posts in category KOREA MOVIE

Rabu, April 15, 2020

KOREA MOVIE | DOOR LOCK (2018)

kredit: hancinema


Genre: Thriller, horror, suspande
Release year: 2018
Cast: Gong Hyo Jin, Kim Ye Won, Kim Sung oh
Sinopsis:

Kyung Min seorang pekerja bank yang duduk sendirian di sebuah apartment studio. Satu hari, apabila dia pulang dari kerja, dia mendapati penutup kunci pintunya terbuka. Kerana berasa takut, Kyung Min menukar kata sendi pintunya. Namun, sebelum dia masuk tidur, dia mendengar seperti ada seseorang cuba untuk membuka kunci pintunya. Dia segera menelefon polis. Tapi, apa yang diperolehinya cuma kemarahan polis petugas yang menyangka dia cuba untuk meraih simpati dek kerana takut dengan bekas lelakinya. Beberapa hari kemudian, Kyung Min menjumpai lebih banyak petunjuk yang ada orang memang cuba untuk masuk ke dalam rumahnya. Itu pun selepas bossnya cuba dibunuh akibat menghantar dompetnya yang tertinggal dalam kereta selepas menghantar Kyung Min pulang. Menyedarinya bahawa dirinya tidak selamat, dan pihak polis tidak boleh dipercayai, dia cuba menyiasatnya sendiri. Penutup kunci pintu terbiar buka, bekas jari yang tidak diketahui di papan kekunci, serta puntung rokok dijumpai di hadapan pintunya, Ada orang di sini!

 -wiki


Dari Aien: 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, di muka buku tu, ramai sahaja yang berkongsi beberapa movie serta drama yang menarik untuk ditonton. Terjumpa di muka buku ada orang yang suggest movie ni. Maka kami menonton setelah anak-anak tidur petang. Wah! melompat-lompat Aien tengok movie jenis macam ni. Apatah lagi menambahkan debar di dada bila Kyung Min tu tak jumpa siapa. Adoo~ ngeri pun ada jika benda tu berlaku pada kita. 

Ceritanya Kyung Min ni memang cukup berhati-hati dengan orang sekeliling, perasaan dia sentiasa berjaga-jaga dengan sesiapa saja yang bernama lelaki. apatah lagi dengan orang yang tidak dikenali. Dalam rumahnya juga disediakan beberapa helai baju lelaki, serta kasut sekali, sebagai langkah berjaga jika rumahnya dimasuk orang. Supaya kelihatan dia duduk bersama dengan lelaki. 

Memang twist plot bila orang yang memasuki rumahnya itu sememang psycho, dan sangat sakit mindanya, dan Kyung Min bukan lah perempuan pertama yang dia lakukan begitu. Seram shiak! Lagi-lagi bila kau report polis dan polis kata kau berlakon sok suci gitu.. Eh! 

Dari pertengahan movie, ingatkan boss dia, yang memang nampak suka pada Kyung Min ni yang acah baik tapi salah sangka bila dia juga dibunuh oleh pyscho ni. Bila dilihat dari susuk tubuh di awal tayang ketika produser cuba bagi hint, macam boss dia. Rupanya bukan. Pekerja di tempat Kyung Min kerja semua sangka buruk dengan dia, berlagak seolah dia mangsa, tapi dia yang bunuh, sehingga Kyung Min diberhentikan kerja. Nasib rakan sekerjanya, banyak membantu. 

Cerita ni patut tengok sebab lakonan Hyo Jin ni tak pernah mengecewakan walaupun dia tidak la memiliki susuk rupa paras yang tipikal Korea. Lagi-lagi kaum wanita, diminta la sentiasa berjaga-jaga dalam apa jua keadaan. Kita takkan pernah tahu siapa yang busuk hati terhadap kita. 

Selasa, Mac 03, 2020

K-MOVIE REVIEW | The Negotiation (2018)



Hi, Assalamualaikum | Bila dah sudah tengok drama gandingan Hyun Bin dan Son Ye Jin, ada rakan merekomenkan filem mereka berdua pulak.


Sinopsis: 

An Ace crisis negotiator attempts to figure out the real motivation of a man who has kidnapped two people and crack his calm demeanour.

-kredit: wiki


REVIEW AIEN: 

Memang wow, dan terima kasih pada akak yang suggests-kan filem ni. Macam sinopsis Han Chae Young ( Son Ye Jin) adalah seorang polis. Pada awal filem ini, menunjukkan Chae Young kena berinteraksi dengan dua penjenayah yang cuba membunuh orang awam selepas merompak rumah mereka. Akan tetapi, Chae Young gagalkan menyelamatkan hostage kerana ada di antara penembak senyap memulakan tembakan. Dek kerana kegagalannya itu, Chae Young mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana lelah melihat orang mati di hadapan matanya sendiri. 

Sebelum dia berhenti, dia cuba berbincang dengan orang atasannya (Kapten Jung) tentang kes rompakan tersebut, tapi Kapten Jung bergegas hendak pergi bercuti. 

