Sabtu, Julai 28, 2018

Hello World~

Yeah~ I'm back!! 



It's good to be back guys. How r you guys? missing me? hahaha Perahsan betol la ada orang rindu kat kita ni kan. 

Al-kisah hampir 2 bulan, eh~ kira-kira balik dekat 3 bulan jugak la Aien senyap. Lepas menanti keluarnya baby dari tummy ibu, sampai dah habis pantang. Sampai dah habis raya. Ha~ lama kan? dah tiga bulan dah tu Aien Bukannya hampir lagi. haha



The Baby

Alhamdulillah setelah bertarung sakit hampir 9 jam, Aien telah selamat melahirkan baby girl seberat 2.9kg pada jam 11.59 pagi. Sedetik lagi nak jam 12 tengahari. hahaha

Dia punya struggle nak keluar tu. Ado.. Pengalaman sungguh. Sampaikan ada yang bertanya boleh dah lepas ni untuk yang kedua? haha Not so fast yer. Sis masih terbayang sakit dia lagi. 


The Journey of Giving Birth

18.02.2018 | Jumaat

Pagi-pagi subuh selepas sahur tu, Aien da rasa macam sakit perut tau. Tapi sakit perut dia macam lebih kepada bawah perut dan ke bawah. Mula tak berapa sakit, last sampai tak tahan macam nak terberak tapi you know it's not poop. Aien cakap dengan husband. Dah tak tahan sangat, Jom la kita ke hospital. 

Semalam juga ditahan di Hospital Pontian, Johor. Sakit tak ada, jalan pun tak ada. Doc suruh balik. Siap pesan lagi, kalau sakit lagi, mohon la ke HSA terus sebab dorang tak nak amek risiko untuk kes Aien. 

Apa kes Aien??
Kesnya adalah ketinggian Aien tak berapa nak tinggi ni, kalau baby keluar besa. Susah. Itu kata dorang la. Maka kita pun tak nak amek risiko dua tiga kali, baik terus pasrah ke HSA je. Senang cita. 


Sebab tu buat kali kedua sakit dia, juga tengah malam, Aien dengan husband terus ke HSA. sejam juga dari Pekan Nenas. Alih2 sakit tak berapa sakit. *face palm* 
You know what I mean? Sakit tu dah tak ada dah dihalau lagi balik. Sudahnya husband sahur di Mcd Simpang je. haha

Final sakit, Aien tunggu lagi. Even dia keluar lendir pun Aien tunggu. Sebab HSA dah bagi surat untuk admitted pada 22 May kalau tak ada sakit-sakit lagi. So, apa salahnya kita tunggu je. :)


21 May 2018 | Isnin 

Setelah seharian menanggung sakit, jalan baru buka 3cm. *face palm* lagi. Allahu. Aku dah tak tahan dah ni. Mohon la Allah, percepatkan. Masa tu ingat umi Aien, banyaknya dosa aku dengan Umi. Insof kejap. Minta ampun dengan suami masa tu. Dia yang resah. haha

Bila dah admitted tu, husband konon nak balik sambung tido la sebab dah berapa malam dia tak tido teman Aien juga tak tido kesakitan. Tapi, lepas sahur dia datang balik. Sebab risau dengan Aien yang asyik cakap sakit tak dapat nak tido. *ketawa lagi*


22 May 2018 | Selasa

Masa subuh tu ingatkan dah final sakit dia, Aien dok mencangkung kat katil sampai misi tegur sakit sangat ke. Aha~ ye misi. Mohon la cek jalan saya dah berapa dah ni. Tak tahan sangat dah ni. 
Orang kata, kalau dah sakit kerap, jalan akan bukak setiap sejam. Kira satu cm tu satu jam. ni dah berapa jam dah ni. Sekali check, baru 4 ke 5cm gitu. Adooo~ Allahu~ tolong laaa. tolong laa. Aien dah stress. Rasa macam nak give up pun ada. Badan ni rasa nak tertanggal satu persatu. Dah la lapa, ngantok semua ada. 


Pagi tu, jam 8 doc datang. Untuk periksa sorang demi sorang untuk bersalin. Ramai jugak masa tu. Nampak doc cina laki masa tu, doa bebanyak bukan cek dengan dia. Di GH macam ni, susah nak tengok itu doc betul ke doc praktikal. *ketawa lagi*

Serius, dari mula masuk sampai bersalin semua doc praktikal. Sampai nurse pun nurse praktikal. Kau rasa?? 

