Jumaat, November 29, 2019

KISAH SEDIH DI PETANG JUMAAT


Kisah sedih di petang Jumaat | Hi~ Assalmualaikum

Kenapa? Apa yang telah berlaku? 

Allahuma solli ala muhammad. Aien tak tahu nak gambarkan perasaan ni macamana lepas tahu benda ni. Dia macam mempersoalkan diri, apa salah aku post dalam blog ni?

Beberapa bulan lepas, Aien perasan Instagram dan Facebook sekat  link blog daripada media sosial tersebut. Pahtu  dah cari-cari tak jumpa apa sebab dia, Aien pun assume sebab Aien tak aktif dalam blog ni. Tetiba tadi, lepas dah post satu entry tu, Aien tergerak hati nak tengok statik blog ni. 

Macam pelik kenapa makin ramai pulak penonton blog ni daripada luar negara terutama negara Eropah sana? Like, siapa yang aku kena dok sebelah sana? And perasan referral link or sites Aien daripada yang sangat mencurigakan. Aien tekan juga tengok kan. Even fishy somewhere. Mak aih~ 

Gugur luluh hati Ibu ni nak. Daripada nak karang sejuta ayat dalam blog ni jadi puhhh~ hilang kerana sebab ni. 

cari sana, cari sini tak tau nak cari keyword dia apa, end up Aien tanya pada beberapa rakan blogger yang Aien kenal. 

Terima kasih sebab bantu. Anda tahu siapa anda. 

Setelah sekian lama berblog ini kali pertama berlaku, macam.. nak ghaib sekejap la. Nanti datang balik, boleh? 

Kalau rindu, nanti Aien datang la jenguk tengok penyangak tu dah blah ke belom. Sedih la macam ni.. 


Korang pernah tak kena macam ni? DM Aien untuk halau dorang. Dah la tetamu tak diundang. Guwe takmau mereka. 
 T^T

Sob sob ni dengan dah la tak sehat, dapat lagi berita tak sehat dari blog. alah alah alah labu.. 


Planner 2020 Giveaway by Messarah


Planner 2020 Giveaway by Messarah | Hi~ Assalamualaikum

Telah tiba saatnya daku menyebarkan link blog ke merata blogger yang lain. Haha


Eh, tetiba pulak kan? Haa, Aien katakan tu sebab join ni pun tak mengharap la dapat planner lagi kan, sebab dah dapat satu tu yang warna ungu bulan lepas, Hadiah dari kak Shikin Razali kita. 

Cumanya, mengharap dapat kenal ramai rakan blogger yang lain dan dengar kata walaupun tak dapat planner tu, boleh singgah rumah Messarah ni untuk setahun, yeke? Haa nak tau ke tak, jom la follow dan turut serta dalam giveaway adik manis ni. 

Aien nak kongsikan one qoute yang Aien jumpa dalam cerita Love Alarm. Aien ada juga buat review tentang drama ni. Hehe


Ayat ni sangat mendalam maksudnya pada sesiapa sahaja. Baik mereka yang baru saja kehilangan ataupun mereka yang terasa diri mereka sendirian di muka bumi ini. Adapun seseorang pasti akan berkata, Tuhan kan ada? Well, I guess ayat ni bukan la bermaksud kita tak percaya dengan adanya Allah SWT disamping kita, tapi, dengan adanya seseorang bersama kita, tika jatuh dan bangun kita, tika susah atau senang kita. It's mean a lot. 

I grew with toxic parents, our siblings was broken for awhile ago, now the recreate it so much difficult cause we are broke then before. 

Ayat ni juga bagi kesan pada Aien apabila Aien baca orang mati sebab bunuh diri disebabkan stress dan depress, dan some tweet yang kata Depression adalah sakit nombor satu yang akan menyerang para anak-anak muda. Dan some random poll said, Should Malaysia catu bilangan anak dalam setiap keluarga? 

For some reason I say PATUT, sebab me as a young mother sendiri pun emosi tak terkawal, apatah lagi our future kids. Lebih-lebih lagi dengan sekarang ni mulut bawang manusia terlalu banyak atau adakah hati manusia yang selalu berkecil? 

Everything we do seem wrong everywhere, somewhere somehow it's makes people can't think what is right for them? 

Sebab tu, pentingnya seseorang berada di samping kita. Sokong kita. Dalam apa jua yang dibuat. Dan again, bukannya jenis membuta tuli support tau. Haha Kang ada jugak pembaris macam Aien ni, lurus je ukur apa yang orang kata. Adeh! 

Ada juga orang pesan, be bold untuk diri sendiri, tapi tak bermaksud you need to hilang rasa hormat pada orang tua. Ada juga orang kata voice up your opinion, tak bermakna kita suarakan tanpa fikir kesan darinya. Ada pro and con dalam apa jua yang kita lakukan, harap kita bijak dalam mencari teman dan membina kehidupan kita untuk ke alam seterusnya. 

Dan lebih seronok lagi kalau orang yang boleh sokong kita itu adalah terdiri daripada ahli keluarga kita, dan manisnya jika itu suami kita. Haa~ gitu. Eh, terminum gula pulak ni..  haha Lagi-lagi kita as perempuan cepat betul nak touching sana, touching sini dan Aien sebagai perempuan tak pernah mengerti akan perasaan ini. ah~ sudah la kau dengan drama kau ni.  

Buat Adik Messarah yang manis lagi comel, study well, eat well and remeber to play well too. Don't forget your ibadah, and jaga iman. Happy birthday, saeng il chukka hamnida, senah helwah moga Allah terus lindungi kamu dalam apa juga yang kamu lakukan, pelihara kamu dari segala fitnah manusia dan semoga Allah permudahkan apa yang kamu usahakan. Keep going tho'. fighting! Chiayok! Gambatte ne!

