Sabtu, Disember 09, 2023
December - last month of 2023
Allahumma solli ala muhammad — dia punya lama tak singgah ke mari tu masya Allah. Sehat dak tu ui? Koi opening December ni kacau sikit la, pasai a lot happen tapi kita simpan sampai semuanya selesai dahulu dan yah, diuji dengan ujian kesihatan. Dalam banyak-banyak nikmat yang sering manusia alpa terutama aku iaitu nikmat sihat ni. Allahu akbar, bila dah sakit sibuk dok merintih ngan Allag kenapa la sakit. Aku capek~ still Allah bagi jalan keluar pada kau. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah hingga nafas terakhir.
.
Lagipun hari tu, pakat dok hujan jaa, koi pun malas la nak menulis benda. Ya la, kita ni dok update ikut phone, bila dok pegang phone dia ralit dengan bermacam benda dan apps. Sampai dia lupa niat sebenarnya dia pegang telefon tu. Begituu la kita, boleh ada rezeki lagi nak pinang satu apa yang dihajati. in shaa Allah nanti, mudahan ada rezeki.
.
Marathon drama sebanyak tidak
Bila dia dok bukak satu satu apps, pahtu dia leka dengan drama. Begitu la dia. Ni pun berderet lagi konon nak buat review, tak jugak taip taip. yadoi seketul kapisah!
.
Masing-masing serba serbi cuba nak wrap sebaik mungkin 2023 dengan pelbagai kenangan yang manis, cuba nak tinggalkan 2023 dengan baik walaupun hakikat tahun demi tahun sejak pandemik sangat sukar untuk everything gonna be find.
.
Selagi punya nafas, lalui dengan baik. Selagi masih bernyawa bersyukur selalu dengan istighfar semoga segala amal ibadah kita lakukan diterima olehNya.
.
Panjang tadi nak story, terlupa dek anak nangis tak sehat. Korang jaga diri, dengar khabar covid pun tengah mencanak naik. Semoga Allah pelihara kamu semua. Till the next entry ~
20/12/23
Dah update entry ni, heran kenapa tak ada view. Sikit pun jadi la, rupanya domain lupa bayar. Adehhh, baru bayar haaa wujud pun dikau. Apalah bayar domain, tapi tak rajin menulis. Apa daa
Jumaat, November 03, 2023
Drama Chinese: Love is an Accident
Tajuk: Love an Accident
Bilangan Episod: 32 episod
Lakonan : Xing Fei (My Girlfriend an Alien) Xu Kai Cheng, Xu Fang Zhou, Fang Dou
Genre: Time Travel, Classic, Wuxia, Modern, Drama
Channel Tayangan: iQiyi
Sinopsis Love an Accident (2023)
Kerana sebiji batu meteor, Li Chu Yue berjalan merentas masa ke zaman dahulu disyaki sebagai assasin oleh Tuan Muda, Yunwei Villa, An Jing Zhao. Demi menyelamatkan diri, Chu Yue menurut setiap suruhan Jing Zhao sehingga mengumumkan bahawa mereka adalah suami isteri.
.
Review love and Accident
Lama bebenor le bete tak tengok drama cina ni kan. Sejak tonton Back from the Brink pahtu dah tak ada yang latest menarik minat. Entah ler. Sehingga hari tu ternampak Xu Kai Cheng ni dalam drama ni Ehh, Hero pujaanku la. Maka bila tengok okay, ons la layan sampai sudah.
Quite interesting parallel drama macam ni bila dia dari masa moden nak stabilkan diri di masa lalu. Senang je sebenarnya kan, sebab masa hadapan dah banyak kemajuan. Tapi nak selamatkan diri dari mulut-mulut anasir itu payah.
Chu Yue pulak seorang fashion designer muda yang bercita-cita membina nama di empayar fashion dengan membawa fashion classic chinese. Jadi bila dia time travel tu, macam inspirasi besar dia untuk melihat sendiri design-design baju mereka.
.
Nasib dapat habiskan juga drama yang berkisar time travel dan Jing Zhao pulak seorang tuan muda dari clan yang disanjungi. Banyak sangat orang nak bunuh dia dan iri dengan kebolehannya. Even adik dia sendiri, Jing Ling cuba nak take over semua milik abang dia dengan menguasai ilmu syaitan. heee, geram je laa. Orang buat baik ngan dia dibalas tuba.
.
Drama ni boleh dikatakan agak ringan jugak sebab plot dia santai je. Pasal hasad dengki, gaduh adik beradik diselitkan dengan romance antara Jing Zhao dan Chu Yue. But, ending dia like Mehhh? Mehhh? Meh??
.
Korang nak tengok boleh tengok di iQiyi apps tau.
