Rabu, Februari 07, 2024

Mula Februari dengan majlis akad

 


wahh lama betul tak menulis di sini. Sihat nihh, jadi semangat nulisnya ke mari. Banyak ni mau diceritakan, tapi semua dipekung di hati saja ya. 

.

Kami mulakan Februari dengan padat lagi sibuk. Seawal 1hb hari tu dah berjalan ke Melaka demi meraikan majlis akad nikah adik yang ke-5. Tiga hari berkampung di Kuala.Sungai Baru, pulang ke Johor meraikan majlis graduasi sulong kami, Nayla di sekolah. 5hb pulak ada appointment klinik, sekali nahhh.. Darah kau naik melangit. Padahal rasa macam tak ada makan banyak-banyak. berat pun lahai. haha 

.

Begitu la Februaru kami, sangat meriah di minggu pertama. Hari ni baru dapat tarik nafas panjang, dan lepak-lepak di rumah selesai laundry baju, dan kembali kepada rutin asal. 


Kita belanja gambar kek dan celebration birthday pengantin before besok akad nikahnya bersama pasangan. 


kredit masak-masak tu my adik yang realisasikan menu kakak dia share di Igstory hari tu, Chicken Fried Garlic or Chicken Garlic Fried or whatever. dapat juga merasa orang lain masak. Pahtu ada mee pok Korea kata bapakku. 

Menu tambahan pizza dan satay dari kakakku. Kami anak beranak bawak perut semata. Sebab tak tau ada makan-makan malamnya. ha Ha maaf la ek. Semoga rezeki kome murah selalu berkongsi rezeki begini. 

.


Biar la gelap. Sak sik da orang amek. Ha ha Nak share gambar pengantin risau pengantin tak bagi lulus. Jadi kita kongsi mana yang kita amek aje la. Rupanya baru tau mas kawen begini, walaupun ada mock dia, kena ada jugak tunai dia ehh..  Huhuhu .

.


Semoga Februari berjalan dengan happy-happy aja... 

Jumaat, Januari 12, 2024

I May Love You (2023) Review


Tajuk: I May Love You (adaptasi dari Novel: Dui Ni Bui Zhi, Shi Xi Huan by Mo Yan Chuan) 

Genre: Romantik, Comedy, Office love 

Bil. episod: 24 

Cast: Wei Zhi Ming (Miles Wei), Huang Ri Ying, Yang Shi Ze, 

Channel: MangoTV, 

Sinopsis: 

Menceritakan tentang Tang Xin telah jatuh cinta pandang pertama dengan bossnya , Tang Yu walaupun lelaki itu cuma merisik tentang rakan baiknya dia tetap membantu. 
apabila wanita tersebut mengatakan dirinya tidak berminat dengan Tang Yu, Tang Xin cuba mengumpul semangat untuk meluah rasa cinta pada Tang Yu. Malangnya cinta beliau ditolak terus! 

Demi mengubat rasa hatinya, Tang Xin bangkit dan mengubah dirinya sendiri ke arah lebih baik tanpa menyangka Tang Yu baru menyedari selama ini dia telah jatuh hati pada setiap keberadaan Tang Xin bersamanya. 

Dapatkah Tang Yu memujuk hati Tang Xin kembali? Atau memiliki cinta gadis itu semula? 
.




REVIEW I May Love You 

Jujurnya aku jumpa drama ini atas saranan adik aku yang ternampak di fyp beliau. Macam best bila tengok trailer! Dah lama juga aku tam menonton drama china ni, sekali klik aku terlekat tengok Miles Wei ni lagi. 


Lakonan Miles Wei: Unforgetable Love


Secara keseluruhan untuk drama ni mungkin akan rasa biasa-biasa saja untuk genre romantik komedi yang flow dia tak ada upside down. Krisis dia pun cuma setakat bila karya Tang Xin di plagarism oleh kawan satu universiti dia dahulu. 
.

Bila drama kawen dengan orang kaya macam ni like tipikal drama dan mungkin akan suka tonton berdasarkan pelakon lelaki ataupun suka jenis plot santai begini. boleh la tonton di bilibili. 
.