Pertengahan cerita, Chae Young dipanggul oleh Ketua Polis dan tanpa apa-apa maklumat dia diminta menjadi pengantaraan dengan seorang pengedar senjata Korea iaitu Min Tae Gu. 


Apa yang mengejutkan Chae Young adalah Kapten Jung menjadi tebusan pada penjenayah tersebut. Bila rundingan tidak berjaya, Kapten Jung mati ditembak oleh Tae Gu ni tadi. Dan Chae Young sedih sangat. 

Kemuncak cerita ni adalah bila Chae Young bersama pasukannya, menyiasat apa sebenarnya di sebalik perbincangan dua hala ni tadi. Rupa-rupanya ia melibatkan kes rasuah di kalangan orang atasan kepolisian, dan Tae Gu sebenarnya sedang membalas dendam atas kematian adiknya. Yang mana kes rompakan yang Chae Young gagal selamatkan hari tu. 

Phew~ plot twist la bila dah masuk second half filem ni. Dan seperti biasa la cerita ada Ye Jin ni pasti ada menangis dan ending dia, sangat tak dijangka. 

Cerita ni berbaloi jugak la nak tengok. yang pertamanya bagi peminat Hyun Bin, dalam ni dia macho sikit jika nak dibandingkan dengan dalam drama. Bila dah tengok dorang dua sweet-sweet gitu, moh ler beralih genre aksi pulak dengan mereka ni. Pasti puas hati la sikit. 

Jangan lupa baca : Crash Landing on You

Selasa, Disember 24, 2019

KMOVIE: Kim Jin Young: Born 1982

credit: google

KMOVIE: KIM JI YOUNG.BORN 1982 | Hi~ Assalamualaikum

First of all, akhirnya terlepas rindu. Nak menaip dan bercerita dan semuanya la tentang blog. Hope you don't mind bila dah hujung tahun ni kan? 

Aien jumpa movie ni secara tak sengaja, but it makes my night teribble. Sebab, ianya sangat touche gitu. let's us begin. 

credit: google

Tajuk:
Kim Ji Young: Born 1982
Genre: Feminist, Family
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Jung Yu Mi and Gong Yoo
Sinopsis: Kim Ji Young has one of the most commom female names for people her age. She works at a PR Agency. Kim Ji Young gets married and has a duaghter. So she can raise her daughter, Kim Ji Young quits her job. She leads an ordinary life up to this point. Suddenly, Kim Ji Young begins to talk like mother, her older sister and other people. She seems possessed by other people. What happened toer? -credit: asianwiki


My bad cause I download it without read the sinopsis. Just I said, I found it randomly and seem like interesting, and download it for weekend at hometown, boom! 

My emosi terus deep down to earth. Why? Cause I can relate to this story 200% sure but tak ada la sampai bertukar jadi orang lain. Itu dah jadi DID jugak pun ada. 

In this story, Kim Ji Young, she comes from a bright family, with a strong bold-head sister, and a clingy youngest brother. A good father and caring mother. 

Kalau kita hadap sejarah atau style orang korea selepas berkahwin ni, every household menantu pasti akan kepenatan sebab 100% devoted for their in laws. Sebb tu dorang queen control duit laki dorang, so takkan habis ke keluarga dia, sebab pada pandangan in laws ni, menantu perempuan macam extra orang gaji gitu. (pada pandangan aku je la kot)  Dalam kes Ji Young, she does do everything to please her in laws, yet tak pernah cukup. She got stress, tired for same routine over and over. Yet, her in laws said she was demanding everything from her good loyalty husband. Sampaikan one day, Goo Yoo (tak ingat la nama watak dia dalam ni) nampak sendiri dengan mata kepala dia how tired his wife is till she sound like others. 

Dia p rujuk ngan doctor. Tapi, without Ji Young. Disuruh bini dia pergi berubat, tapi disebabkan Ji Young ni baik hati mengenangkan suami dia, dia tak pergi. Itu pun dapat tahu mak mentua dia, terus kena bebel lagi. Kesian. Deep inside I was felt sorry for her.

Alhamdulilah dapat mak mentua yang subhaana Allah baik orangnya. Suami pun suam-suam kuku. Alhamdulillah.

But, still emosi masih tak stabil tengok si Ji Young ni. Over and over thinking about my rutin. Yet, I tell myself, I should be happy, don't stress cause whenever I stressed whole thing will become harder. So, guess to conclusion right? 


Rupa-rupanya cerita ni diadaptasi dari novel popular di Korea Selatan. No wonder laa. One thing I admire penulis skrip Korea ni kan, dorang boleh bawak kita dalam dunia kehidupan dorang di Korea sana. Sometimes, bukan semua la kan. Genre dorang pun tak terikat dengan satu-satu. U know what I mean? Haha 

Berbalik kepada kisah Ji Young ni, sampai satu tahap mak dia dapat tahu yang anak dia sakit dan berubah depan mata dia. Betapa berkecainya hati seorang ibu tu. Adooo~ terus menitis air mata ku di malam hari. Udah ler tengok dia sambil-sambil tidurkan anak, pahtu makin la menjadi-jadi menonton dalam gelap. 