Ps: google analytic tgh tak best la push ini...
Drama lain Xu KaiCheng: Well Intend Love
Isnin, Oktober 30, 2023
Hari ini dalam kenangan
30 Oktober 1937 lahir seorang yang sangat dirindui dan dinanti. Kini beliau sudah tiada lagi. Word yang paling aku ingat sampai sekarang which is — tiada apa yang boleh selamatkan kita melainkan dengan zikrullah dan solat.
.
Dulu pernah lalu masa 'kuarantin' di mana ubat gigi safi bahan utama untuk bersihkan diri. Tiada fikir lain. Fokus dengan ibadah. Bangun seawal pagi tahajud merintih semoga dipilih menjadi ikhwan yang dirindui oleh baginda Rasulullah SAW. Semoga diri terpilih untuk berbaiah pada Imamul Mahdi. Jika tertinggal tahajud, tak layak untuk berbaiah padanya. Padahal, tahajud tu solat sunat je.
.
Kini, setelah 16 tahun meninggalkan kehidupan itu, aku rindu. Hampir saja aku meninggalkan semuanya padahal, jika tak mampu buat semua jangan tinggal semua. 🥲
.
Jauh di sudut hati aku sedih dengan diri aku terlalu lagha dengan dunia sedangkan di sana kita semua menanti hasilnya. Di sini, aku menanam benih-benih dosa yang orang lihat sepertinya berkongsi benda yang melalaikan.
.
Kita tahu, tapi buat-buat tak tahu. Pernah rasa hidup bergantung 100% dengan rezeki Allah. Tetap juga buta mata. Once again - ketakutan itu mula bermain segenap jiwa dan berharap agar jasad kuat melawan mazmumah dan nafsu dan segera bertaubat. Kita dah tak lama! Naiknya sang liberal sebagai pemimpin, saat itu — kata Abuya Malaysia ini tidak lagi kita punya. Jangan kata main-main la kita hidup dengan zikir sahaja. Lihat semua empayar ekonomi dunia yang dikuasai oleh kafir itu. Seram. Semua dah jadi darah daging kita tanpa sedar. Asbab susahnya bangun solat. Asbab susahnya bertaubat. Asbab egonya dengan Allah. Astagfirullah al adzim. Ampunkan kami ya Allah.
.
Hari ini, entah kenapa seawal jam pagi susah bernafas dan bersin-bersin kerana hidung tersumbat. Padahal aku baru hendak lelapkan mata leka dengan drama. Hendak sambung tidur seperti tidak cukup nyawa.
Beberapa hari lepas, aku bercakap dengan adindaku. Hendak ganti puasa yang lama sejak bersalinkan Nayla. Banyak sangat hutangnya. Cukup saja hutang solat, tambah lagi hutang puasa. nauzubillah min zalik jika nyawaku diambil apa aja aku punya di sana kelak?
.
Nah, untuk hari tiada air ini, seperti percaturan Allah itu hebat. Semoga Nur kuat sehingga hujung hari. Day one of ganti puasa. Semoga kita semua diberikan kekuatan mental dan jasad untuk bertaubat dan beribadah. Jika dikhabarkan esok akan mati, pasti hari ini takkan ada di media sosial. Pasti takkan sempat melakukan apa saja. Hanya merintih agar diberi peluang untuk bersedia segala bekal. Seperti mana aku mengumpul berbekas air untuk kesediaan 23 jam. Jika mati?
.
Mana kau nak ganti solat kau?
Mana kau nak puasa kau?
Mana kau nak bayar semua hutang-hutang kau?
Sempat kah?
Sekira masih bernafas, lakukan segera duhai diri. Kamu harus kuat demi kehidupan yang lebih baik di sana.
Mau berbahagia dengan pasangan dan keluarga kecilmu di syurga Allah.
.
Anakku Muhammad — perginya kau saat aku kata mahu hadiahkan dirimu pada orang lain sekira lahirnya kamu. Tak sempat ibu merasa punya buku pink kamu pergi. Ibu tanpa perasaan sedih dan air mata berasa lega. Kini, dihantui rasa bersalah. Maafkan ibu nak. Nanti kita jumpa di sana ya. Selamatkan ibu dan ayah serta kakak, abang dan adikmu ini.
.
Kami tak mahu terus alpa di dunia. Kami takut jika kematian berakhir dalam kemurkaan. Nauzubillah min zalik
Ya Allah,
Hidupkan lah kami dalam iman,
Matikan kami dalam iman.
Semoga apa yang aku pernah belajar dulu dpat diterapkan semula dalam kehidupan tanpa culas. Aamiin.
Coretan hati rindu.
Langgan:
Catatan (Atom)