Khamis, Mac 24, 2016
BROGA HILLS~ Here we Are
Setelah berehat dengan cuaca yang tidak menentu, aien akhirnya mengadap blog ni. Fuh~ berabuk jugak. Geng~ awak semua busy yek?
Tak pe. Moga kalian sihat selalu yek. Jaga diri dalam keadaan cuaca yang tak menentu.
Kali ni, aien nak update tentang Bukit Broga.
Dua hari lepas, aien and the geng panjat Bukit Broga memandangkan tengah cuti midsem. Syiok sangat! haha first time hiking kot. haha
Teruk kan aien? semua benda baru first time, habis selama ni hidup buat apa? haha Tak thrill langsung!
Meh~ dengar aien story.
Lanje satu feveret gambo untuk hari itu:
Tak pe. Moga kalian sihat selalu yek. Jaga diri dalam keadaan cuaca yang tak menentu.
Kali ni, aien nak update tentang Bukit Broga.
Dua hari lepas, aien and the geng panjat Bukit Broga memandangkan tengah cuti midsem. Syiok sangat! haha first time hiking kot. haha
Teruk kan aien? semua benda baru first time, habis selama ni hidup buat apa? haha Tak thrill langsung!
Meh~ dengar aien story.
Ni la muka-muka yang turut serta.
Perjalanan kami bermula jam 3 pagi gerak daripada Kuala Sungai Baru, Melaka. Memandangkan semalam celebrate birthday boy, memasing pakat tak cukup rehat even deme yang bawak kereta. Ado~ kami konvoi tiga buah kereta dari Melaka.
Sampai di Beranang, kami singgah rumah kawan yang akan jadi direction untuk panjat jam 5 pagi. Rehat sekejap sementara tunggu subuh. Plan nak naik sebelum subuh, tapi sekadar plan semata. haha
Lepas subuh, baru kami panjat. Tu pun warm up sekejap terus panjat. Sepatutnya ada 10 orang, sorang dah terkancus half way. Paksa send dia turun sebab risau dia push over herself, sampai atas tak ada siapa nak bawak dia turun.
Sebab semua tak cukup rehatnya, Semua naik slow-slow. No rushing. Ala, nak kejar siapa entah kat atas tu. Haha Lagipun, hari mendung je. Sedap la jugak nak naik.
Nasib tak curam. Team mate ni jugak pernah naik Gunung Dato' sebelum ni, dorang cakap lagi curam. Sudah la masa tu dorang naik hujan, turun tu memang mencabar. Selalunya lelaki tension naik ngan pompuan sebab slow. haha
Hampir jam 9 kot kami sampai kat atas. Ingatkan dah tak nak naik puncak, sebab sakit kaki. T^T rehat 15 minit kat batu besar, lunjurkan kaki.. Tunggu dua orang yang hantar sorang tadi tak kunjung tiba. Aien gigih naik sendiri.
Mereka dulu yang sampai ke puncak yang tak berapa nak puncak. At least, okay~
Sakan la deme ber-welfie. Rupanya ramai jugak kat atas ni.
Setengah jam kemudian, aien sampai jugak~ nampak tu muka penat habis. Habis jugak sebotol air aien bawak tu.
Lepaskan lelah. Habiskan masa dengan selfie. Siap hujan lagi kat atas tu. Dengan kabus yang, masya Allah canteknya.. Subhanaa Allah la. Macam dragonball punya awan tu..
Turun bawah dalam jam 10 lebih sebab risau hujan lebat. Kang basah semua. Cadangkan nak mandi air terjun Sungai Petkala, ke hape,... tapi dengar ada virus kencing tikus, kami semua terus lepak kat rumah kawan kat Beranang je.
Tu je la planningnya. haha
Acah-acah nak pegi Istana Seri Menanti, tapi tutup pulak dah. haha
Muka sedih ke tu?
Yang ni~ tak perasan bila masa tuan punya cam ni snap! hampeh!
Okay. Sekian saja cerita aien.
haha boring kan~ in syaa Allah lain kali aien cerita lebih menarik. hehe
Khamis, Mac 17, 2016
MY 2ND CAMP: kejurulatihan siri VI KUSMA
Akhirnya,
Aien ada kesempatan nak update tentang camp. Yuhuu~ today is officially dah cuti midsem even tak dibenarkan balik lagi, hari ni dah boleh start mereput di asrama. :D
Makannya, Aien amek la kesempatan untuk story mory dengan korang, pasal kem aien pegi minggu lpas.
First of all, thanx Aien ucapkan pada bff Aien yang ajak Aien pegi kem tu. suka suka sangat~ Kem ni dibuat di Kem Benteng Negara Sg. Rambai, Jasin, Melaka. Dua jam daripada kolej kami. Walaupun baru siri ke-6 tapi, serius kem ni masyuk habis tapi sayang Aien dah berada di tahun akhir, so tahun depan nak join tu.. macam, sedih pulak.
