Selasa, Disember 31, 2019

Rajuk Rindu By Aisya Sofea


Rajuk Rindu by Aisya Sofea | Hi~ Assalamualaikum

Terutama sekali, terima kasih Kak Sha Mohamed perkenalkan Ookbee Buffet pada Aien. Dah lama rasanya tak membaca novel. Bila Kak Sha kata buat review dia ada baca novel di Ookbee ni, tergerak hati nak muat turun aplikasi ni. Seronok wei! 

Apa Itu Ookbee Buffet? 



Ookbee Buffet merupakan satu aplikasi dari Thailand kalau tak silap, yang menggumpulkan bahan bacaan dari jenis majalah, novel mahupun surat khabar di atas talian. Anda akan diberikan tujuh hari percuma untuk plan Premium selepas me-log masuk akaun. Selepas tujuh hari, semestinya kena bayar. Terdapat dua jenis langganan selama sebulan sebanyak RM 25.83 untuk Basic dan Premium sebanyak RM 36.25. Tapi jangan risau, terdapat potongan hebat sebanyak 16% jika anda melanggannya secara tahunan.


Novel pertama yang Aien baca lepas melanggani Ookbee Buffet ni adalah seperti tajuk di atas. Ades~ Lamanya tinggalkan dunia novel ni. Sejak dah berkahwin ni, novel ntah ke mana. Haha 



Rajuk Rindu yang ditulis oleh penulis terkenal Aisya Sofea memang tak menghampakan. Siapa tak kenal Aisya Sofea ni kan memang rugi la. 

Novel ini berkisarkan tentang  Sheikh Amiruddin seorang jejaka yang berkaliber dan kacak yang sekali pandang mampu menawan hati wanita. Namun tidak bagi Su. Padanya lelaki itu sombong, angkuh dan ego. Setelah mengetahui bahawa mereka adik beradik sepupu, segalanya berubah. Sheikh Amiruddin mula menyenangkan hati Su. Malah dengan kehadiran dua orang anak saudaranya lagi merapatkan hubungan dia dengan lelaki itu. Namun, kemunculan angah adik lelaki Sheikh Amiruddin seolah-olah mencabar keegoannya.

Kehadiran Sherina yang kononnya ingin menawan hati anak-anak yang ditinggalkan pada Sheikh Amiruddin turut menganggu-gugat hubungan mereka. Hubungan Sheikh Amiruddin dan Su semakin tegang apabila su mula mempersoalkan kejujuran Sherina. Ternyata Sheikh Amiruddin lebih percayakan bekas kekasihnya hingga menuduh Su cemburu dan mengadakan cerita.

Bagaimana akhirnya hubungan Su dan Sheikh Amiruddin? Sampai bilakah Sheikh Amiruddin cemburu akan hubungan adiknya dengan Su? Bagaimana pula hubungan Sherina dengan anak-anak yang dibesarkan oleh Sheikh Amiruddin? Adakah dia seorang mummy yang boleh dipercayai?

Secara purata novel ini memaparkan 20% cinta, 70% kekeluargaan dan 10% konflik.

Sambil baca tu, dok la membayangkan siapa yang bakal menjadi Sherina gedik ni kalau diadaptasikan kepada drama? Haha

Bagi Aien, novel daripada Aisya Sofea merupakan must read novel kerana beliau adalah salah seorang novelist yang lama juga bertapak dalam dunia penulisan bersama Alaf21 ni. Banyak syarikat penerbitan dan penulis hebat namun tiada yang setanding dengan Alaf21 ni. 

Selain daripada itu, novel Rajuk Rindu ini merupakan novel ke 16 beliau bersama Alaf21. Wow, hebat tak? Susahnya nak menghasilkan idea yang berbeza sambil menaip lebih daripada 500 muka surat. Adoo~ Dulu dulu ye la berangan nak jadi penulis novel, tapi sejak menyedari diri tak boleh nak tetap dengan satu-satu idea dan ayat terabur nak habis, memang tak lepas la dengan tuan editor. Sebab tu, buruk-buruk sesebuah novel tu  sekurang-kurangnya mereka berjaya menerbitkan karya mereka. 

Semoga untuk tahun 2020 Aien akan kembali menjadi warga pembaca. 

Till next novel. Jaa Nee! 