Okay, doc perempuan Islam check. Pahtu dia kata jalan dah bukak 5cm which means tak berganjak dari subuh tadi kalau betol lagi pagi tadi dalam 5cm. Pahtu dia kata nak pecahkan air ketuban sebelom send ke LR. Okay, maknanya Aien akan terus bersalin hari ni la kalau cepat siang ni. Detik hati. 

Sebelum ke LR, misi suruh makan dulu apa semua. Turun bawah, husband dah tunggu. Yeay~ I miss my husband. haha <3

Di LR tunggu lagi. Lepas dah cucuk ubat tahan sakit di peha, doc bagi rehat kejap. Nak tido masa ni boleh. Dapat la tido dua jam. Jam 10 lebih gitu misi datang. Kata dah lama sangat Aien tido. Cek jalan masih dalam 8cm macam tu. Dia kata mungkin kencing banyak sangat kot, tu yang sekat jalan. Dia tolong la kencingkan kita. Lepas tu, the final episode is coming!!!

Dia ngiringkan Aien, sakit tu the most extreme ever. Rasa nak menjerit pun hado haa.  Tapi, pesan kat diri. Please don't scream. 😅

Sungguh masa tu, dah tak ingat apa. Kita dah la mamai dengan ubat, dengan ngantok. Kena bertarung nak keluarkan seorang manusia dari jalan yang sebesar lengan bayi je gamaknya. Nak keluarkan kepala sebesar bola takraw. Fhewww~

Nasib cik suami ada bagi semangat. 😘 Semangat yang tak membantu langsung. 😂 Mana taknya, Aien dah pesan dengan diri jangan angkat punggung, entah macamana gaya dah macam ulat kepanasan, dia suruh betulkan posisi. Kita ni dah la separuh nyawa dah. Rasa macam nak give up pun hado. 😔

"Puan, kepala anak dah nampak dah! Tolong la teran... " jerit misi. Ntah misi yang mana satu Aien tak tau sebab dalam tu dekat satu team bola sepak ha berkumpul.

"Awak boleh!" pujuk sang suami.

Kita, Allah! Allah! Allah! Diri boleh!

Walaupun koyak banyak, hampir 10 minit kepala baby di pintu, akhirnya lahir aien junior~

Seminit lagi 12 tengahari. Lahir princess yang diberi nama Nayla Insyirah.

Masa dia dah keluar, alhamdulillah~ terus longlai rasa. Sampai orang cucuk jarum ubat sebelah kiri pun tak rasa. Tapi, masa jahit tu rasa walau dia suruh sedut gas tu.

Sayang seribu kali sayang. Sang suami pun tak nampak masa tu, rupanya doc laki india yang jadi tukang jahit. 😒 Sebab yang sambut semua doc praktikal, misi. Jadi tak ada siapa berani nak jahit. Mungkin teruk sangat kot.

Bayangkan dengan ketinggian Aien yang comel macam minion ni, selamat keluarkan bayi seberat 2.9kg yang Aien sendiri tak sangka dia besar tu. Sepanjang mengandung perut comel je sampai akak Aien panggil baby "Puyu" . Haha

Alhamdulillah settle semua, aien nak tido je masa tu. Letih sangat². Mental koyak jugak berapa kali bila dengar baby nangis tengah malam. Dengan kita penatnya, baby nangis. Hoho

Seronok memang seronok. Rasa tak percaya Aien dah jadi mak orang. Haha Diri sendiri dah kawen pun masih tak boleh nak percaya. Haha

Ada rezeki, Aien share hikayat cinta ibu dan ayah puyu ni pulak. Haha

Tunggu la bila rezeki masa tu sampai.

Si anak yang kini telah berusia 68 hari, sehat alhamdulillah di sisi, dalam hati pula bimbang macamana kita nak didik si anak menjadi insan berguna, dunia dan akhirat. Tambahan lagi dia perempuan. Haaa, masa ni Umi Aien banyak la kata.. Haa, umi dulu macam ni macam tu jugak. 😅

Sabar je la. Kita tak boleh nak didik anak kita macamana zaman kita dididik dulu. Kita yang kena lebih bijak menggunakan pendekatan yang berbeza untuk dapatkan hasil yang sama. Jadi, Aien banyak follow up nota parenting by Taufik Razif. Banyak ilmu baru kita belajar. Cuma cara kita apply tu kita pandai. Moh ler, ibu² moden join. Klik je di Taufiq Razif ni, dan sama² kita didik hero heroin kita jadi manusia umat Nabi Muhammad SAW yang berguna dunia dan akhirat.

