Sabtu, Disember 17, 2022
Drama Korea: Revenge of Others (2022)
Revenge of Others
Sebuah drama bergenre suspen dan misteri tentang pembunuhan seorang pelajar sekolah menengah. Drama yang membawa kesedaran kes buli di kalangan para remaja sekolah serta hal yang menjadi permasalahan di sekolah menengah yang boleh menyebabkan campur tangan pihak polis.
Drama ini perlahan-lahan membawa kita menyelusuri kisah penembak hebat dari sekolah Busan ke Sekolah Yongtan, Seoul dan bagaimana beliau menyelesaikan kes pembunuhan yang sudah ditutup oleh pihak polis ini.
Sinopsis Revenge of Others
Ok Chanmi tidak mempercayai bahawa abang kembarnya, Ok Changyu mati kerana bunuh diri. Kerana itu, dia berpindah ke Sekolah Yongtan. Yang tidak lama kemudian kemunculan 'hero' menyelamatkan seorang pelajar yang dibuli. Jadi, Changmi mempercayai bahawa hero ada kaitan dengan pembunuhan abang kembarnya.
Barisan pelakon Revenge of Others
Park Solomon sebagai Ji SooHeon
Shin Ye Eun sebagai Ok ChanMi
Seo Ji Hoon sebagai Seok Jae Bum
Lee Su Min sebagai Kuk Ji Heon
Jin Ho Eun sebagai Sa JaKyeong
Chae Sang Woo sebagai Gi O Sung
Barisan pelakon muda yang berbakat menjayakan drama ini sangat memberi impak besar kepada masyarakat terutama di Korea Selatan.
Review Revenge Of Others
Tak sangka boleh sangkut tengok drama ni sebab barisan pelakon dia muda-muda belaka. Jadi macam drama dia pun tak ada la heavy sangat selain daripada melibatkan budak sekolah, cikgu dan pihak polis.
Saspen sebab kita sibuk teka siapakah pembunuh Park Wonseok a.k.a Ok Changyu yang sebenarnya. Ikut la bersama Ok Chanmi meneka dan menyiasat siapa pembunuh abang dia tu. Mula saspek si Hero, pahtu bukan. Petunjuk bawa kepada orang kedua, which antara yang paling rapat dengan Changyu semasa hidupnya.
Orang kedua ni kaki putar belit. Semua petunjuk jadi mislead olehnya dan cukup berjaya la pelakon dia bawa watak menyampah tu kerana dia anak seorang ketua polis. Ehh, geram aje tengokkan.
Plot twist dia banyak pada orang kedua ni la. Suka dengan drama ni sebab semangat Ok Chanmi tidak mengaku kalah dengan pembuli yang ada di sekolah tu. Dia berani kerana benar walaupun ada fitnah tular tentang diri dia. Best la!
Saya rate drama ni 4.5/5 sebab semua best kecuali plot yang berpusing-pusing yang kesudahannya pembunuh dia ada di kalangan mereka. Pandai kan?
Spoiler alert! - pembunuh dia ada split personaliti. Yadoi! Padan susah sangat nak tebak.
Rabu, Disember 14, 2022
RJ Cafe - Ayam Bakar lejen!
Yah, hari ni teman-teman saya mau bercerita pasal makanan ni satu sedap di Kuching atas recommended my sister.
RJ Cafe - best known as their ayam bakar so delicious. But for me, biashe biashe saje. But, why not kita share juga. Sebagai simpanan yanh kami sudah cuba ke mari.
Over all menu yang kami cuba pun biasa-biasa saja. Again - cuba lagi toast yang sama di King Laksa Sarawak, tapi kali ni tak laku pulak dengan anak-anak. Betul la tu. Persekitaran atau keramaian menarik minat anak-anak untuk makan. Apatah lagi bila dia tengok semua orang makan menu yang dia order.
RJ cafe, Kuching
Mereka ni mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuching. Rasanya yang kami makan ini di Padungan siap kena saman lagi gais. Haha
image kredit: teaspoon |
Berjaga-jaga la kamu makan di sini ya. Dalam kereta sewa ada juga sediakan kupon parking tu Cumanya aku buat gaya orang Miri bah. Haha Rupanya tditak valid kat Kuching. Yadeh! Gigih la husband cari MDKU untuk bayar saman 55¢ tu kan. 55 sen. ehh, murah kan. Tapi selepas seminggu dia naik dan naik. Demi menjaga baik kereta sewa dan jadi pengguna yang baik hati. Kita bayar la kan.
Bah, berbalik pada menu kita tadi. Simple saja sebab kami sekeluarga saja. Mereka lain tak ikut sebab masing-masing punya plan tersendiri.