Haa, dah baca klik la banner untuk kenal adik Messarah kita ni dengan lebih lanjut. Jaa Nee! 


Khamis, November 28, 2019

SELEPAS MENGGUNAKAN HERV NATURAL


Selepas menggunakan Herv Natural | Hi~ Assalamualaikum 

As some of you might read  THIS dan sekarang Aien nak review la serba sedikit pengalaman selepas menggunakan produk ni.

Moh ler kita recap balik how I met this product and after I found the preloved on, I use it till now and some of the item met their end. Sob sob jugak tengah fikir either nak teruskan guna atau pun tak. Sebelum apa-apa keputusan, nak la simpan sini kenangan dia, so that bila lupa kita boleh tengok kat sini apa jua produk skincare yang pernah dicuba. Haa, tak ada la pisang berbuah dua kali.

My Skin type is normal to dry sensitive skin. Perhaps~ haha Based on apa yang Aien cuba pakai dan hasil sekian sekian dan sekarang ni most of skincare Aien nak cuba is all skin type sebab dari some of my reading, all skin type ni is most safest skincare dan ianya senang nak dijaga. cuma kena alert dengan bahan-bahan dia saja la.

Bila tengok Herv Natural ni sesuai untuk skin type Aien, that's why berani cuba and again, lucky me found the cheapest one. Again, now Aien so pening kepala either nak repeat lagi ke, atau bertukar kepada drugstore product. Ibu is pening~

Tak ada ke sesiapa nak kasi free dengan sis? Haha Bila asyik carian di google or di media sosial lain, automatik segala sponsored or iklan di mana-mana akan berkaitan dan mengeluarkan apa yang kita cari. Guess what apa yang Aien cari? Hahaha U know me right?

Kebanyakan yang Aien jumpa so pricey for unemployed housewife like me, or perhaps some people might say, 'ala, nak cantik, takkan tak nak labur duit?' And me laughed and smirk in same time.

And I said to myself, you have another choice tho' .

Least, but not last, Aien dah cuba product ni, maybe someday bila aku kaya, hahaha Akan cuba beli lagi.

Hasil menggunakan Herv Natural ni, wajah Aien dah kurang sikit kusam dia, sebab essence yang Aien beli tu pun dah separuh, kalau pakai 7 layer method itu la kejap na habis.


Oil Brightening Cleanser is so much awesome. Even Aien tak dapat la hasil macam yang dorang selalu war-warkan tu, Aien assume my skin tak kotor sangat cuma kering saja. Bila basuh-basuh kan, waa dapat la sikit kulit mati yang masih sibuk nak melekat kat muka ni.


Cleanser Mixberry menjadi pilihan Aien sebab skin type Dry, agent suggestkan guna yang ni. Kalau ada jerawat keluar pun, cepat je kecut kalau kita dok usap-usap manja jerawat tu dengan Cleanser ni. Tekstur dia likat dan transparent dengan bijian ungu, yang mungkin dari mixberry tu. Bau dia macam anggur gitu. Haa, jangan dok makan pulak.a Kadang-kadang Aien biarkan dia jadi masker dalam 10 minit gitu, hasil dia tak pernah mengecewakan buat masa ni.


Youth Brightening Essence Herv Natural ni sangat best. Aien tell you gais, setaraf dengan produk korea yang sekarang sama mencanak naik. Mungkin Aien yang terlambat untuk berjinak dengan skincare, but essence ni memang berbaloi dan cepat menyerapk ke dalam kulit wajah. Tak ada la nak tunggu lama sangat kan. Lagi-lagi bila kita nak hasil yang tip top, guna 7 layer, haa~ tu dia.. toink toink muka.

Yang penting sekali, Aien ni ada dry skin area hidung dan bila sapu extra kat situ, dia cepat absorb dan tak melekit. Lepas tu, area hidung tu macam much better daripada sebelumnya.


Untuk scrub tiap 2 kali seminggu, Aien gunakan Deep Exfoliator Cleanser ni. Hasilnya kulit lembut macam baby. First time guna terus jatuh cinta. Sayangnya, sejak Honey Bee Venom Moisturizer habis, dan Aien bertukar kepada moisturizer lain, dia rasa tegang je lepas basuh. Macam tak selesa pun ado. Tapi, jangan bimbang. Lepas disapukan Clinelle Hydrating Lotion baru dia more comfortable sikit. Di tambah dengan essence, kulit rasa lebih lembut dah bersih gitu.

Spoiler bagi Aien bila dalam dah elok pakai rutin empat produk ni, Aien saja gatal saja nak guna produk lama Aien dah beli tu.

As Garnie Micellar Water for Sensitive Skin, end up benda ni buat kulit muka Aien mengelupas dan pedih sangat bila jumpa essence Herv. Sob sob jap kat situ.

Tapi  gatal lagi ulang pakai sebab trial and error kan. Dan sekarang baru stop betul. One more thing ialah , moisturizer dari Honey Bee Venom Moisturizer dari True Island a.k.a Nafura, Aien beralih kepada Safi Habatussa Sauda and Aloe Vera Moisturizer untuk siang dan Nurish Organic 24K Gold Moisturizer untuk malam, Hadeh! Pedih tak terkata laa. Terutama Moisturizer malam tu. Dia terlalu wangi dan mungkin Aien kena elakkan produk yang ada Fragrance ni.

Sedih bila dah dapat skin helok sikit, spoil balik. Lagipun, bila kita pakai sesuatu produk ni, kena jugak add ons mana yang tak ada untuk lengkapkan skincare routine kita yang asas. Ini setakat yang Aien guna untuk sampingan.


So that is for awhile. Later for the next skincare product.

Jaa Nee!