Rabu, September 12, 2018

GIFT FROM ACIK SOFIE



Hai hai  Assalamualaikum w.b.t 


Salam Maal Hijrah 1440H para pembaca blog yang sendu ni. Semoga anda semua dan saya memasang niat dan azam baru untuk tahun baru ni. Semoga Allah mempermudahkan apa jua yang anda semua hajati. 

Minggu lepas, acik bertanya pada Ibu Nayla, nak jumpsuit ka, nak sleepsuit ka romper? Katanya ada kiosk baju baby baru bukak. Seronok dan geram hatinya berbelanja untuk Nayla. Ibu Nayla on sahaja. :)

Seminggu menunggu akhirnya hadiahnya sampai di rumah petang isnin yang tenang. Ibu excited la kan. Comel kot packaging dia. Thanks acik Sofie. Nanti gambar Nayla pakai baju tu Ibu share kat Instagram k. Sesi unboxing dia memang excited sampai ayah pun hairan. Haha



O M G soooo cute~~ Bukan nak tipu k. Serius cute sangat. Rasa tasabar nak suruh Nayla try it now. Tapi kena basuh dulu. Bila fikir basuh, tengok weather yang sekejap suram, sekejap cerah. Hadeh~ tak apa la. Esok lusa laa. Haha



Acik terima kasih bebanyak acik. Thanks. Xie xie. Haa, korang mesti tertanya mana nak dapat jumpsuit comel ni kan? Kain dia sangat selesa dan lembut. Sangat sesuai untuk kulit baby yang masih halus tu. Acik Sofie belikan dari Gugu Malaysia. Halah~ kat mana?

Gugu Malaysia adalah satu butik baju untuk para bayi kita. Paling best dorang ni ada newborn set untuk ibu-ibu moden yang penat nak keluar cari barang bakal baby anda, anda dah tak perlu risau. Hanya layari www.gugu.com.my atau terjah Instagram mereka di @gugumalaysia. Jangan risau kerana Gugu Malaysia adalah dari Malaysian and Malaysian. Heee~ harga mampu milik tho'. Kalau sesiapa yang dok sekitar Shah Alam tu lagi senang, p ja cari kiosk dorang Gugu Malaysia ni di Aeon Shah Alam. Happy shopping~






Selasa, September 11, 2018

C-DRAMA: MOONSHINE AND VALENTINE


Chinese Drama: Moonshine and Valentine | 

Title: Moonshine and Valentine

Episode: 25 

Genre: Romantic, Fantasy

Sinopsis: 

Mengisahkan Guan Pipi seorang wartawan amatur. Walaupun dirinya cantik dan baik hati, dia sering merasa keseorangan dalam dunia ini. Sebab tu dia rasa ditinggalkan dan tak guna. Apa yang dia tak sedar ialah dia sebenarnya telah pun disumpah dan itu yang menyebabkan kehidupan dia malang. He Lan Jing pula seorang Jade Master yang menyamar menjadi ancient specialist yang sebenarnya dia adalah alien yang datang daripada Skyfox Planet. Apabila He Lan Jing dan Guan Pipi bertemu, dia yakin dapat membuat Guan Pipi untuk jatuh cinta dengan dirinya sekali lagi. Drama ini diadaptasi daripada hit novel Jie Ai Yi Ke Feng Huan yag ditulis oleh Shi Ting Rou. Drama ini turut dikenali sebagai The Love Knot: His Excellency's First Love. 

°Sinopsis menurut Aien°

Guan Pipi dan He Lan Jing ni merupakan kekasih lama sejuta abad yang lalu. Guan Pipi adalah kelahiran semula kekasih He Lan Jing iaitu Hui Yan. He Lan Jing cuba untuk merebut hati Guan Pipi yang sudahpun memiliki teman lelaki yang kemudiannya curang dengan teman baiknya. He Lan Jing yang cuba mencari jalan untuk membantu Guan Pipi membuang sumpahan yang ada pada dirinya. Dan, sesungguhnya anda tak akan kecewa dengan drama yang hanya 25 episode dan berdurasi 45 minit ini. Selamat menonton. 