Kem ini dihadiri seramai 45 peserta yang diiringi dengan lebih 20 orang exco dan ditambah pula dengan 7 orang fasilitator. Haa~ tambah tolak campur bahagi, lebih kurang dua bas jugak la kami pegi. Perjalanan di mulakan selepas solat Jumaat, lebih kurang jam 3 petang. Kami sampai di lokasi kem sekitar jam 5.45 macam tu. Tu pun siap sesat lagi. Haha sebab kem dia, betul-betul dalam kampung, berhadapan dengan sawah. Sampai je, terus solat asar dan usai solat asar kami dberikan taklimat sebelum dilepaskan untuk memasang khemah tempat rehat kami. Waa~ first time aien tido dalam khemah sepanjang aien hidup ni. Haha jangan cakap aien orang bandar, cumanya tak ada peluang nak join kem macam ni. :p
Satu lagi kelebihan kem ni, kami peserta diberi makan macam budak-budak PLKN pulak. Jam 8 sarapan, jam 10 makan pagi, jam 12 makan tengahari, jam 6 makan malam, jam 10 supper. Haa~ tu dia... penuh dengan makan ja. Haha tapi, tak kisah janji kenyang. Alhamdulillah.
okay. Back to tentatif. Lepas dah siap pasang khemah, kami makan malam terlebih dahulu sebelum bersiap untuk solat maghrib. Ke maghrib dulu baru solat? ntah. Dah tak ingat dah. Lepas maghrib ada tazkirah maghrib yang diberikan oleh Exco Dakwah a.k.a Jijo.
One more info, Kelab Urusetia Sumber Manusia a.k.a KUSMA ni comel sangat. Mereka tak ada pakai nama betul antara mereka. Memasing pakai nama timangan. Comel je kan? Dah macam adik beradik pulak kan. Rasa ukhwah antara diaorang tu rapat sangat. Tapi no no no ... batas2 still dalam syariat lagi. So, rapat-rapat macamana pun, ikhtilat tu masih lagi dijaga.
Lepas isya', kami start dengan LDK pertama. Kem ni telah menjemput Cikgu Aidil a.k.a Encik Syahril selaku jurulatih. Best! Sporting! Haa~ sume yang positif tu la ada kat dia. :)
Masa LDk ni antara kitaorang diuji untuk mendengar arahan. memang macam anak itik dengan anak ayam la masa tu. Haha lagipun, ice breaking kan. Macam tu la dia. Awkward-awkward pun kena jugak bergerak. no more shy shy cat. Masa ni, rasa macam.. haa~ best modul ni. Secara tak langsung kita jadi peramah la pulak. Siap kena buat trademark lagi. And dari sini, Aien realize satu kelebihan aien. :)
Okay. Lebih kurang dua jam gitu ice breaking kami supper, sebelum rehat sekejap kot. Sebab tepat jam 12 tengah malam, aktiviti night walk bermula. Yang tak bestnye, kasut aien jadi buaya dulu sebelum tu. Tension petala kelapan. nasib si Sarah ni ada bawak kasut extra. I mean kasut getah tu. Dah la saiz dia besar, aien ni macam bebudak nyer saiz, masa night walk tu habis berterabur arahan yang patut disimpan elok-elok dalam kepala. Sudahnya, aien ending di salah check point masa night walk. Sedih, sebabkan satu masalah habis aien punya otak serabut. Masa tu marah kat diri sendiri pun ada jugak. Kenapa kenapa kenapa? Maka, bila mood pompuan yang kejap high, kejap low ni, jadi la queen of crying haha Lawak. Tapi amek sebagai pengajaran, kan ? Pengalaman ada cikgu yang terbaik. Selesai night walk.. dalam jam 2 macam tu, kami pun diberi masa berehat. Alhamdulillah tido dalam khemah lagi enak tidonya dari dalam hutan. Haha
Hari Kedua Kem Kejurulatihan
Hari kedua kami banyak menghabiskan masa dengan ceramah kepimpinan dan juga latihan dalam kumpulan a.k.a LDK . Macam-macam benda baru aien belajar. Seronok sangat~
Dalam hati, alhamdulillah dapat lagi ilmu baru. tapi yang tak bestnye.. disebabkan satu LDK ni, aien menangis macam nak rak. Sampai bengkak mata dikerjakan oleh ada seorang exco tu. Dah nama pun mood swing, adoyai~ sabar je la kan.
Selepas asar baru macam up sikit. Yeay~ explore race. Ada 4 check point. Pertama sekali mengayuh basikal, kedua water confident, ketiga berkayak, keempat tangkap ikan keli. Best kan? Senang? Senang la jugak. memang pengalaman habis la. Lagi-lagi water confident dengan tangkap ikan keli. Sebabnya, water confident inside paya a.k.a tasik ikan keli pulak of course lumpur. Masa tu rasa elok je skin sebab main lumpur. Haha
Kalo kayak, aien dah puas main dalam Kem Survival tahun lepas, kiranya refresh balik la kan. Basikal pulak, dalam group aien, aien je tak naik sebab basikal dia tinggi. Tahun lepas jugak, aien pernah jatuh basikal sampai lebam+koyak lutut ni. Adeh~ manja kan? Thnx la pada ahli kumpulan aien, diaorang yang bersungguh kayuh basikal selama 20 minit. Haa~ actually, semua check point ni 20 minit. tapi, yang rasa sengsara gila kat kayuh ni sebab satu pusing baru berapa saat. Aien je la jadi tukang sorak kat mike yang dah kayuh sampai cabut kaki.