Saya order - Mihun goreng dengan ayam bakar. Kind of fancy and berpatutan dengan harga dia. Tapi mihun goreng pedas. Bungkus bawak balik, husband yang makan. Haha Ayam Bakar not bad. Style mereka sendiri. Sedap la.
Bihun sup style Sarawak - or perhaps SOTO? ntah. Tengok macam tak cukup saja lakiku makan nih. Alhamdulillah kenyang jugak dia.
Toast Cheese - Sedap! Toast mana pernah tak sedap kan? Tapi kalau semua Ibu yang kena makan, naya anak oi!
Peanut Toast - sebab coklat dia tak ada. Aiguu. Actually saya mau order mee kolok Special, tapi pun teda. Macam frust la kan, dalam menu ke main banyak list. Tapi itu tak ada, ini tak ada. Hurm...
3 Tempat RJ Cafe
📍 RJ Cafe Satok
📍 RJ Cafe Simpang 3 - yang ni rasanya kami makan sampai kena saman. Haha
Dia kena saman tu during workdays jak. Kalau ada parking kupon, better la standby kan. For those yang tak tau. Better baca sign board yang ada di tempat parking tu.
Next! Makan di mana. Oh ya, kalau tak tau nak search boleh cuba dalam grab pun ada juga mereka buat delivery ke kawasan yang berdekatan.
Ahad, Disember 11, 2022
Jalan-jalan ke Taman Sahabat, Kuching
Jalan-jalan ke Taman Sahabat, Kuching.
Lepas dah kenyang makan mee jawa semalam tu kan, kami ingat nak balik homestay memandangkan tak ada juga buat apa-apa di rumah adik tu. Kesian dia kepenatan lagi menguruskan anak3 sama tiga ketul macam aku. Cuma dia sorang masih baby. Melihat keadaan dia, aku bayangkan aku masa tahun lalu. Heww, times flies very fast. Nadhira pun dah mula nak pandai cakap. Pandai ekspresi diri dia..
Okay, berbalik dengan Taman Sahabat ni, maka adik aku mengajak senyap-senyap ke sini memandangkan yang lagi sorang tu nak balik homestay. Nasib dah sampai sini dia tak ada marah sebab dia pun dari Shah Alam, so why not kan. Thanks to her, @sofieadie banyak jugak gambar cantik di ambil. Haha
Taman Sahabat?
Taman Sahabat ni sebenarnya khusus menceritakan tentang persahabatan Malaysia China. Selebihnya Taman Sahabat in menjadi tarikan untuk orang awam terutama bangsa cina untuk berjogging dan memberi ikan makan terutamanya.
Rupanya aku ni posting artikel tak habis. adoi!
Okay meh kita sambung la tulis hikayat Taman Sahabat ni tadi. Over all Taman Sahabat ni buat pelancong sesuai untuk dijadikan spot ambil gambar sebab semestinya view dia cantik kecuali dengan padatan manusia yang berjoging.
Kalau nak jadikan tempat fotoshoot kahwin pun lawa juga. Ala-ala di China gituu.
Image kredit: bombasticborneo.com |
Sini la port paling lawa eh. Kena dengan cahaya matahari dia, dan panas itu biasa. Hasil kami bergambar pula,
Najmi yang sibuk berzikir nak bagi ikan makan tapi makanan dia dah habis dijual kerana padatan manusia yang begitu rame. Ikan-ikan dia besar pulak tu.
keletah ayahnya melayan anak-anak do excited tengok ikan. Si Nayla pulak takut sebab kena sergah dengan ikan.
Ini rupa dia sebelum dia kena sergah. Haha tinggi ikan tu melompat ye kawan-kawan.
Ini pintu China. Jalan masuk ke Taman Sahabat ni ada dua bahagian. Satu dari China manakala satu lagi dari Sarawak. Kami, semestinya masuk dari Sarawak.
Kami dah sampai China. Haha
Aku busy baca sejarah mende ni dibuat. Phewe so panjang eh.. Last aku snap gambar dah rekod je la. tak larat nak baca. Bila dibelek galeri, ehh mana pergi gambar tu? Ghaib la pulak.
Ceritanya tugu Admiral Cheng Ho ni terpacak bersama kapalnya macam dia berlayar ke sebelah Borneo ni demi melebarkan sayapnya. Ada la hikayat dia di situ. Jadi kita pun bergambar kenangan.
Salah satu tempat must visit ke Kuching is Taman Sahabat ni. lebih info boleh baca di:
Langgan:
Catatan (Atom)