Sabtu, September 24, 2022

Drama China: Be My Princess (2022)

 


Be My Princess 

Satu drama daripada channel iQiyi Mango TV bergenre fantasy romantic plus komedi adaptasi daripada novel Ying Di De Gong Zhu oleh Xiao Jia Ren mempunyai 30 episod dan ditayangkan secara rasmi di aplikasi iQiyi Malaysia pada April 2022. 

Lakonan hebat daripada Jeremy Tsui dan Zhou Jie Qiong sebagai watak utama dan Wu Jia Yi dan Hu Yun Hao sebagai watak supporter utama. 

Sinopsis

Drama yang berkisarkan tentang Ming Wei seorang translator yang berminat dengan dunia lakonan. Ming Wei secara tak langsung tetiba dapat tawaran sebagai watak utama dalam drama bertajuk "Bendahara Gemilang" yang meletakkan pelakon lelaki terbaik Mu Ting Zhou sebagai watak lelaki utama. 

Drama yang menjadi tugasan mereka itu mengisahkan kisah cinta antara seorang puteri dan guru diraja di zaman Ming Dinasti. Selepas satu kemalangan berlaku pada Ting Zhou membuatkan beliau cuma mengingati wataknya sebagai guru diraja dan menjaga puterinya. Demi membantu Ting Zhou pulih ingatannya, Ming Wei mula menjaga lelaki itu. 


REVIU SELEPAS MENONTON



Weh, macam Lee Dong Wook wei. Cuma dia muda lagi daripada Lee Dong Wook la. Jeremy Tsui sebagai Mu Ting Zhou seorang pelakon lelaki terbaik tapi ada juga part lawak dia bila dia tetiba jatuh cinta pada pelakon baru, Ming Wei tanpa dia sedar. 

Comel sangat drama ni sampai tak sedar eh dah habis 30 episode. Walaupun makan hari juga la sebab tak nak dia habis cepat. Adakah? 

Pertemuan pertama Ting Zhou dan Ming Wei je dah mula lawak bila Ting Zhou acah giler dengan Ming Wei yang innocent tu. 

3 episode pertama pasal perkenalan Ting Zhou dan Ming Wei. Selebihnya masuk part Ting Zhou mula hilang ingatan dan menjadi Mu Yun, guru diraja yang menjaga Ming Wei, sang puteri Ming Hao. Ikutkan plot drama lakonan mereka berdua tu, cinta guru diraja dan sang puteri tidak dapat bersatu dek kerana martabat. Sedih jugak la. 

Ting Zhou yang selama dia menjadi pelakon tak pernah ambil babak atau scene bercium boleh setuju untuk adegan tu demi Ming Wei. Paling sebel sekali lepas scene tu kan, dia boleh cabut plaster transparent untuk cover bibir dia. Geram wei. Hahaa

Ming Wei memula hormat dengan Ting Zhou sebab sudi mengajar dia seorang pelakon baru dalam mendalami wataknya sebagai sang puteri. Bila dah tamat shooting drama tu, kalo boleh Ming Wei tak nak dianggap sebagai menumpang populariti Ting Zhou. Lelama makin sakit hati tengok perangai Ting Zhou macam saja je nak sakitkan hati dia. 

Bila dah Ting Zhou hilang ingatan, serba salah Ming Wei nak terima. Tapi sebab hormat dan terhutang budi dia sanggup teruskan watak si puteri di di dunia nyata. Bukan lama pulak tu. 6 bulan sehingga drama "Bendahara Gemilang" tu mula ditayangkan. 

Selama 6 bulan tu,, tipu la kalau Ming Wei tak terjatuh cinta pada Mu Yun a.k.a Ting Zhou yang sangat menjaga dirinya ibarat puteri betul. Sampai dah nak kawen tau. Sebelum tu, Ming Wei cuba nak tinggalkan Ting Zhou supaya tak terus hanyut dalam perasaan yang tak pasti la kan, sebab jika Ting Zhou sedar balik dia pasti akan kecewa lagi. Malangnya gagal apabila Mu Yun seolah hilang harapan untuk hidup. Sedih juga la masa ni. 

