Rabu, Ogos 08, 2018

DRAMA REVIEW: A LOVE SO BEAUTIFUL


Chinese Drama: A Love is So Beautiful | Hai hai, Assalamualaikum w.b.t

Di saat hati bahagia lepas layan drama ni, Aien pun merajinkan diri menulis review yang tak seberapa ni. 

Chinese drama yang bertajuk "A Love So Beautiful" ini mencuri hati Aien untuk sentiasa imbau kembali detik manis bercinta. Eeeeccchhhheeewaaah~ 

Detik romantis yang sentiasa menjadi kenangan terindah dalam diari. 

Okay, drama ni berdurasi selama 45 minit untuk setiap 24 episode ini amat la sweet dan manis untuk anda tonton di kala anda nak rasa feel young balik. Hee~ 

Mengisahkan tentang Chen Xiao Xi  yang mencintai Jiang Tian dari sekolah menengah lagi. Apa yang membuatkan cerita ni best lagi ada twist dramanya. Ha, padia? 

 Sebenarnya Jiang Tian lebih mencintai Chen Xiao Xi mencintai dirinya. Haa, agak² romantis tak? Dia je tak sedar betapa sang jejaka itu sering menjaga dirinya tatkala dirinya dalam masalah. Yeeheee~ sweet gitu. Buatkan diri rasa nak ulang balik je tinguk. Sudah la pelakon dia dua² comel. Perbezaan ketinggian antara mereka berdua yang sangat ketara juga memberi kesan jugak pada drama ni. 

Pasai apa? Sebab comel laa. Pahtu, mula la berangan. Haha 

Sang suami pun tinggi jugak dari Aien sampaikan teman sepejabat suami ngusik dia kawen dengan budak tak cukup umur. Bwahaha~ 

Nasib badan la jadi si minion ni. Asyik kena usik je. Nak buat kabinet tinggi² pun tak boleh sebab tiada tangga nak panjat. Haha 
Sudahnya dia juga jadi mangsa. 

K la.. Melalut pulak cita pasal Aien. U olls jangan tinguk tau kalau rasa diri tu nak kembali mengenang zaman cintan cintun dengan suami ke, nak berangan romantis ka, boleh la cuci mata sat~ 


Ni masa dorang sekolah. Nampak jauh beza kan susuk tubuh dorang dia. Sorang galah, sorang minion. <3


Ni final episode. Masing-masing dah bekerja dengan kerja impian masing-masing. Gonna miss them both. 

Oh ya~ awak-awak semua boleh menonton drama ni di A LOVE SO BEAUTIFUL ni~

SELAMAT MENONTON YA
edited: link was broken. Please search by yourself. Sorry! 











Rabu, Ogos 01, 2018

HFMD: THE PARENT'S FEAR

Assalamualaikum w.b.t


Sejak dua menjak kita dikejutkan dengan berita penyakit kaki mulut dan tangan yang menyerang dikalangan anak-anak kita. Namun, sebenarnya penyakit ini telah tular sekitar tahun lalu di merata negara dan akhirnya tiba juga di Malaysia. Bagaimana penyakit ini bermula? Penyakit ini mula tular disebabkan sejenis bakteria yang bergerak melalui air liur, sentuhan serta najis. Anda atau anak-anak anda mungkin akan terdedah dengan penyakit ini apabila bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti, ketika menukar diapers najis anak dan memegang anak tanpa mencuci tangan, bermain dengan objek yang telah dijangkiti dan tahukah anda ia juga boleh merebak dengan hanya anda berkongsi udara dengan orang yang telah dijangkiti andainya mereka bersin? 

Penyakit kaki mulut dan tangan ini juga dapat dikesan dengan demam, kurang selera makan dan bintik-bintik merah di kawasan kaki dan tangan serta ulser di mulut. Jika anak anda menghadapi tanda seperti di atas, segera melaporkan diri di hospital yang berdekatan untuk permerhatian seterusnya.

Anda perlu dikuarintin dalam sebaik saja anda telah mendapatkan rawatan dari pihak perubatan. Kerana bimbang akan menjadi penyebar di kalangan mereka yang masih berjaga-jaga.


Dilihat di gambar sebelah kiri ini jumlah kumulatif kes HFMD di Malaysia kian meningkat dari masa ke semasa. Jika dilihat ketika mulanya kes HFMD ini Pulau Pinang terletak di rank tertinggi kes, akan tetapi kini Selangor menduduki kes yang tertinggi buat setakat ini. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit ini daripada menjadi 'PEMBUNUH SENYAP' untuk anak-anak kita. Sayangilah mereka dan jaga mereka kerana sistem imunisasi mereka takkan pernah sama dengan kita. Akan tetapi ibu bapa sekalian, kita juga boleh menjadi antara penyebar terkuat penyakit ini apabila kita sering kali mengunjungi tempat-tempat yang terdedah dengan jangkitan. Oleh sebab itu, perlu kita membersihkan diri sebaik pulang dari tempat-tempat awam sebelum penyakit ini menyerang keluarga kesayangan kita. 

Selamat menjaga diri dan moga kes ini dibendung dengan segera dan moga kita sama-sama membanteras penyakit ini. Apa yang penting, moga Allah SWT pelihara ahli keluarga kita semua daripada penyakit berjangkit ini. Amiin ya rabbal 'alamin. 


Take care, and till we meet again...


