Jumaat, Mac 17, 2023

Pengalaman borong novel preloved di Facebook

 

Trusted ke beli novel preloved?

Allahuma solli ala muhammad waala allihi muhammad 


Hehe (giggle$) 

Sejak Januari lalu sakan membeli novel Pena Kayu, kali nak kita borong novel Idea Kreatif daripada facebook pulak. Mentang-mentang ler ada duit an. 

.

Yadoi —al-kisah terjebak dengan satu group jual novel preloved yang dijemput oleh blogger CR a.k.a CtRoxa a.k.a entah ler nok nama sebenar dia apa. Selalu ingat blogger CT je. Haha Maafin guwe dong. Pahtu an, sebenarnya menahan hati juga ler dari nak memborong novel di situ. Tapi dah tertanya, terbeli dan tersampai ke rumah pulak dah. 🤭 Makanya -halal juga la kan. 

 

I was on my way collecting semua karya dari penulis kegemaran kita iaitu Pena Kayu. Tetiba la pulak terjebak dengan semua karya daripada Idea Kreatif ni,but depends pada penulis jugak sebenarnya. Dan dua dalam pemerhatian iaitu Farah Husaini dan Hani Fazuha. Macam best dan santai karya mereka. If best dan rezeki banyak la kan. Nak jugak ler buat koleksi karya mereka pulak. 


Borong novel dari Facebook Trusted ke? 

Sebenarnya was-was jugak la kan. Sebab akak ni kind of macam —but after a  few conversation dan dah beli dari dia, a bit I know dia memang suka beli novel dan tak semua dah dibaca dia. Me like was —banyaknya duit beli novel tapi tak baca. Lagi satu menurut beliau, dia beli secara pukal dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca. Ye la, kalau baca novel ni kadang-kadang ada sejenis orang nak fokus dengan jalan cerita dan memahaminya, dia perlukan penghayatan yang sangat mendalam. Tapi bagus juga bila bertemu dengan orang begini. Bila hardcore fans yang nak beli dengan harga murah seperti I ni kan, dapat la peluang memiliki novel impian. Actually tiada la murah sangat sebab dia belum bukak dan baca pun, maka dijual dengan harga buku tersebut. Sama je kan dengan beli novel baru? Tak apa, kita bantu dia melepaskan beban dia. Haha 

 
As far as perundingan dan proses pembelian memang mudah, sebab I pun jenis tak la berkira bila dah tanya, dan ada duit just pejam mata dan jalan saja laa. Laju aja transfer. Senang~ Tapi dalam kepala dok bebel diri sendiri. Dari ko beli novel tu baik kau beli buku belajar anak ko. Ada la pekdah nyeee..  

Suka ati ler aku nak hiburkan hati aku. Otak banyak sangat fikir, but badan masih di situu perlukan booster untuk maju ke hadapan. (Ah,, alasan semua itu) nanti la aku jual balik novel tuu.. (Eleh..  macam la ada orang nak) 


Begitu la seterusnya bermonolog dengan diri sendiri sampai kiamat. Penat la wei ada asistant kiri kanan. Ko imagine kan ehh. Macam kartun yang ada angel and devil left and right tu. Ehh.. Apa kau merapu ni Nor!!!! 

 Konklusinya 

Saya berpuas hati dengan pembelian saya sebab akak tu pergi spam semua novel yang dia nak let go. Dah majoriti masih berbalut dan selesai pembayaran, proses penghantaran mengambil masa dalam 2-3 hari melalui poslaju atau JNT. Dalam hati berdoa, jangan pakai JNT. Kang kantoi dengan laki aku! Haha Nasib akak tu mendengar rintihanku, dan dia menggunakan Poslaju. Poslaju yang dah laju sekarang! 

Dan akak tu siap bagi free gift comel-comel dan cover free postage. Kau bayangkan novel 5 biji ehh buah tu berapa berat dia. Thank you so much akak! 


Dan beliau berkata, jika beli banyak lagi,makin banyak la free gift dia. Nanti dah habis baca botong la lagi. Haha —tambanya lagi. T^T -dan ini aku disudut katil. 
.

Dah boleh puasa makan dan novel ek. Ramadan ni tolong khatam Quran terus. Kalau umi tahu bising dia suh ngaji Quran lagi bagus dari beli novel tu. Jiwa anakmu yang dah jadi ibu ni masih muda lagi. Haha perasan aja kan? 


Nantikan review-review novel yang diborong ini pada posting akan datang. Sampai ketemu!




Rabu, Mac 15, 2023

Berhujung minggu bersama Opah & Atok

Seronok anak-anak bila Atok Miri dan Opah kata nak datang rumah. Ke main lagi sembang, kata Atok Opah kan tak pernah datang sini, (rumah baru) Ibu dah bagi alamat ke? Masya Allah. Anak aku dah makin besar. 

Tiba Atok dan Opah di waktu maghrib sabtu. Ayahnya belom pulang lagi. Barangan banyak pula hendak dihantar. 



