posts in category Faith Fleur

Khamis, Julai 15, 2021

FAITH FLEUR: A Gift from friend

 


What a lucky day. Bahagianya hati bila tiba hadiah dari seorang kawan dari Bumi Kenyalang dan dirinya menetap di Senawang. 

Pada mulanya Aien sekadar bertanya tentang shampoo viral ini, Faith Fleur. Banyak kali dengar teringin hendak mencuba memandangkan Aien mempunyai kondisi rambut gugur yang agak teruk semenjak menjadi seorang Ibu. Walaupun itu lumrah, tapi tak salah kita mencuba kan. 

Ditanya sekian-sekian, alih-alih satu set untuk rambut gugur telahpun tiba ke rumah. Terkejut! Moga Allah murahkan rezeki Effa Farizah Binti Ahmad dan permudahkan urusan ibu muda ini dalam perjalanannya menjadi seorang Ibu. 

Aien ingat dia cuma bagi sample set, sekali tengok yang besa punya. Ya Allah. Memang masa tu bertalu-talu mengucapkan terima kasih. Jadi sebagai balasan, Aien buat reviu hasil penggunaan set ini untuk dirinya. 

Pada sesiapa yang mencari shampoo Faith Fleur set rambut gugur mahupun kelumumur boleh hubungi: 

Effa
Shampoo Faith Fleur set rambut gugur ini mempunyai 5 barang seperti yang korang boleh tengok dalam gambar di atas. 

  • Shampoo - pencuci rambut. Selepas sudah basahkan rambut, ratakan shampoo di kepala. Urut perlahan-lahan dan enjoy the smell sekitar 10-15 minit. 
  • Conditioner - Selepas bilas rambut, ratakan perapi di rambut. Kalau Aien, suka ratakan di hujung rambut saja. 😅 
  • Hair Tonic - Penguat akar rambut. Selepas mandi, spray sedikit di kulit kepala. Korang akan rasa berangin sedikit. 
  • Hair Serum - Picitkan di telapak tangan sekadar dua atau tiga pump dan ratakan di rambut. 
  • Hair Mist - Boleh gunakan ketika rambut sudah kering. Kira pewangi rambut la jugak. 

Senang je kan? Nak rambut cantik kena la kerja lebih sikit. Ini la penjagaan rambut Aien sejak menerima set ini. Sampaikan Encik Husband pun terjebak sama sebab rambut dia selalu putus dan gugur walaupun pendek. 

Kadang-kadang Aien gunakan pada Kakak Nayla untuk rambut kerinting dia tu. Bila guna Hair Serum tu, senang je nak sikat. Love it! Kalau tak, selalunya kusut masai dengan pintalan dia tu. 

 Untuk miliki set shampoo Faith Fleur korang sekarang boleh hubungi Effa di: 

Whatsapp