Dah habis semua, kami diberikan masa sekejap je untuk bersihkan diri. Ado~ masa ni yang xbrapa bestnye sebab kena kerah jugak siap dalam beberape minit sedangkan lumpur+daki-daki paya kat baju ngan kat badan tu payah nak hilang. masa ni panas jugak la. tapi, siapa la kita nak bangkak exco.redha wa pasrah je la.
Lepas maghrib makan malam, lepas tu rehat kejap sambil menanti isya'. Memang collapse habis semua. Yela. Sebab water confident kan. Main air memang cepat ngantuk.
Malam tu program kami refleksi hidup. Haa~ masa tu la.. sambung lagi nangis. aien memang dah xdapat nak nangis sebab nangis sampai tertdo kang kat situ. sebelum masuk tdo, kami diagihkan baju kem untuk sesi pengambaran waktu majlis penutupan tu. Semua pakat tido lena, aien la terutamanya tak sedar langsung sampai jam 3.45 pagi bangun untuk qiamullail.
Hari Ketiga Kem Kejurulatihan
Hari terakhir ni,semua dah ingat nak balik. Haha lepas subuh, senaman aerobik, lepas tu makan. Lepas makan ada sukaneka sikit. Sukaneka menguji kesabaran seorang pemimpin. haa~ tu dia. Sukaneka sampai jam 11. Ngantok la kena jemur tengah panas. Tapi, bertabah sebab tak lagi habis.haha
Pahtu sementara tunggu tetamu kehormat, kami buat latihan untuk lagu tema. Waa~ masih terbayang lagi dalam kepala aien ni suasana tu.
Lepas majlis penutupan, makan tengahari terakhir sebelum balik. Waa~ sedih dah. Lepas ni even satu kolej, susah nak move on dari geng kem ni. lepas zohor sementara lak tunggu bas kolej sampai, kami kemas-kemas la apa yang patut.. :D
Jam 3 jugak kami gerak balik. Sepanjang perjalanan balik semua peserta pingsan kepenatan. Satu pengalaman yang menarik dan gembira. maka, tamat sudah kem kejurulatihan siri keVI KUsMa.
nah, aien lanje sikit gambo..
Gambar keseluruhan peserta, exco, fasi bersama dengan TNC kolej sebagai perasmi majlis penutupan.
Si dia ni, satu group dari kem survival ritu, jumpa lagi kem ni pun satu group. jodoh ke ni?
Bila group nak bergambar, ade je yang nak mencelah. Haha
selesai je majlis penutupan, yeah~ selfie, welfie~
last gambar group bila dah sampai KUIM. T^T nanti jumpa tu tegur la.
Bff saya~ kami tiga serangkai paling comel masa kem. Mohon jeles yer..
Gambo masa sukaneka terakhir.
Team mate khemah. Ni kem kedua kami berlima sama. :)
Tu je la entry aien pasal kem ni. Sekian.
PS: gambo ni je yang ada dalam handphone aien. :(
Okay. Sampai ketemu lagi. Haa~ by the way, awal April nanti aien , in syaa Allah akan join lagi satu kem survival kerjasama KUSMA, PSTD & JPAM KUIM. Yeah~ mohon sedia mental fizikal semua ya~
Rabu, Mac 16, 2016
76/366: Diary of 3rd week of the March
Fuh~ penat aien balik dari kem, and this week been so busy sebab next week cuti midsem. Yeay~
Hai hai assalamualaikum peace upon you everyone.
Haa~ tu dia. Intro berjela.
Manakan xnye. Rindu dengan geng blogger dengan seekers yang keep singgah kat blog picisan ni. :D
aien janji nak apdet pasal kem ritu kan?
Hurm.. maybe weekend nanti kot baru dapat sebabnya aien betol-betol tak ada masa free. T^T
Sedih tau. Orang sume sibuk tarik kelas ke atas-atas konon nak balik awal, sudahnya kat asrama cuti kena beku sebab nak 'pagar' asrama. Allahu~
K sini aien gelak jahat. Pade dengan mu mung~ mwahaha
Ado..
Susah hati aien bila dah berjanji hadiah masih tak dapat nak proceed. Sedih. Sedih.
Sorry kak hani dengan kak penselduabee.
memang busy sangat2. T^T
Pahtu next week dah cuti baru ada masa. Sorry. >…<
Minggu depan tu la nak buat sume benda. ALLAHU~ miserable nye la.
Dah tu..
Okay. Esok kelas kol 8. Hari ni aien saja nak cerita tentang planning aien yang moga dapat dilaksanakan.
*^O^*
Okay
In syaa Allah panjang umo sampai ketemu.
-SEE YOU AGAIN-
Langgan:
Catatan (Atom)