Sekian review yang lama tertangguh. 



 

Sabtu, Januari 06, 2024

First entry of 2024

 


Yo bihh,, ne kawu pergi lama lalu sik nampak sitok ehh? Pa habar hawu tek?? 

.

Up and down geng... Lelah nyawa sik tauk di penat apa. Udah recharged, terus low bat agik. Kedak dah jammed jak charger aku tok. HAHA 

.

Happy Weekend for uolls, jika ada yang masih membaca my blog post ni, semoga awak baik-baik saja. Saya? Tahu ni tak ada azam, sebab azam tahun lepas lepas madih tertunda. Tahun ni cuma nak hidup baik-baik saja. Nak berdamai dengan setiap perkara yang berlaku. Nak cuba upgrade dari apa ada sekarang. Eh, tu bukan azam ke? Hehehe 

.

First week of January 2024 = semuanya baik-baik saja. Alhamdulillah, masih punya umur panjang. Masih boleh bernafas walau ada hari terkadang susah juga dek hidung tersumbat. 

.

Sejak kes covid mencanak naik hari tu, aku demam. And tak terfikir nak swab test sebab rasa macam tak ada ke mana melainkan dari kampung suami. Sekali adik koi buat swab test beberapa hari aku cakap aku demam on off, deria rasa dan bau semua tak ada. Biasa demam sehari je dah baik. bwahaha Dia yang positif! Adehhh sian pulak haa. Aku buat dua kali negatif pulak. Yola, dah sehat dah ha. Nak positif mende nya. Sekarang ni dia macam 4-5 hari je dalam sistem pahtu dah negatif balik. Hadap je la hidup dalam zaman pandemik ni. 

.

Anak-anak semua okay je, alhamdulillah. 

.

Memburu 'Zero Kilometer' di tahun baru


Disember lalu, geng kaki travel bagi idea baru untuk mereka yang suka nak berjalan tapi tak tau nak ke mana. Aku tak tahu tentang ni, tetiba suami mengajak tahun baru hari tu untuk memburu batu pengukur 'Zero Kilometer' di sekitar Johor. Bila aku periksa semula, ada brother ni kongsi lebih daripada 10 batu pengukur 0KM di sekitar Johor. Banyak ui. Dan ni antara yang kami dah jejak. 
.


0KM Bandar Johor Bahru - berhadapan dengan pejabat pos Malaysia. 

Yang ni memang tarikan orang luar kalau ke Johor. Mesti singgah untuk ambil gambar. Dulu memula datang ke mari, suami kata tak payah la sibuk nak gambar sini. Sudahnya dah beranak pinak gigih bawa tripod untuk misi memburu ni. 

Adakah kami orang luar jugak? Haha tidak la, dah lama menetap. Mereka berempat IC semua 01. Aku aje sesat 13. 



0KM Tanjung Piai, Pontian 

Batu pengukur ni terletak di jalan masuk ke Tanjung Piai National Park. Pada mulanya kami tak nampak. Ingatkan di DALAM sana nu, rupanya luar ni. Gigih menanya dengan staf dan dia pun tak tahu. Benda ni kalau tiada siapa kongsi memang takkan ada yang tahu. Begitu la lumrah kan. Ilmu untuk dikongsi. Dan aku randomly kongsi pengalaman kami saja. Bukan acah pandai. Hehe 


0KM Kukup - Depan rumah orang, menuju ke Bas Sentral Kukup 

Masa kami pergi, hujan lebat. Terlepas batu pengukur ni. Kemudian suami ajak lepas di Marrybrown Kukup sementara tungguh hujan reda. Kegigihan ye seketul mink ni. Anak-anak pun layan la mak pak dia begitu janji deme dapat jalan-jalan sekali. 
.

next destinasi ke mana kah kita? 

0KM Batu Pahat
0KM Segamat
0KM Muar
0KM Bekok 
0KM Kong Kong, Masai

.

PS: dalam jalan2 group tu, tetiba jumpa gambar Sunah Sakura di 0KM Kong Kong  hahaha