Dalam drama ni, Aien paling suka ialah watak sampingan yang sedikit sebanyak memberi impak la pada drama ni. Terutama mereka bertiga ni. XuanXuan, Kuan Kuan dan Xiao Ju ni. Trio ni sangat awesome. Xiao Ju (perempuan tu) seorang gadis yang selalu ada masalah komunikasi dengan manusia dan sering digelar anak orang gila sebab ayah dia math-crazy. So, dia nyampah dengan mankind ni. Bila ada Xuan dan Kuan ni, hidup dia sangat best dan trio ni takkan selesai puzzle antara A suka dengan B, B suka dengan C, C suka dengan A. Siapa yang akan buat pilihan antara mereka bertiga ni? Haa~ Sampai sudah mereka kekal bertiga. Soooo cuteeee~ 



Nak tengok?? Haa~ klik la link di atas sana tu.. Klik pada gambar juga bisa kok~ Dah dah... Aien nak pergi dinner ni.. Lapar pulak. Sambil tu, nak layan Martial Universe lakonan Yang Yang  - yang ada 63 episode. O M G banyak gilos episode. Sis tak sanggup. 




Selasa, September 04, 2018

HELLO SEPTEMBER

Hai hai assalamualaikum

Merdeka telah berlalu, dengan itu August mengucapkan selamat tinggal. Kini, September yang ditunggu telah pun tiba, mari la kita berhura horayyy~ 

Yeah~ I am baby september!!! So bila September datang, always happy. Walau itu tandanya guwe bakalin tua satu taun. 



Bukan nak cakap apa la kan,bila bulan kelahiran kita datang, macam-macam ilham datang. Nak buat itu la, nak buat ini la. September juga bulan yang orang suka sebab banyak cuti. 😍 

Berdasarkan kalendar cuti public holiday Malaysia, dua minggu dalam bulan September, bebudak akan sekolah dalam beberapa hari je kalau nak dibandingkan dengan 5 hari. Haa, syiok nyaa~ Namun tidak la syiok bagi budak-budak yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan, dan adik-adik yang bakal menduduki PT3 yang semakin hampir. Good luck untuk semua ya~ Selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan redha selepas usaha yang anda lakukan selama ini! 

Wokey, dalam kepala Aien ni ingin la jugak buat giveaway tanda meraikan kelahiran sendiri pada hujung bulan. Tapi..... Sendunya blog buatkan diri lemah semangat. Haha 

Apa pendapat uolls? 😅 hello~ haluuu... Pulish~ ada orang ka singgah sini? 


Bila blog dah tukar wajah baru, chat box entah ke mana, bloglist entah ke mana.. Macam tak best pulak. Well, I always tried to blogwalking others from my Google plus. Sesiapa yang ada follow tu, ada la Aien jejak dan meninggalkan jejak. Bukan dalam minggu ni la tapi. 

Sejak balik dari Miri hari tu, level mim alif lam sin tu meningkat ke 170•c . Maksudnyaa, semua kerja jadi malas. Lagi-lagi bila our little family kena kick out a.k.a move out la dari rumah sewa ni. Bertambah la level tu. 

Sudah la rumah sewa zaman siber ni mahal namati, paling minimum rm500. Kalau husband sorang kerja, yadoi... Sakit jugak tu. Maka, kami decide nak duduk je kat kuarters UTM tu. Walaupun rumah flat. Malangnya, semalam dapat keputusan, kami ditempatkan di Desa Bakti. Which means rumah semakin kecik. OH الله, 
Sedangkan husband dah kabo awal-awal nak kuarters yang flat tu. Harap la dapat rumah tu. #prayfordesaskudai

Habis dah membebel, meh balik pada #birthdaygiveaway yang baru dirangka dalam otak tadi. Apa pendapat uolls? Buat ke tak buat? Bila nak pindah ni, banyak jugak barang-barang nak di-nyahpakaikan. So, daripada berbuang. Mari la donate kepada kawan-kawan blogger yang tak pernah serik dan selalu kunjungi ke mari. 

Haa~ apakan pendapat anda?? 

#birthdaygiveaway 
#yesORno