K la, macam dah panjang sangat je Aien taip untuk comeback ni. Sampai ketemu lagi yaa...

😘







Selasa, April 17, 2018

29 days more

It's been a long day... haha

It's not a long day.. but a long time ago I was write here. And here I come, before going delivery break. 



Baby is coming soon...

Still counting when he or she want to come out, just wait with patient. EDD should be one day before puasa, tapi tu la kan. Baby ni kita tak tahu dia nak keluar bila. Just tunggu je la. Dia pun seronok main kick-kick masa ibu dia nak tido. Time kita nak tido, time tu masa dia bangun. Bwahaha

I will miss this moment. Pejam celik kot. Tak berasa. Eh, berasa jugak lama dia. Hehehe 

Cuak nak bersalin tu of course ada. First born kot. Phew~ You can do it! Gambatte ne~~


Hari tu, konon bawak adik nak p photoshoot maternity, sudahnya apa pun tak jadi. Ni je la satu gambar yang antara gambar yang dijadikan maternity shoot tu. But, baby shoes tak ada beli, so.. gambar kaki ibu dengan ayahnya je la. :)


Nak story apa lagi? 

Sis ni blur jap, lama dah tak menulis. Eh, menaip. 








Ahad, Februari 25, 2018

2018

Setelah sekian lama...



Hampir dua bulan berlalunya tahun baru, baru mempunyai kesempatan untuk menaip di laman yang semakin bersawang ini. 

Terlebih dahulu, nak minta maaf sesangat pada yang sepatutnya sis buat pada mereka yang sis taja kemenangan mereka. In shaa Allah doakan sis tiada yang menghalang untuk kirim dalam bulan hadapan. :') maafkan daku yaa...

2018. 

Ya, tahun baru. Azam baru. Kononnya ingin berubah. Yang hanya berubah kehidupan diri yang kian berubah dan bakal berubah menjelang bulan Ramadhan kelak. 

Kehadiran anak saudara di tahun ini, hadiah bermakna buat kami sekeluarga. Sis pun tak boleh nak fikir apa. Nervous. Bertanya pada diri bersediakah diri menjadi seorang pendidik pada zuriat sendiri? 

Terkenang saat dara dahulunya... Perasaan teruja melihat orang lain berbadan dua, bertanya bermacam soalan sehingga bila difikirkan kembali, luar akal benar soalan itu. 😂😂 

Meletakkan diri berada di situasi yang sama... Tiada juga yang mahu bertanya sepertimana sis bertanya dulu. Mungkin tak berjumpa dengan yang namanya manusia aneh. Haha 

Berjumpa dengan kenalan baru yang matang pemikiran mereka, bekerja sementara di pusat asuhan membuatkan sis terfikir sejenak. Adakah bersedia aku? 

Mampukah aku menjalani kehidupan dengan penuh sabar menghadapi karenah anak² yang semakin maju berpikiran mereka? 
Bersediakah untuk menjawab sejuta soalan dari mulut si comel bertanya pelbagai soalan demi mengisi pengetahuan dirinya? 

Jujur diri berkata, selagi dia masih kecil.. Belum punya kaki dan suara... Mungkin boleh saja. Tapi, dilihat kembali bagaimana aku melayan anak kecil yang menahan matanya daripada ditidurkan.. 
Kesabaran yang ada semakin tipis. Apatah lagi tidur sukar digapai. 

Ah~ berita juga memaparkan tentang keganasan ibu dan bapa kandung terhadap anak sendiri? 

Jauh sudut hati, berdoa pada Yang Maha Esa, agar menguatkan diri untuk terus bersabar dalam membentuk zuriat sendiri. 

-Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka- 

In shaa Allah.. Pasti dapat melakukan yang terbaik. ☺ 


Kata² untuk memujuk diri agar sentiasa positif hingga ke hujung nyawa. Bersama yang terchenta membina keluarga mahabbah dan mawaddah. 

In shaa Allah. 

(Di tahun baru, lepas sejuta tahun baru nak kembali. Membebel sepanjang yang mungkin.  Harap kekal terus berkarya di sini) 


Till we meet again.