Selasa, Februari 07, 2023

Menunggumu by Pena Kayu

 

Menunggumu by Pena Kayu

Seperti yang dijanjikan, sebuah lagi novel Pena Kayu yang Aien beli sempena promosi CNY hari tu, HAHA  teruk la teracun blurb di group telegram tu. Ishh..


" Mama Sarah ada anak lelaki. Adam nama dia. Kalau Rhea jumpa Adam, Rhea mesti suka pada Adam." 


Hook sangat tak? Tak, tak terpengaruh lagi. Boleh hold lagi. Sekali, kena bentang dengan pertelingkahan Adam-Rhea-Mama Sarah dalam telegram. Hish, mesti nak tahu kenapa Adam mati-mati menolak si Rhea. Bukan sebab Rhea diambil sebagai anak angkat kan? 


"Rhea tak boleh jadi anak angkat Mama Sarah. Rhea tak boleh sebab Rhea nak jadi isteri Abang Adam." 


Ehh, budak 12 tahun ni menggatal pulak. Semata nak sakitkan hati Abang Adam yang selalu sakitkan hatinya, Rhea mencetuskan idea gila.  


Rupanya, bukan kerana Rhea mengambil kasih sayang Mama Sarah daripadanya membuatkan Adam 'benci' Rhea. 


-----Chop! Dah kenapa aku pun buat review macam tulis novel pulak dah? HAHA Jap ek.. 


Sinopsis menunggmu

Okay ni sinopsis dia sebenarnya. Me like, mungkin biasa la kot kena kahwin paksa last-last dan tak terfikir ending dia, HAHA


Nak cerita tapi tak nak bagi spoiler, yet love the karakter Adam yang dia cuba menyimpan dendam lama pada orang yang salah, dalam masa yang sama menyembunyikan rasa sayangnya pada Rhea. Can you imagine, 13 tahun duduk bersama satu rumah dengan Mama Sarah, Rhea masih tertipu dengan setiap maki daripada Adam? 


Geram la kalau aku jadi Rhea pun naik menyampah dan kecik ati aje la dengan Adam ni ha. Dah orang menjauh, pandai pulak dia cari perhatian. Ehh, geram laa. 


Rhea pulak bila asyik kena herdik oleh Adam dikuatkan hatinya walaupun sayangnya pada lelaki itu makin menebal. Lagi tebal muka dia bila suarakan hasrat nak jadi bini Adam pada usia 12 tahun. HAHA 


Aku kan tak boleh la berhenti tersenyum baca bonus daripada Pena Kayu. Kenapa tak boleh agak kan sebenarnya tu angkara dia sendiri? Konon. Acah tak bersalah. Bila dah kehilangan Mama Sarah, menjadi tanggungjawab Adam pulak menjaga Rhea walaupun gadis itu telah membuka ruang hatinya untuk Hilman. Masa tu tau Adam takut jika benar-benar Rhea beralih sayang. 


Over all, menulis la apa yang kamu hendak baca. Totally in love with Adam Zahari dan Rhea Hawardi (kalau tak silap la kan) .


Karakter yang dibina oleh Pena Kayu setakat ni semuanya senang di hati. Tak ada la terlalu hardcore bad guy and lembik girl. Rasanya Menunggumu punya gaya penceritaan berbeza dengan Tuan JPJ walaupun sebenarnya pusing-pusing itu la dia, Pena Kayu. Aahh~ gituu.

.


Done read. Next, Konspirasi 365. Hehe 

Ahad, Februari 05, 2023

Tuan JPJ Babak Terakhir by Pena Kayu

 

Tuan JpJ by Pena Kayu


Hi, salam hujung minggu korang! Korang tahu tak, pembelian terakhir aku untuk 2022, ditamatkan dengan beli novel daripada penulis kegemaran kita, Pena Kayu. Biarpun harganya terasa mahal masa tu, dan sekarang menyesal je aku beli masa tu. Tunggu kemudian boleh dapat murah sikit. Haha


It's okay la. Benda dah beli, dah balut dan habis baca dah pun. Baru nak menyesal ke? Yadoi! Novel setebal 500++ muka surat boleh settle dalam satu hari sebab lepas siap semua kerja rumah dan iklan dari anak-anak boleh la kan. Kalau tanpa iklan tu, dalam 2-3 jam dah habis. 


