Isnin, Februari 27, 2023
Beza Roti Boom dan Roti Planta
Salam Isnin teman-teman, ada yang masih monday blues ke tu?Harap hari ini masing-masing dimudahkan segala urusannya. Dan today nak kongsi dengan korang la permasalahan dan pertanyaan yang bermain dalam kepala sejak dua menjak ni kan.
Dah berpindah rumah ni, sokmo la buat pesanan makanan dari kedai makan di simpang depan nu. Menu tarikan paling senang dan favorite anak-anak suka mengonyel ni adalah roti canai.
.
Beza Roti Bom dan Roti Planta?
Jawapannya adalah pada ketebalan roti tersebut!
Favorite Aku - Roti Planta!
Ahad, Februari 26, 2023
Review Drama Korea: Summer Strike
Drama Summer Strike
Review Summer Strike
Sabtu, Februari 25, 2023
Dapat ke Festival Layang-Layang 2023 Pasir Gudang
Buat julung kalinya, aku dan anak-anak ke Festival Layang-layang Pasir Gudang setelah 6 tahun menetap di Johor. Dan setelah 5 hari di rumah, dibawa ke tempat begitu lapang rasa hati melihat bebasnya layang-layang terbang mengikut arah angin, panas hari tanda moodnya bagus. Semua perfect! Alhamdulillah
Selepas semalam berita sedih melanda kami, yang hidup mesti diteruskan. Berhibur seketika mengubat rawan di hati. Melepaskan lelah selepas ulang rutin yang sama setiap hari padahal macam tak ada buat apa pun.
.
Cuma nak cakap, best sangat semalam. Tak tau la dia rasa lapang tetiba baru nak rehat badan lepas makan, dan uruskan anak. Suami yang sebu perut pun mengajak, nak jalan tak? Hee~ hati kita apa lagi melonjak gembira la. Tapi kena cover risau dibawa ke Econsave belanja baru dapur je. Dah lawa-lawa ke Econsave je wak? Hahaha
.
Jauh perjalanan. Disuruh anak-anak yang tak reti tidur petang di rumah tidur dulu. Nasib semua dah senang nak bangun. Makanya dengan Ibu sekali nak tidur. Ibu dia ni campak aje ke mana, kalau mata kata nak pejam, pejam la iya. ..
Sampai di destinasi, memang dah sedia ramai jam 4.30 petang. Nasib parking senang. Itupun nak balik ke blocking beramai-ramai. Ada la adik manis ni Allah takdirkan dia ambil barang di kereta. Tolong la gostan dan beri ruang pada mereka yang terkandas sebab parking belah belakang. Sekali keluar, mak aihh keliling Taman Awam Bukit Layang-layang tu dah penuh wak. Masya Allah. Makin nak senja makin ramai. Angin pun syiok aje. Sementara tunggu kesesakan, tengok lagi layang-layang makin meriah menghiasi langit.
.
Sekali, usah diajak la suami ke area sana jika hujung minggu. Cerita dia hadapilah kesesakan dengan tabah. Keluar dari taman jam 6. Tiba di kediaman jam 9. Ko rasa? Anak-anak dok tanya bila nak sampai. Dah sampai memasing kelelahan. ...
Walaupun begitu, seronok dapat tengok layang-layang. Rekod langit banyak-banyak untuk konten. Pahtu rekod sana dan sini. Jalan-jalan. Makan-makan. (tetiba baca dalam nada Lynnrazif) .
Nampak posting teman di muka buku, dia kata boleh tahan harga makanan di kiosk yang ada di situ. Iya dong. RM50 terbang dengan makanan yang cuma Air 3 cawan, Keropok lekor dan goreng pisang. Kemudian, eksrem penyejuk tekak. Lastly, buah tembikai dan mangga sekadar berapa hiris dalam cawan. Hurm... Nasib sedap dan tetiba ehh. Ni abang Si anu kan? 🤣🤣 Yadoi! terus amek gmbar send dengan si anu tu. "Kak, abang ko eh?" -
Booth makanan dan pakaian pusing smeua dok repeat benda yang sama. Rasa macam satu kedai amek sampai 3 port supaya orang nampak barang dan makanan mereka. Ternampak kunafa dan baklava Arab jeling kat laki tak kena layan. Haha It's okay la. Janji dia dah bawak jalan-jalan healing gini pun iolls okay.
.
Done yesterday story! TQ pada sponsor utama, Encik Suami. Haha