Isnin, Mei 13, 2024
Celebrate Mother's Day with Mr Ryori Japanese Cuisine
Menu lain di Mr.Ryori - Japanese Cuisine wajib di cuba
Selasa, April 09, 2024
Photo Studio dengan The Empire Studio
Salam 29 Ramadan, di hujung-hujung ramadan pasti ramai dah berkumpul ramai seisi keluarga bersama adik beradik yang jauh di rantauan. Masa ni la peluang kita nak abadikan gambar keluarga bersama-sama. Buat pertama kalinya kami sekeluarga ada rezeki buat photo studio untuk tahun ni.
.
Perempuan dengan kenangan memang susah hendak dipisahkan, itu la dia momento dia bercerita di sebalik gambar. Untuk tahun ni kami berpeluang photoshoot studio bersama dengan The Empire Studio yang bertempat di Damansara Alif, Johor Bahru.
.
Pakej The Empire Studio 2024
Pakej 1: RM150
Pakej 2: RM200
Pakej 3: RM250
Harga tambahan bagi setiap yang berikut:
The Empire Studio
Our raya 2024 potret family
Selasa, Mac 12, 2024
Salam Ramadan 1445H/2024
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN
Alhamdulillah direzekikan lagi bertemu dengan Ramadan bulan yang mulia ini. Heningnya pagi bila bangun sahur rindu, bulan puasa jika tak keluar merupakan bulan yang paling sunyi..
Tahun ni nak cuba ajar anak-anak puasa. Alhamdulillah malam sebelum tidur ke main beria semua bercerita nak puasa dan sebagainya. Kesan positif dari perkongsian omar&hana serta mila&mina.
.
Lepas sahur masing-masing balik ke gebor sambung layan mata. Hari ni Johor cuti, dapat praktik kejap. Rumah bujang sebelah jam 4 dah memasing amek turn goreng telur. Kol 5 dah senyap balik. Begitu la rutin mak-mak apa saja jadi peneman. Al-maklim ler kita ni penakut orangnya.
.
Semoga tahun ini kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk puasa sehingga malam lailatul qadr. Semoga kalian dapat buat dan inginkan apa yang korang hajati.
Salam Ramadan dari Fisah the fish blup blup untuk geng blogger . Tenggelam timbul aje sebab tu jadi the fish. Haha