Atok Nayla ni memang suka buat suprise. Tak ada kabo kata nak datang. Ibu Nayla ni pulak sejenis lupa nombor telefon. Haha Alih2 mak ayah yang datang buat kejutan untuk cucu-cucu. 

Dorang spend time dengan cucu-cucu. Terima kasih Atok dan Opah sudi datang hiburkan hati cucu-cucu yang selalu tanya Atok Opah bila nak datang. Bila kita nak pergi umah Atok dan Opah. 

Bawak cucu-cucu depa jalan. Sempat juga kami berbeli barang sekolah untuk si Nayla. Huish bukan kaleng-kaleng (biasa-biasa) harga eh. Jika dulu pun dah rasa mahal, sekarang tak payah cakap laa.
.


Set baju ni dengan alat tulis eh, mencecah RM250. Belom termasuk kasut. Ni pun menung lagi nak cari kasut celah mana. Kabo kat ayahnya dia diam aje. Serba salah pulak Ibu berbeli seluar bila tengok keesokan hari Nayla pergi ambil uniform (baju + seluar) . Mati-mati ler Ibu ingat BAJU SAHAJA.  Tak apa la nak, kita standby seluar yang ada tu ha. 
.


Kemudian Opahnya belanja beg sekolah dengan botol air. Wahh, moga murah rezeki Opah eh. Nasib ler Ummi ni sejenis suka nau membeli. Singgah ke mana saja tak  pernah balik dengam tangan kosong. HAHA Balik dari Johor ni pun siap bawak satu bagasi lagi. Adoii.. Kadang seram, kadang senang hati juga dengan perangai umi yang satu ni. 


Alhamdulillah terubat la rindu. Nanti bulan 4 datang la depa ke Malaya. Gitu aje la rutin sejak ayah dah pencen. Kejap ke rumah sana, kejap di sini. Kejap di situ. Merata. Orang suka berjalan, memang begitu. 
.

Dapat peluk cium sebelum Ramadan. Entah sempat panjang umur tidak bersua lagi. Mudahan Atok dan Opah Nayla sentiasa sehat-sehat hendaknya. Semoga juga sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT. 
 

Stay safe, stay healthy Umi dan Ayah. Have safe journey balik Sarawak. 

.

Dah nak hujung minggu lagi, baru update eh. 

Khamis, Mac 09, 2023

Khamis cantik yang sibuk

 


Alhamdulillah syukurillah bersyukur pada Mu ya Allah, Kau jadikan kami cahaya... Ehh ternyanyi pulak. 


Hari ni such a busy dan happy day. Penat nak marah-marah so kita buat-buat happy la sebab cukup rehat. HAHA 

.

Diary hari ni, seorang suri rumah ini telah memulakan harinya seperti biasa dengan masak, laundry memandangkan hari panas hari ni. Serta mengeluarkan baju semalam yang dicucinya. One of the best thing rumah ni, koi dah tambahkan lagi tali ampaian di bahagian belakang jadi makin seronok mencuci baju. Cuci baju one of my favorite kerja rumah. Jika disutuh masak dan baju, aku pilih baju la. Senang. Masak jenuh fikir hari-hari. Kadang dah masak begitu, tekak tak nak pulak. Begitu la sebaliknya. 

.

Menyelesaikan rekod video yang tiada idea nak rekod macamana memang mencabar. Tetiba teringat ada rakan KOLs berkongsi ada client nak 3 video reels yang berbeza kemudian mahu membayar sekadar RM150. Jika ada pilihan sikit sangat tu. Aku satu video utk dua media sosial dengam voice over pun lahai. Tercungap-cungap. Konon janji dengan client nak hantar draf hari Isnin. Sudahnya rabu juga selesai sebab merekod, bancuh anak3 sibuk minta juga. Minuman supplement la anak-anak oi.. Jika kakak dan abang dikata padanya air ubat mereka dah tak minta. Si kecik sorang tu. Payah nau~ 

.

Tetiba dapat job lagi air vitamin C berkarbonat. Job suruh beli 2 botol bagi setiap perisa dan ada dua perisa. Sibuk tanya bila boleh minum.  Adehh. Ibu pun pandai, beli cukup2 buat apa kan. Dah la ayah bayar. Haha 


Dah habis rekod tu diaa.. minum tak ingat dunia padahal belom kena lulus lagi. Mati lanak kalau kena reject. Jangan kena reject sudah la ek. 

.

Itu la serba sedikit cerita khamis seorang suri rumah. Sekadar menyimpan kenangan hari ni cantik dan panas setelah beberapa hari agak windy dan mendung. Tempat lain agaknya masih banjir lagi. Dengar radio kata mangsa banjir Johor tinggi jugak hari tu. Masih dalam fasa mengemas selepas banjir agaknya. Semoga murah rezeki mereka semua. Diberikan kesabaran menghadapi ujian Allah SWT. 

.


Last but not least, Jangan lupa Al-Kahfi okay. Salam hujung minggu warga Johor. Berbaki 10 hari lagi Nayla sekolah. Ibu yang risau. Haha