Ahad, Disember 29, 2019

IMBASAN DUA RIBU SEMBILAN BELAS


Imbasan 2019 | Hi~ Assalamualaikum 

Okay, lagi dua hari nak masuk 2020, seperti kebiasaan kita buat la sikit imbasan untuk 2019. Supaya kita boleh tengok apa yang telah berlaku pada tahun ni, dan merangka dengan lebih bijak untuk tahun hadapan.

Januari 2019: Buat buku pink untuk kali kedua

Setelah mengetahui ada yang menghuni rahim Aien pada Disember tahun lepas, Aien memutuskan untuk membuat buku pink pada tahun baru. Sebab diri sendiri pun tak berapa nak sedia dengan kehadiran baru. Fuh, masa tu mental sedikit merundum. Walau apa-apa pun itu rezeki dari Allah. Oh ya, by the way, entry ni la menjadi tarikan weird bugs. Heran

Februari 2019: Happy Anniversary to Us! 

Sedar tak sedar, alhamdulillah dah masuk tahun kedua buat keluarga kecil kami. 11.02.17 walaupun tarikh tak berapa nak cantek, tapi ianya menjadi simbolik buat kami berdua. Sekaligus, dah boleh la sambut Hari kekasih ni. Aha~ kekasih halal bawak ke syurga. Amiin! 

Mar 2019 - Jalan holiday ke Mersing.

Cuti sekolah bermula. Aien tak berapa ingat la cerita ni. Sama ada kami ke Mersing dulu atau pergi ke Melaka sempena akak Aien bertunang. Ah, akak bertunang hujung march maka  ceritanya disambung pada April la ye. Mersing, memang menjadi tumpuan warga kota yang ingat mencari lautan buat hiburan bersama anak-anak. Masa ni kami pergi agak sedikit jauh dari Air Papan. Best sebab sunyi. Terasa macam situ kami yang punya. Tapi lagi best yang pergi tahun lepas masa Nayla dalam perut. Suasana terasa betul di kampung tepi pantai gitu.

April 2019 - Kakakku kepunyaan orang.

Akhirnya, satu-satunya kakak Aien terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga. Bertunang dengan abang kawan baiknya,terasa macam satu anugerah gitu. Sekaligus menambah ahli johorian lagi sorang. Hehe 

May 2019 - Nayla turn one years old.

Nayla Insyirah berjaya berjalan sebelum usia satu tahun. Sebenarnya malam dia setahun tu dia berjaya melangkah dengan sendirinya. Allah, rindunya tengok video tu di Instagram. Anak dara Ibu dah besar. Itu la kawan, itu la pembantu dan itulah membuat mulut Ibu ni kaya dengan kosa kata saban hari. Adoo~ Ibu is pening. 

June 2019 - Selamat Hari Raya Aidilfitri

Raya kedua dengan Nayla dan pertama baby dalam perut. Fuh, mengah Aien nak jalan raya gini. Kejap-kejap nak pergi kencing. Kejap-kejap lapar. Nasib pergi raya ada makan, dan nasib juga jadi toilet checker. Masa ni pertama kali raya konvoi dengan adik beradik suami ke rumah sanak saudara mereka. Masa ni jugak, dapat tahu yang biras pun berbadan dua. Due date kami pun tak jauh. HAHA Sudahnya nanti mentua Aien bukak ward berpantang di rumah dia. Al-maklum la menantu berdua ni jauh datangnya. 

Julai 2019 - Welcome to the world Izz Najmi!

Pada 16 Julai, suppose last check up dengan KK, tapi tak sabar Izz nak keluar. Tapi, bagi false alarm je kat Ibu. Dua hari tahan sakit, pada 18.7.19 baru la dia keluar yang pada masa tu masih tak tahu jantina dia apa. Haha 

Wallahi, sepanjang sesi check up dengan KK, memang doctor tak pernah cakap apa jantina dia dan Aien pun tak bertanya. Malas nak berharap. Bila kita berharap nanti, tapi keluar tidak seperti yang kita harapkan, kang kecik ati. So, senang. 

Masa sakit tengok giliran nak masuk bilik saringan, sempat bercakap dengan suami, kalo dapat sepasang, Aien nak rehat. Besarkan mana yang ada je dulu. Dan Alhamdulillah tercapai jugak hajat. 