Alih-alih sehari sebelum pendaftaran pernikahan mereka, Ting Zhou koma, dan kembali menjadi Ting Zhou. Ouch, sakitnya tu di sini. Kuatnya Ming Wei cuba bangkit dari fantasi. Lagi-lagi tohmahan netizen kata punah mimpi Sang Puteri. Tambahan ada satu gosip mengatakan Ming Wei adalah orang ketiga. Ehh Ehh.. 




Plot twist yang tak disangka, apabila Ming Wei tetiba terkait dengan pembantu Ting Zhou, Xiao Zhao atau nama sebenarnya Xu Run. Macam tak kemas pulak part ni, but who cares sebab dah fokus dengan Ting Zhou dan Ming Wei. 

Pembantu rumah atau housekeeper Ting Zhou tak habis pujuk Ming Wei kata, sebenarnya bukan setakat Mu Yun yang jatuh cinta dengan Ming Wei, hakikatnya Ting Zhou juga sama. Ye la, kalau dah satu badan sama kan? Kiranya Mu Yun tu bawak keluar perasaan sebenar Ting Zhou yang miskin dengan reaksi tu. 

Over all, love the ending and.... Worth to watch! Hehe Drama apa aje si kapisah ni tak berpuas hati? 

Okay, next drama please. Oh ya, ada satu soundtrack dari drama ni sedap la juga part chorus dia remind me, bila Ting Zhou dalam menjadi Mu Yun selamatkan Ming Wei dari dibuli oleh kawan baiknya yang palsu. 



Heee~ layan laa...

 


Jumaat, September 23, 2022

Happy Birthday Opah!

 


Selamat Ulang Tahun kelahiran Opah a.k.a Ummiku sayang. Terima kasih jadi ummi kami. Menjaga kami dari dalam rahim sehingga dah beso jadi mak orang pun masih sudi menjaga. 

.


Apapun semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dirahmati olehnya. Moga baik-baik saja dalam jagaan Allah SWT. Aamiin ya rabbal alamin.. 


Khamis, September 22, 2022

Kutip semua semangat




10 hari gone.... 

Last entry pada 13 Sept 2022. Sibuk kemaskan beg untuk berkhemah pada Hari Malaysia lalu, sempat juga simpan draf untuk posting blog. Terlalu banyak yang bertangguh. Banyak sangat fikir sampai satu pun tak terkeluar dari akal. Brain dump is failed! 

Kutip semangat settlekan laundry dan anak meragam sebab food poisoning. Nadhira keep cirit birit dan muntah dan masih longlai. Makan nak, main pun nak. cuma Ibu jangan bangun. Pasti dia menangis. Kita melepek atas katil main telefon tak apa. Kita duduk depan TV tengok drama it's okay. Kejap2 dia datang cek, Ibu masih situ lagi tak? 

Tapi bila mood dia dah okay, mesti dia nak maim dengan Nayla dan Najmi. The probs is... both of them haiyakk... No adik No... Maka bertangisan lagi tu anak.. And it never ending for past few days ni. 


Well, bukan merungut, cuma bercerita thats why I tak posting apa-apa sebab fokus dengan mana yang utama dulu walaupun blog ini pun penting. Cuma, let it go dulu. Anak lagi penting. Pantau dia, risau tengok dia. Ke main masa camping dua kali dua mandi milo. Sampai group FCJ semua tahu anak Izwan mandi milo. Aiguu 

Cerita camping pun belom update, reels belom buat. Apatah lagi reviu treatment Dermalane pun belom draf. So many thing to do.. Makanya.. slow slow kita kutip semangat, cari balik ketawa untuk diri sendiri. 



Last but not least, dear myself.. dont lose yourself okah?