji ada gambar kenangan. Hehe



Geram aje aku bila tengok gambar tu. Ada anak cina interframe gambar kami ni. Selamba aje kan. Disebabkan gambar ni lawa, aku post aje la. Memang lawa. Bukan sebab aku amek, tripod baru sampai yang amek. Alih boleh pulak dia pecah kat setting skru dia. Ehhh... 




Gambar ni la paling ramai orang buat OOTD. Wei, adik-adikku sekalian, nanti korang datang kita singgah ke mari. Haha Lagi adik bongsu mesti suka OOTD sini. 



Tempat favorite Nayla. Laju aje dia nak ke mari. Well semesti tempat hot untuk pasangan untuk abadikan kenangan bersama kan. Kami laki bini, nah terus datang berlima. Senang! Nak kena crop la baru lawa sikit. Ini gambar raw cuma letak watermark je. Haha Suka nau ler buat kerja tak semenggah ni. 



Di pintu masuk. Laju aje Nayla dah nampak dari dalam kereta. Sebelum turun siap pesan, Ibu nanti kakak nak amek gambar kat Panda tau. Actually boleh masuk dalam bakul belakang tu, tapi Nayla dan Najmi takut. Haha Takut ibu dia pendengki kat dia. 



Lawa giler kalo kena angle. Masalah kapisah ni tak pandai. Haha Najmi laju aje naik ke mari. Dah separuh tangga dia naik sampai ada uncle tegur kata curam. Heehhhh Dia dah penat tadi main kat taman tadi. Panas pulak tu. 



Dah jumpa tempat ni, dorang lupa la asal kejadian nak amek gambar. Dah penat sibuk ler dok tanya kita, buat apa kat sini. Haha Gerammm aje ati bete ni tau. 


Kisah di sebalik pondok putih ni buat aku segan je dengan sis tu tolong ambilkan gambar kami sebab tetiba tripod tu berpusing pulak tempat holder phone dia. Sempat tersnap gambar dorang tiga beranak. Pahtu bila dorang move on ke bahagian Heart tu, aku nak tolong tapi ragu-ragu. Introvert betul lahai. Sorry sis. Mesti dorang nak abadikan gambar berdua. lepas dari situ, dorang terus balik. Alahai, serba salah bete laa. 


Sebenarnya port ni tak ada sesiapa highlight. Haha Aku amek ler gambar anak-anak buat kenangan. 


Tengok gelung ni teringin taman zaman dulu. Mesti ada gelung ni untuk main. Sekarang macam dah tak nampak taman-taman ada lagi gelung ni. 


Buaian penghujung kampung. Seram siak tengok. Haha Memang tak berani nak duduk laa. Tapi lawa kan? 


Patutnya boleh naik tau tempat ni. Tapi, risau anak nak naik sama, kita amek kat bawah aje laa. Dorang pun tak pernah tengok pokok buluh kan. 


Di pintu keluar. Cakap dengan husband, lawa la sini. Ngajak amek gambar tetiba terkacau setting tripod, member dah panas. Haha Snap aje la gambar depe 4 beranak. 


Korang yang kalau pergi sini cuaca cantik terang mentari bersinar, mohon la bawak kipas tangan ye. Kalau ada anak kecik tu konfem dalam stroller anak ada letak kan? Tapi kita dewasa pun panas lit lit ui... Sambil jalan jangan lupa bawak air masak. Risau dari seronok nak fotoshoot berangin pulak sebab panas. Kalau bawak anak-anak tu, bawak la kudapan sikit. Heee~ macam Najmi dari rumah dah makan dah tau. Penat dah bermain, dia lapar. Dok la zikir lapo tu, sebab dia nampak ada kedai aiskrim di pintu masuk. Jenuh nak pujuk dia. 


lawa tak lawa? Heee... Tempat dia memang lawa. Kalau pandai amek gambar lagi cantik dan menarik. 

Okay nak spill lokasi; 

📍Waze / Google Maps: Putuo Village Kulai, Felda Taib Andak, Johor. 
🕘 Masa Operasi: 9 pagi sehingga 6 petang. Dibuka pada setiap hari.