Jumaat, Januari 03, 2020

APA YANG HARUS LAKUKAN BILA AKU HILANG TUJUAN?

Apa yang harus lakukan jika aku hilang tujuan? | Assalamualaikum 


Sekali lagi perasaan ini datang menyerang diriku. Aku terfikir sampaikan diri rasa sungguh tak berguna. Apakah aku ini cuma beban untuk semua orang di sekelilingku? 

Pernah banyak kali aku terfikir, aku mahu berniaga. Ibarat kata Ummi, aku ni apa saja tak pandai? Menjahit pandai, sijil saja tak ada. Menjaga budak pun boleh, kerja taska. kata Ayahku lagi. Tapi, kerja itu bukan satu cadangan buatku. Buat kek lapis pandai siap ada sijil lagi. Sampaikan aku pergi temuduga, orang bilang yang aku ni bukan mohon sebagai pekerja tapi sebagai isteri pun bagus. Itu suatu ketika dahulu la kan. 

Dan sekarang aku dah jadi isteri dan juga ibu, kenapa aku tak meneruskan legasi ke-Sarawakian aku itu? Ini ya alasan orang yang penyakit Mim nya yang sangat besar. Leceh! Takut tak jadi! Bahan tak ada. 

Hampir tiga tahun aku berkahwin, tiga tahun juga ketuhar itu dibelikan oleh Ayah, hadiah kahwin untuk aku mulakan bisnes. Tapi, apa yang aku buat dengannya sekarang? Bakar roti yang dah expired, kadang bakar tart telur klasik, kadang bakar brownies bila teringin. See, berapa kali dalam setahun digunakan pun boleh dibilang dengan jari. Pada awal perkahwinan, raya pertama aku mendabik dada bilang mahu bikinkan mak mertuaku kek lapis, alasannya pasti bangga menantu dia pandai buat kek lapis, sudahnya sampai sekarang tak ada. Kek lapis buatan orang yang diimport jauh ada lah. Macamana tu? 

Jujurnya, aku ini apa aja ada alasannya. Banyak sangat tapi. Bukan tak boleh, sekali lagi tapi tak mahu. 

Di hari Jumaat pertama tahun 2020, aku mohon dan mendoakan diriku semoga diberikan kekuatan untuk buka sesuatu yang aku suka dan boleh buat. Bukan kerana siapa-siapa tapi untuk aku sendiri. Sekali lagi, cukup la dengan dalih tu. Jom mula. Menjadi yang luar biasa. Bagaimana? Akan ku ceritakan bila berlaku. Aha~ kemungkinan untuk tak berlaku lagi itu tinggi kawan-kawan. T^T 
  • Jangan la begitu duhai diri. Pergi la berubah. Aku lelah melihat kamu begini. Apa yang kau takutkan? 

  • Apa kau ingat berubah itu ibarat Sailor Moon tukar baju? Sekali dengan tongkat Saktinya? Aku juga mahu la. Cuma… 

  • Lakukan dulu, jangan dalih. 

  • Aku tak punya wang modalnya. 

  • Itu alasan lapok. Kau bila punya wang, dibelanja pada yang entah apa-apa. Bukan pada keperluan. Makanan pun tidak. 

  • *Rolling eyes* 

  • Bangun la, buat sesuatu yang kau suka. Jangan termenung sambil menulis, tapi apa pun kau tak usahakan. 

  • Kalau aku menulis sambil dapat wang, kau mahu? 

  • usaha dulu baru kita tengok macamana. Kalau kau masih di situ, aku pun naik muak dengan janji kau. 

  • Okay. 

Sudahnya? 

Kau orang rasa apa yang berlaku? Macam-macam dalam kepala ni nak buat. Tengok orang jual ni, aku nak jual. Macam tu la jugak. Apa pun tak boleh. Sudah-sudah la, dah 2020 dah ni. 

Khamis, Januari 02, 2020

January Giveaway by Awesome Dreamer


Assalamualaikum | January giveaway by awesome dreamer

Jom kawan-kawan support rakan blogger.

Tamat sehingga 31 Januari 2020

Katerer Cinta by Nurul Syahida


Katerer Cinta by Nurul Syahida | Hi~ Assalamualaikum

Yes, done baca. Novel kedua di Ookbee Buffet.

Novel yang merupakan anak ke enam dari Nurul Syahida, nampak lebih matang dari sebelumnya.

Teringat pulak novel pertama karya Nurul Syahida ni yang Aien beli. Muka depannya yang hot pink gitu membuatkan Aien terpikat dan sehingga sekarang menjadi idola adik ku yang seorang dek kerana nama wataknya.

Nurul Syahida ni suka cipta nama panggilan yang klasik dan kadang kita pun tak jangka.

Untuk Katerer Cinta ni, mengisahkan tentang Maira berkahwin dengan lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korvankan kerjaua dan hidupnya demi menjaga ibu mertuanya, Puan Nas yang sakit. Pada masa yang sama, dia cuba menjadi isteri yang setia pada Annas yang bakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum menyambut hari jadinya yang ke-23  maira bergelar janda. Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin beekembang. Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita serba serbi  lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Samada ada melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya.


Kisah yang biasa-biasa yang tak pernah difikirkan orang, itu lah karya dari Nurul Syahida. Bukan cerita yang luar biasa, tapi garapan yang hebat buatkan kita terfikir bagaimana seorang katerer yang bergelar janda di usia menghadapi tiap majlis kegembiraan orang lain. 

Harus baca, sebab penulis berjaya bawa kita menyelusuri hati seorang katerer yang telah hancur oleh orang yang dicintainya kemudian kembali bangkit semula.