Selasa, Januari 31, 2023
Bulan Percubaan Tamat!
Rabu, Januari 25, 2023
Love Character Test
Hi Hi bersama saya kembali dengan test lain dari Ktestone. Hari tu korang dah cuba >> SMILE DATING TEST << belum? Kalau dah boleh cuba yang ni pulak. Tekan je gambar di atas okay?
I bet siapa la creator game ni terror la tebak orang. Aku main banyak kali pun masih kena yang sama. Peratus yang betul tu banyak pulak tu. Aiguu. Haha
Serabut betul kan girl crush girlfriend ni. Tapi bila dah jadi isteri orang macam... Haha
.
Agak betul jugak la. Korang rasa macamana dengan jawapan korang dapat? Betul tak betul?
Sabtu, Januari 21, 2023
Raya Cina & Selamat bercuti
Wah, wah! Meriah ek. Selamat menyambut tahun baru cina bagi mereka yang menyambutnya. Kita, rakyat Malaysia meraikan Raya Cina dengan cuti yang panjang sehingga isnin nanti. Isnin ke Selasa ni? Well, Aien masih lagi suri rumah dan tidak memiliki anak yang bersekolah jadi kurang alert sikit. 😅
Suami tak kerja, yela tu bercuti. Cuma kali ni kami tak ke mana sangat. Masih serabut dengan rumah sewa cari tak jumpa. Dah jumpa mahal pulak tu. Ada deposit saja sampai 5-6k. Mampuih la nak oi.. Nak tak nak bulan 2 dah kena chow dari sini.
Well, ikutkan setahun dah kami mula berkhemah. Ingat nak meraikan. Sekali tak jadi la pulak. Haha Ikut aje la keadaan mana yang ada ye.
Saja la nak meriahkan entry blog yang dah mula sepi sejak hype dengan Dating Smile Test ritu. merasa la dah blog dah 1 Juta page view? Excited. Maunya tak, cuma dah terlepas. Ahhh malas la nak menulis. Haha
Itu je laa nak cakap, selamat tahun baru bunny! Tahun ni zodiac paling bertuah si anjing. Haa, mana yang zodiac tu boleh la cuba yang terbaik sambil doa mudahan punya rezeki.
Sebut pasal zodiac ni, Aien ni selalu la nak tengok means bukan la percaya bulat-bulat dengan setiap apa yang di mention tu. Cuma kadang-kadang kena dengan diri tu. As much macam personaliti berdasarkan zodiac atau apapun yang berkaitan dengan bintang, baik dari astronomi ataupun binatang cina ni. Suka - bermaksud suka la dengan oohh.. Hari ni macam bertuah sikit. Haa boleh la bagi semangat kat kita untuk usaha lebih. Faham tak?
Kalau siapa peminat surat khabar The Star dulu, tepi bahagian teka silang kata tu mesti ada astronomi hari ni untuk bintang apa dan apa yang berlaku untuk dia pada hari ini. Some times benda tu encourage kita untuk do our best tau. In case hari tu macam ohh, please avoid black today and somehow kau pun pakai baju so blacky, hadap je la. Sambil doa mudahan hari ini berjalan dengan lancar. You know? Benda tu like.. - ehh benda aku merapik ni? Begitu la dia kan. Once benda dalam kepala kan. Laju aje la tangan aku menaip even menaip guna phone ni kan.
Bercerita la dengan korang pasal tahun arnab ni, binatang aku terletak di tangga ke-6 bertuah untuk tahun ni. Bermakna - yang sedang-sedang saja. Manakala husband pulak, tangga ke-11 bermaksud dari segi ekonomi dia kesihatan dia. Pheeww.. dan aku sebagai kena doa banyak-banyak semoga Allah mudahkan urusan dia dan kami sekeluarga. As starting point - our lunar year start cari rumah ni la kan. Hari tu ada rumah luie teda. Ni luie ada, rumah mencanak nak. Astaghfirullah al adzim. Gila nok! Haa, kan. Aku pun macam. Apak la wei. Rumah yang 2 bilik 1 bilik air pun minta deposit bukan-bukan. Dah la dalam serupa - mula la kan. Astaghfirullah al adzim.
Kau - as isteri nak la rumah tak ada la yang the best house but we can make it the best home kan? Yang penting safety anak-anak membesar, keselesaan dari segi ruangan dapur. Pasal tak ada kabinet ke, tiles ke benda tu boleh bawak bincang. Cuma for now. I just keep searching rumah mana sesuai dengan bajet suami sebab dia sorang breadwinner ehh. apa tu bahasa omputih - tukang cari duit. Yang mencari nafkah dari segi kewangan. Aku - orang rumah ni berharap agar ada la rumah molek untuk kami di celah pisang goreng panas.
Ada juga mil suggest - if tak jumpa rumah duduk la dulu dengan dia sebulan dua. Tapi, aku nak raya rumah aku nok. Walaupun eh dah 5 tahun la beraya dengan dia. But - you know. YTJT la kata bahasa now kan.
Haa, dah melalut dah wishes aku pasal tahun bunny ni. Itu je la kan. Nak cerita. Risau panjang nau cerita. Habis disingkap hikayat purba kala. Untuk sekarang, mudahan Allah turunkan rezeki tak disangka untuk mudahkan urusan keluarga kecil kami. Bagi aku - mana yang murah sebat la asalkan ada. untuk dia - atleast 4 tahun sekarang nak duduk rumah landed. Sebelum kami pindah ke kayangan in shaa Allah panjang umo. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Which I follow the flow aje la. Nak tentang lebih pun - apa boleh buat, taiknya bulat isi dalam botol jadi panadol. HAHAHAHA
happy new lunar year!