Sinopsis Tuan JPJ Babak Terakhir Aku Isterimu 

Sinopsis Tuan JPJ

Baca sinopsis dia geram aje. Tuan JPJ a.k.a Hasbul Ariff ni, tetiba nak batalkan perkahwinan mereka. Padahal tengok/baca dari segi perwatakan dia memang suka dengan si Syuhada ni. Pertama kali mereka bersua muka di ujian JPJ Syuhada, ke main dia caring. Mak si Syuhada pun dah approved! Lagikan dahulunya ketika berusia 16 tahun Syuhada pernah menulis ciri-ciri suami idaman dia, dalam masa yang sama Hasbul Ariff ingat kesemuanya. Rupanya Hasbul Ariff ni ketua pengawas mereka di sekolah dahulu. 


4 hari lagi nak majlis boleh nak batalkan disebabkan seorang perempuan bernama Fazura. Hurm, teruskan membaca! Haha 

Fazura tu hanya alasan. Sebab sebenarnya dia tak mahu Syuhada terluka dengan kebenaran di sebaliknya. Fazura mengandung, tapi anak orang lain. Bukan anak Hasbul Ariff. Demi menjaga amanat arwah sepupunya, Hasbul Ariff cuba membongkar rahsia sebenar kematian Shahrul, si sepupu yang dibunuh depan matanya sendiri. 


Korang mesti geram dan sayang kenapa tetiba nak putus pulak. Dah kawen pun layan macam nak tak nak je. 


Phew~ di antara sebab kenapa Pena Kayu menjadi penulis kegemaran. Beliau bersahaja dalam mencipta krisis novel ni. Hooked sangat! Pahtu bahasa dia baku yang santai. Eh, boleh eh gitu? Macam boleh hadam la juga jika dibandingkan novel melayu lain. Ada ja. Cuma yang berkenan di hati setakat ni Pena Kayu ja. Hampir 85% hardcopy dan ebook dia dah dibaca. Haha Taksub sangat ni. Selain tu, Anjell dan Rin Ahmad. Anjell rupanya banyak jual ebook, cuma aku je tak tahu. Rin Ahmad lama menyepi jugak. Tak jugak jengah blog dia. Nanti la. Nak lari dari realiti, baca la dunia khayalan jap. 


Oohh, novel ni happy ending. No worries tentang perpisahan Hasbul Ariff dan Syuhada ni. Jika dah jodoh, jangan pernah meraguinya. -Eceh ayat aku! Kbai. Nak baca dua lagi karya dia aku baru beli Januari lalu sempena CNY Sale. Haha 

Sabtu, Februari 04, 2023

Hadiah dari blogger Ray

Hadiah dari Blogger Ray

 

Hi, Hi.. sebelum rumah F tamat beroperasi, tetiba ada satu eh.. dua parcel besar singgah. Apakah ini? Tengok balik tracking by JnT rupanya dari blogger Ray a.k.a Raydah AlHabsyi . Omoh! 


Rupanya beliau tengah melunaskan janji kepada follower yang mengikuti blog beliau dan membuat sedikit giveaway hari tu. Hari tu tak ingat la bila exactly. But dia berlaku. HAHA


I was excited sebab kotak dia besar dan panjang tau. DM blogger Ray by Instagram surely dia kata backdrop. Wahh, me pun more teruja sebab dak bayangkan bilik baru nak buat konten dan amek gambar. Heee~ I have a more nature lighting now. 


Apapun Thank you Ray! Semoga murah rezeki selalu. Backdrop dia lupa pulak nak snap gambar. Here the video. 



Besar dan masya Allah apa yang terbayang dalam kepala is nanti raya boleh la buat studio photograph untuk our family. Haha Nak cari sofa dan deco port untuk bergambar je. Nanti2 la dulu. Buat masa sekarang kena cari job yang mendatangkan duit dulu. Soalannya siapa nak bagi aku kerja ni?