August 2019 - A new adaptation enviroment

Dalam bulan August ni, semuanya berkecamuk dan bercampur aduk. Fuh, emosi dan mental, semua terabur habis. Mana dengan anak yang sedang nak membesar, yang tak berapa cukup perhatian dengan ibu ayah dia, datang seorang adik yang bijak akalnya menjadi tumpuan Ibu. Fuh, fuh, fuh. Hanya mampu cakap rindunya dengan Nayla masa ni. Sebab kasihan dengan dia. Terus teringat, kami dulu macam ni jugak. Setahun seorang. Bulan August ni jugak Aien sunyi dari dunia blog sebab berpantang di kampung.

Sept 2019 - My last 20 series.

Bulan kesembilan setiap tahun selalu menjadi bulan kegemaran Aien. Yeay! Sebab apa? Sebab hari lahir Aien jatuh pada hujung bulan ni. Sebab itu jugak lagu kegemaran Aien adalah Wake Me Up When September Ends Oleh Green Day dan bila September berakhir, maka Aien berada di peringkat umur yang baru. 



Pada September tahun ni, perubahan baru bagi Aien sebab dah habis tempoh berpantang dan kembali ke rutin biasa. Tapi, bila dah ada Izz, rutin tu bertambah mencabar dan tangan Ibu mula menjadi tangan sotong pada setiap pagi. 

October 2019 - Happy Birthday Husband! 

Dan awal October pulak, ulang tahun kelahiran buat Encik Suami. Yeay! Dekat je. Selalu dalam planning Aien memang nak buat suprise, tapi bila dah sampai bulannya, suprise entah ke mana, dah diamkan aje la. Doakan tahun depan dapat la buat. 

November 2019 - My blog traffic being weird!

Baru nak kembali aktif drngan blog, tetiba Aien perasan sesuatu yang pelik di kalangan penonton dan pembaca blog ni. Apa yang bertambah hairan ianya datang dari referral link yang tak sepatutnya. Sekali lagi bertambah serabut dengan blog ni. sob sob je. 

Disember 2019 - Happy holiday and Welcome second nephew!

Hasil dari apa yang berlaku pada bulan lepas, Aien tutup pembaca blog ni buat sementara waktu. Tak lama pun sebab rindunya nak tulis atau taip tu. Dapat nasihat dari yang berpegalaman, bagus untuk bertukar domain. Dan, here I am. 

Oh ya, pada 15.12.19 seorang lagi cucu lelaki Tuan Ashadi lahir. Alhamdulillah semuanya selamat. Jadinya, Izz ada geng la dari dua-dua belah keluarga. Haziq dari belah Ibu, Furqan dari belah ayah. Esok sekolah jangan berlumba pulak ye.. Setakat ni perlumbaan antara Furqan dan Izz la sengit sebab Furqan laju proses pembesaran dia. Beza dua minggu daripada Izz tapi dah terpacak paku lutut dan tangan dia. Cuma tak bergerak je lagi. Baru-baru ni, dengar dia dah duduk dalam walker dan siap sedia nak duduk. Fuh, tak sabar nak main dengan abang-abang dia la tu. Izz relax-relax je la  sebab don't worry be happy. Enjoy the babiest year. Nanti dah besar, serabut usah la dikau cari Ibu. Haha gitu.. 

Begitu la garapan secara ringkas untuk 2019. Fuh, banyak jugak benda yang berlaku pada tahun ni. Kalau tak dicerita di sini, kita pun lupa apa yang telah berlaku. Secara tak langsung, tak sedar benda ni sebahagian daripada hidup Aien as a mother and tak boleh buang sikap suka menaip atau menulis tu. 

Secara keseluruhan tahun ni ada dua je benda besar dalam hidup Aien, iaitu Kakak kahwin dan Izz dilahirkan. Literally hidup Aien mula sibuk dengan urusan anak-anak je. Tak ada apa-apa la sangat nak disibukkan. Semoga tahun hadapan membawa sinar baru untuk keluarga kecil kami. 

In shaa Allah dah ada beberapa plan untuk tahun hadapan. Moga tercapai untuk hidup mahupun blog ni. Moga dapat dilaksanakan. 

Happy New Year! Jaa Nee! 

Khamis, Disember 26, 2019

SEGMEN BLOGLIST DAN BANNER HEADER SAFIRULAMAR.com


Hi~ Assalamualaikum 

Disebabkan panjang sangat tajuk dia, we'll skip it. Bah, mari la kau, join ini segmen. Menarik jugak aku tengokkan hadiahnya tapi apa yang penting aku mau support ama penulisnya.

Itu aja. Nah, mau ikutan? Yok, klik aja banner di atas tu. Usah segan ngak ada yang reportan.

Bai!