Sampai mak dia balik, bila bapa dia belikan ubat ginseng untuk anak bongsu dia, terus dia boom! Nangis situ juga macam meratap how does father always remember the boy do, but not care for the girls? Dalam cerita ni la kan. 

Sedih bak hang. Waaa~ melalak pun kalau boleh. Sampai sekarang Aien masih teringat even dah 2 minggu lepas tengok. A bit of my life, that I wished not turn that way. I know I'm bored, so I should find a new hobby. I know I need a friend, so I talk to you guys. 

Kesimpulan dari movie ini, never underestimate a housewife and what they being thru. Not everyone is same, yet we are do love talking to each other. kan? Haha 

Anggap la jokes semata. Tanda kita nak beramah mesra. Jangan touchê sangat. Hehe

Macam Aien, every weekend mesti balik kampung, dan style Aien pulak every details I would to tell, yet she the one only I talked to face to face you know, selain husband dan anak-anak. Kadang adik ipar pun jadi mangsa. Haha 

And yes. This is good movie. 👍 worth to watch!

Till next movie. Jaa Nee!

Khamis, Oktober 24, 2019

K-MOVIE: THE GANGSTER, THE COP AND THE DEVIL


Hi~ Assalamualaikum | K-Movie: The Gangster, The Cop and The Devil


Huish~ Tajuk macam apa kan? syiok laa kan. As usual lakonan Encik Ma ni memang semuanya tentang aksi dan aksi sahaja. Tak ada lagi setakat ni cerita dia yang bukan aksi yang Aien dah tengok. 

Sinopsis cerita ni is about a vengeful crime boss forms an unlikely partnership with a detective the catch the elusive serial killer who viciously  attacked him.

Bila penjenayah dan polis bergabung mesti gempak kan? Ma Dong Seok as Jang Dong Soo the crime boss was stabbed by serial killer yang bunuh orang ikut suka dia je siapa dia nak bunuh. Dan kes dia tak pernah dapat diselesaikan oleh pihak polis. Kim Myung Yeol as Jung Tae Suk, a detective yang gila-gila pergi buat deal dengan gang boss ni tadi. Sebab dia rasa, satu-satu orang yang selamat dari serial killer yang sama dorang pulak cuba nak tangkap tapi tak dapat. 

Namun, pihak atasan dia, as usual biasa la ada corruption between higher tiers and criminal cuba nak sembunyikan hakikat tu. Sebab takut la kena apa-apakan gang boss ni tadi. 

Maka bermula la perjalanan dorang dua menangkap seriel killer ni. Fuh, orang psycho je suka bunuh orang ni. Dia rasa dia main peranan untuk bunuh siapa yang dia rasa tak layak nak hidup. 

The end of story, of course dorang berjaya tangkap the devil ni, and u olls mesti la kena tengok how dorang buat. Nak cerita spoiler la pulak kan. 

No worries, korean movie atau drama sangat friendable access everywhere. Hehe

K bai. 

Rabu, Februari 06, 2019

KOREA MOVIE: TAKE POINT (2019)


Hi~ Assalamualaikum | Take Point (2019)

Are you already watch this movie yet? If not let me take you guys read my opinion or review about this movie. Let's get start! 

Title: Take Point
Duration: 2 hours 5 minute
Genre: Thriller / Action
Cast: Ha Jung Won, Lee Sung Gyun, Jenifer Ehle
Sinopsis: A captain and his team of 12 soldiers  infiltrate a secret underground bunker to take out a target in Korean demilitarized zone. 

Dan apabila kau cuba untuk cari trailer dia tak jumpa-jumpa jadi sengal pulak. Udah ler! Malas kawe. Suka ati engkome cari sendiri di Youtube sana. Kawe nak cerita Point of my views je. 

Al-kisah tertengok trailer dia kat mana entah, so macam terberkenan pulak nak tengok lagi-lagi ada Pak Cik yang dari Coffee Prince tu. Lama nau tak tengok dia berlakon. Ehe~ 

Perjalanan cerita dia agak boring jugak even dari permulaan. Rupanya dorang 13 orang ni illegal digunapakai oleh CIA untuk buat dirty work dorang. Sian. Ini je boleh cakap. Sebab masa tu, Konon North Korean dan China bergaduh. Eh, bukan memang dari tengah bersaing ke?  So melibatkan isu politik di Amerika Syarikat tuh. Mula tengok kind of tak faham jugak kan sebabnya dorang macam dalam satu mission. Ingatkan dorang ni agent CIA la tadi. Rupanya tidak..

Sedihnya bila Si Ahab (Hero) tengok sorang demi seorang teammates dia mati. Kesudahannya dorang semua sebenarnya di hantar ke underground tu sebab CIA nak jadikan dorang satu team kambing hitam untuk politik USA tu.

Kesudahan cerita yang agak meh membuatkan tomato rotten juga tak memberi rating yang cantik pada movie ini. But, boleh la buang bosan.

Till next movie, Jaa Nee!