Khamis, Jun 29, 2023
Salam Aidiladha 1444H/2023M
Salam aidiladha 2023 semuanya. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan kita semua mendapat pahala daripada Allah SWT.
Tahun 2023, kita umat Islam majoritinya demua diuji dengan pelbagai ujian daripada segi perkara. Ada ibu bapa berkorban melakukan apa saja untuk membesarkan anak-anak. Ada juga pasangan juga berkorban segala titik peluh untuk mendapatkan zuriat. Ada juga yang bersusah payah berkorban dalam melakukan apa jua perkara agar terus menjadi insan mukmin yang memberi manfaat dunia dan akhirat. Apapun kalian lakukan, saya doakan yang terbaik.
.
Rasanya tahun ni amat terkesan sekali dengan impak daripada pandemik yang lalu. Manusia sibuk membetulkan mana yang patut dibetulkan tanpa menyedari, hakikat akhir zaman itu sumber makanan adalah tertakluk pada keadaan dunia. Dan tika itu manusia akan berbuat apa saja demi sesuap nasi. Maka, wujudnya bermata satu menaburkan janji? Bagaimana keadaan nauzubillah min zalik. Kadang takut adakah kita di antara mereka yang memilih 72 jalan yang jauh itu?
.
Kali ni, sesekali nak jugak share benda baik. Teringat memori zaman remaja dahulu rindu dengan nasyid-nasyid. Mana la pandai nak dengar lagu sangat. Haha Dengar nasyid membawa keinsafan gitu. Jadi untuk Hari Raya Haji kali ni nak kongsi dengan korang satu lirik nasyid dari kumpulan Qatrunada iaitu Sejarah Pengorbanan. Terima laa.. Ehh macan kita pulak yang nyanyi. 🤣 Moga satu hari nanti Nur Khafisah Ashadi sekeluarga direzeki menjadi tetamu Allah di tanah suci kota Mekah.
Haji mengingatkan kita sejarah pengorbanan
Pengorbanan yang ikhlas lagi agung suci
Kerana Allah, Nabi Ibrahim sembelih anaknya
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya
Sejarah berkata lagi tentang pengorbanan itu
Siti Hajar kerana Allah, taatkan suami tinggal sendiri
Tinggal di tanah haram suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang, hanya tawakkal kepada Ilahi
Tatkala Nabi Ismail lahir, teruji lagi
Air susu telahpun kering sama sekali
Siti Hajar mencari air, ke hujung ke pangkal berlari-lari
Dari Safa ke Marwa beberapa kali
Aduh, hatinya cemas anak kecil tiada rezeki
Tapi hatinya teguh kepada Allah, yakin sekali
Di dalam mencari air, terpancar air dari bumi
Berkat dari tendangan kaki anaknya bakal Nabi
Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
Dengan menyebut, zam-zam, zam-zam
Itu lah dia air zam-zam yang kekal hingga ke hari ini
Mukjizat seorang Nabi berkat isterinya
Sudahkah kita mengambil pengajaran dari cerita ini
Cintakan Allah menegakkan agamanya, wajib berkorban
Taat, sabar dan tawakkal jadikan pakaian
Cintakan Allah pengorbananlah sebagai bukti
Berkorban? Terlalu sukar bukan? Selalu saja kita menyebut, takkan aku je kena berkorban untuk semua orang. Begitu adat kehidupan. Menjadi seorang hamba Allah di muka bumi, ujian dan pengorbanan itu jadi tradisi dalam mencari cinta Allah. Tak ada manusia di dunia ini terlepas dari ujian. Kadang-kadang mendapat nikmat pun boleh jadi ujian. Risau ianya menjadi istidraj. 🥲
.
kawan-kawan, niat yang baik-baik. Fikir yang baik-baik. Semoga kita sentiasa menjadi orang positif selalu.
Isnin, Jun 26, 2023
Chinese Drama: Back from the Brink (2023)
Chinese Drama: Back from the Brink (2023)
Sinopsis Panjang Back from The Brink
Review Back From the Brink
Selasa, Jun 20, 2023
5000 Patches Free dari Tasneem Natural HQ
5000 patches percuma dari Tasneem Naturel HQ
Sleep Tight Patchure Natural Herbs Patch
Kebaikan Sleep Tight Patchure
- Mengalakkan kitaran tidur yang normal buat kanak-kanak
- Membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti
- Mengurangkan terjaga di luar waktu tidur anak-anak
- Mengurangkan keresahan akibat tak cukup tidur.
Bukan saja kanak-kanak boleh menggunakan Sleep Tight Patch ni, bahkan orang dewasa pun boleh guna. Tambahan yang mengalami masalah imsonia dan tidur yang tak berkualiti tu.
Cara nak pakai Patchy Sleep Tight ni adalah mesti kawasan yang bebas daripada rambut losyen dan minyak.
Elakkan juga memakai Patchy ni dalam keadaan tangan basah.
Tampalkan pelekat Patchure Sleep Tight pada titik akupuntur sama ada di bauu belakang pinggul ataupun pergelangan tangan.
Cadangan pemakainan adalah selama 6-8 jam. Seperti waktu tidur kitam seeloknya dipakai sebelum nak tidur tu la kan.
CF Patch Patchure 100% Natural Herb
Fungsi CF Patch
- Mencegah dan mengurangkan batuk
- Mengurangkan hidung berair di waktu selesema
- Memudahkan pernafasan dan melancarkan hidung tersumbat
- Menurunkan suhu panas dan melembapkan tekak.