Terokai Dunia kulinari dengan permainan menyeronokkan

Rabu, Mac 06, 2024

Mengenali Dunia Kulinari dengan permainan tanpa iklan


Hi, Hi reader!! Tak lama lagikan nak baik sekolah, hari tu, koi terjumpa ler satu website menarik untuk anak-anak explore sepanjang cuti sekolah tadi kan. Apa yang lebih menyeronokkan daripada belajar sambil bermain? Nama website tu adalah Culinaryschools.org yang bertujuan memahami kepentingan pembelajaran lebih seronok lagi menyeronokkan kerna itu mereka memperkenalkan permainan interaktif yang mengasyikkan untuk memberi kesedaran pada orang ramai tentang Dunia Kulinari sekaligus memberi pendedahan kepada anak-anak tentang Kulinari. 



Antara permainan yang ada di dalam culinaryshcools seperti:

    1. Bidang Masakan: Uji kemahiran memasak kita dalam cabaran memasak yang realistik. Dari memilih bahan-bahan yang tepat hingga mengatur masa, permainan ini memberi anda pengalaman sebenar dalam dapur. 
    2. Simulasi Pengurusan Kafe: Terokai Dunia pengurusan restoran dan pelajari tentang pengurusan stok, perkhidmatan pelanggan dan banyak lagi sambil membangunkan restoran impian korang.
    3. Padanan Bahan Masakan: Latih minda korang dengan permainan padanan bahan masakan. Sambil itu juga belajar mengenali bahan masakan Dan kembangkan kebolehan korang dalam mengenalpasti mereka dengan cepat. Part ni yang trigger kepantasan fikiran korang. 

Laman sesawang culinaryshcools.org




Kalau korang nak tau laman sesawang Culinaryschools.org bukan sekadar laman web biasa bahkan menawarkan maklumat mendalam mengenai pelbagai institusi pendidikan kulinari seluruh dunia baik kolej kecil mahupun universiti ternama. Mereka yang menampilkan pelbagai pilihan yang sesuai untuk pelajar dari pelbagai later belakang dan perancangan kerjaya.

Salah satu ciri menarik tentang culinaryschools.org ini adalah dorang ni ada sediakan permainan tidak sahaja menghiburkan tetapi juga untuk mendidik anak-anak atau orang ramai tentang dunia kulinari. Dari memasak makanan hingga menguruskan restoran bahkan ada juga permainan tentang ternakan serta pengurusan hotel dan lain-lain. Melalui games yang ada inilah kita dapat mengenali Dunia kulinari dengan cara menyeronokkan dan mendidik.


Antara permainan yang kami cuba



Permainan ini bermula dengan harus menanam dan memelihara bintang peliharaan sebelum beralih ke bidang seterusnya iaitu membuka restoran. Agak teruja untuk diri sendiri sebab suka dengan permainan seperti ini. Nak kena tanam semua Brenda seperti gandum dan pelihara lembu dan menghasilkan duit terlebih dahulu sebelum boleh ke next step. 





Untuk permainan Penguin Cafe ini agak mudah jika dibandingkan dengan Farm Town tadi. Nayla pun suka dengan Penguin Cafe ni sebab memang tarikan untuk anak-anak memahami pengurusan restoran. Memang senang setiap langkah ada diberikan penerangan dan pujian selepas lakukan dengan baik. 





Game Sweet Cooking Chocolate Cake ni favorite Nayla dan adik-adiknya. Senang sangat sampai berebut masing-masing nak main. Arahan yang simple dan siap ada guidelines memudahkan anak-anak faham cara untuk membancuh kek. 


Kesimpulannya

Jangan biarkan pembelajaran tentang kulinari menjadi lebih membosankan. Melalui permainan interaktif yang ditawarkan oleh culinaryshcools.org, belajar tentang Dunia kulinari menjadi lebih seronok dan mengasyikkan. Mulakan hobi baru ini dengan enjoy permainan dan terokai potensi korang dalam industri makanan dan minuman yang sentiasa berkembang. 


Selain daripada culinaryschools.oeg ada juga beberapa laman lain seperti kira berat badan BMi korang, kira-kira dan banyak lagi la. Anak-anak pulak berkenan dengan games aje, memang tak pandang lain. Lagi la majoriti games tu tak ada iklan apabila kita besarkan skrin tu. 
.

Sesekali bila kita buat kek, atau something tentang makanan, selain mereka teruja tak sabar nak makan, anak-anak juga ingin tahu apa bahan-bahan untuk hasilkan sesuatu kek atau makanan tu sedap. heee~ nampak tak potensi hasil dari main game tadi. Korang tekan je mana-mana gambar di atas tu, nanti dia akan bawak korang ke permainan yang korang minat. enjoy!


1 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