Rabu, Oktober 05, 2022
Chinese Drama: Nothing But You
Nothing but You
Reviu selepas menonton Nothing but You
Isnin, Oktober 03, 2022
5 cara simpan duit di masa inflasi
Simpan, simpan, simpan! Itu lah dalam kepala kita sekarang ni semenjak pandemik melanda Malaysia dan dunia dua tahun lalu. Eh, apa yang nak kena simpan ni kan? Semestinya wang yang harus disimpan untuk jangka masa panjang dek kerana kini dunia di ambang inflasi dan menyebabkan banyak harga barangan di luar sana naik.
Apa itu inflasi?
Apa harus kita lakukan untuk kekal stabil di waktu ini?
kredit gambar: pexels |
Catat setiap pembelanjaan keluar masuk kewangan rumah
kredit gambar: pexels |
Simpan ikut kemampuan
Lakukan side income selain kerja hakiki
Jangan berhutang dalam hal yang tidak sepatutnya
Fokus tentang keperluan bukan kehendak
Benda ni la mak-mak pantang lahai. Usah kabokan orang lain, den ni haa.. Payah bebeno ler kalau dah bukak shopee tu. Susah nak jumpa jalan keluar selagi tak bawak keluar. Banyak sangat benda nak dibeli sampai penuh rumah, masih juga nak beli. Heran eh..
Tak ada la sampai sarat sangat, selalunya suami cakap, beli untuk apa. kegunaan apa. Selagi boleh pakai, pakai je la. In shaa Allah ada rezeki kita beli lain.
Begitu la kita rakyat marhaen cuba untuk selamatkan diri sambil fikir masa depan keluarga dan anak-anak. Sejujurnya memang susah lakukan 5 perkara di atas apatah lagi kita terutamanya Aien ni seorang suri rumah yang terikat dengan anak-anak. Ada mulut berkata, berniaga la. Bagi ringan bahu suami.. Kuncinya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Biar la hidup sederhana, penuh kesyukuran pun alhamdulillah. Daripada kaya tapi resah gelisah. Tapi, ini bukan cerita kaya ke tak, ini cerita simpanan besok hari di kala kecemasan.
Ada tak ada, semoga kehidupan kita semua dipermudahkan dalam mencapai apa jua impian korang.
Sabtu, Oktober 01, 2022
Hello Oktober!
Assalamualaikum,
Dari julai hari tu.. back to back sakit non stop. Seminggu sekali mesti ada yang terkena demam, selsema batuk dan sebagainya.
Untuk Oktober, kami mulakan dengan muntah-muntah per keluarga disebabkan angin kata doktor. Jangkit dari kampung jugaknya since sepupu mereka ni ada yang muntah-muntah.
Pulang dari camping hari tu si Nadhira muntah plus cirit birit seminggu. Kali ni Nayla pulak muntah-muntah pantang masuk makanan atau air. Kesian pulak eh tengokkan. Malam harinya pulak, Najmi pulak kena. Habis tilam basah dek muntahnya.
Jujur ibu cakap, antara anak perempuan dengan anak lelaki sakit. Ibu prefer yang perempuan sebab mereka bila dah sakit, tido je. Tak banyak bunyi. Tu la dia kan anak, lain anak lain ragamnya.
Doakan kami sehat selalu, jika ada yang sudi kongsi tips untuk kurangkan kembung perut dengan rendah hati la terima kasih. Sebab ibu pun blur nak bagi apa dah. Sapukan minyak bawang putih pun ye, letak EO YL pun ye.. Suruh rehat, mana maunya budak. Ibu pun dah kena angin kus-kus ni nak tido je badan tak sehat. Tapi, kalau ibu tido.. Sian ayahnya sorang berjaga. Dah la kawan tu kerja. memang tak larat sangat. Nak bangun pun dunia berpusing. dok berbaringan je la.
Moga sehat hendaknya anak-anak Ibu nih.