Selasa, Julai 31, 2018

*UPDATING*


Bila diri sendiri punya waktu. Anak dah tido, suami pergi kerja, homework semua dah siap, mari lah kita 'me time'. Mengemaskini segala apa yang patut. Tapi, buat masa ni, Aien cuma kemas kinikan label je. Semak pulak mata tengok huruf kecik yang label tu. So, dinaiktara pergi ke huruf besar. Namun, bila kita nak besarkan huruf mana yang kita dah ada label tu, dia tak nak upgrading. 


Such annoying thing! Bila dah cuba sana cuba sini. Okay la kot. Cuma stress berlebihan. Muahahaha~
Al-kisah sebenarnya nak tukar template lagi. Puas berjalan mencari, tak ada pulak yang berkenan. Maka, pm aja sang creator template ni minta tolong dia betulkan mana yang tak betul tu. Senget pulak mata tengok apa yang tak berkenan. 

So, apa lagi?? buat je la mana yang mampu. Dah malas nak betulkan, tu yang buat entry ni sikit. Bagi menambahkan entry tahun 2018 yang kian menyepi. Ingat lepas kawen boleh la updating sejuta entry. *evil laugh* Angan-angan palsu je tu bila diri sendiri tak buat me time sendiri. Menipu diri bentang semilion alasan tak dapat update. 

Okay, story day 71 after giving birth. Fuh, still tak leh move on lagi kan? Trauma berleluasa. Fikir-fikir balik, sudah la diri ni masih tak leh move on dari kepercayaan diri itu telah berumah tangga, apatah lagi diri ini telah melahirkan junior. Allahu~ 

Junior? Mini me? OMG! Hah~ sungguh tak sangka. Itu lah yang terdetik di hati setiap kali menatap si anak kecil. Yang sering kali digelar 'DARA'. haha Banyak nama gelaran dia. Dari YUYU, NAYLA, NEY NEY, MENDELA, ntah apa lagi ntah. Ikut suka ibu dia ja nak panggil apa. haha 

Bab sebut gelaran anak ni, teringat pulak kisah ramadhan lalu. Masa Aien berpantang di rumah mak mertua. Masa tu, adik ipar bawak anak bini dia balik kampung, nak berpuasa dengan mak dan menunggu baby baru katanya. Tapi babynya keluar lambat pulak tu. Tu yang lama benar mereka  di kampung mak mertua. Ah~ tak kisah la sebab tu bukan rumah Aien. :P Benda Aien nak cerita is, When my in laws posted something on her facebook asked random people how they felt if someone called their children, a BINATANG? Like "budak sekor ni..." and "cuba la duduk diam. ni macam monyet kena belacan.." Or "muka tu dah hitam dah macam buntot kuali.."  Kalau anda, bagaimana rasa anda???
                 

Bukan nak cakap apa lagi kan, bila Aien sendiri dah beranak ni, siap mak sendiri yang gelarkan, it's normal okay. Kita as melayu memang macam tu. Lebih kepada perumpamaan kan? You know? So, kenapa mahu terasa? Masa dia post tu, mak mertua Aien tak tau, Aien baca pahtu screenshot kan. Simpan. Sebab tahu nanti mesti akan ada sesiapa yang bagitau. Tak lama lepas dia macam kena marah laki dia kot, dia padam post tu. But, around 3 jam macam tu post tu mesti ada yang dah baca right? Haha Masalah bila kau friend dengan semua ipar duai. 

Nak dekat raya macam tu, Aien tak ingat apa punca dorang gaduh lagi. Haa~ si bini ni nak balik Kedah a.k.a umah mak dia untuk raya ni. Sebab husband dia dah janji nak raya sana. Yela, husband dah janji kot. Mesti la tuntut kan? Tapi jobs si husband ni non stop. Sebab dia macam kontraktor macam tu la. Amek job piping, wiring or job kampung untuk sara anak bini. Si bini ni tadi ugut nak balik sendiri which is dengan anak yang berusia 1 tahun lebih dengan 2 tahun lebih. Agak-agak la kan? 

Aien ingat memori ni tau. Which is because dua tahun Aien raya dengan mak mertua, dua kali adik-adik ipar lain ada je buat hal. Last year lain cerita. This year si sorang ni pulak. Dengan mak mertua Aien dia still tak bertegur sapa tau, tapi dorang laki bini dah bersweet muit. Apa perasaan mak kalau macam tu kan? Sedih, sedih Aien, sedih lagi mak mertua Aien. Aien amek langkah tengah, malas nak masuk campur. Whatever pun itu urusan mereka. 

Ha, apadia? Aien tak cuba nak pujuk dorang? Hahaha tak pernah cuba. Sebab dah kena warning dengan husband. hee~ Husband said, dorang yang pilih cara hidup macam tu, biarkan dorang. hurm... Sampai bila tu Aien tak tau la. Tak senang betul jadi menantu sulung ni. Whatever pun sekarang ni, Aien cuba gembirakan hati mak mertua Aien. Moga terubat sikit hati dia yang kerinduan dengan anak-anak dia. Memang! Orang akan cakap, anak sendiri mana nak sama dengan menantu. But, what we can do? As long as dorang orang tua, we need to hargai till we dies. Right?

Baik la. Aien nak sambung updating. Baru terjumpa post yangg 3 tahun lepas tak yang mana first time Aien jumpa dengan husband. Ada rupanya.. Nanti Aien update pulak how we learn that we is each other lover. Tunggu yer. 

till we meet again,