Chinese Drama: Forbidden Flower (2023)

Rabu, Mei 17, 2023

 


Chinese Drama: Forbidden Flower 

Drama ini mengisahkan tentang percintaan winter-summer antara Xiao Han tukang bunga dan He Ran puteri terkurung. Lama dah simpan drama ni dalam wishlist sebab macam best tapi disebabkan dia melodrama, jadi kita tahan la dulu nak tengok sebab takut boring. 

Sesungguhnya memang BORING! hahaa Nasib ada 24 episod je dan ending dia sangat.. Laaaa? gituu je  ke? 

Sinopsis Forbidden Flower 

He Ran ingin belajar dunia luar memandangkan dirinya selalu terkurung dan sedang mengalami personal growth as adult. Sehingga dia bertemu dengan seorang excellent horticulutrist, Xiao Han. Kisah lampau Xiao Han penuh misteri dan memilih untuk menyendiri memikat hati He Ran untuk berkenalan dan rapat dengannya. Bersama mereka bertemu missing pieces of each other. Bersama He Ran dan Xiao Han mendapat semua keyakinan diri masing-masing dan mula menjadi yang terhebat untuk diri sendiri. Bagaimana kisah mereka antara lautan lukisan dan bunga? 

Ahh sinopsis aku pun translate dari asianwiki, harap kome pahe la ehh. Oh drama ni adaptasi dariapda novel karya Taihui Guilai bertajuk He stands in Gorgeous flower.

Senang cerita He Ran ni dia ada sakit selepas kematian ayahnya seorang pelukis terkenal, dan sejak dari itu, dia sentiasa terkurung dalam rumah. Disebabkan dia remaja yang penuh dengan sikap ingin  tahu dia curi-curi keluar apabila ketiadaan ibunya. Sehingga dia bertemu dengan Xiao Han, menjadikan jejaka itu satu-satunya lelaki dicintai He Ran seumur hidupnya. 

Sangat suka karakter He Ran sebab dia tak give up dengan penyakit dia tetap mencari cinta sejati. 


Review Forbidden Flower



Walaupun pace drama ni agak slow dan nama pun melodrama kan, suka sangat dengan cinema graphic drama ni. and , bunga dalam ni semua lawa. Paling tak boleh tahannya apa tau, Jerry Yan berlakon dengan pelakon muda. Heroin dia berlakon dalam drama Perfect and Casual memang bersahaja lakonan dia. 

Walaupun macam banyak hot scene tapi aku rasa itu untuk promosi dia saja sebab nak bangkitkan semangat chinese fans nak tengok. Ikutkan macam.  Haha Biasa je la. sedih pun ada sebab sudahnya He Ran mati. Nasib baik Xiao Han dapat tahu yang dia sakit dan leukimia dia relapsed. Dan mereka berkahwin dan dapat peluang mati di pangkuan yang tersayang. 

Kind of rushing ending dia sebab ehh ehh ehh ehh.. Lahhh.. nak jugak tahu mak He Ran tu dapat bercinta dengan staff dia tak? Pahtu dunia ni kecik sangat. Sebab staff dia tu senior si He Ran. Haha 

Patut ada chinese drama fans cakap dorang stop tengok sebab expectation dari trailer macam best, but if you berjiwa seni boleh tengok ni. Macam I.  Haha bertahan sehingga episod terakhir sebab keunikan cinema graphic dia lawa and dia bawakan bangsa yang jauh nuuu di sebelah sejuk sana. 

Ada benda nak taip tadi tapi lupa anak ajak sembang pulak. Haa, dalam drama ni banyak highlightkan tentang bunga jugak sebabkan Xiao Han kan tukang bunga. 

Pada mulanya Xiao Han macam takut nak terima cinta gadis muda macam He Ran ni, pahtu bila dia dapat tahu rahsia disembunyikan oleh He Ran, dia bagi He Ran bunga chrysanthemum pink untuk He Ran di laman rumah gadis tu. 


Kind of sedih sebab dia nak sambung belajar dan tinggalkan Xiao Han. Drama ni boring tapi best. Dia ada part yang if korang nak look forward tentang drama ni boleh tonton di WeTV atau Youtube. 

Again, why chrysanthemum, sebab katanya untuk chrysantemum ini berbunga, dia kena tunggu bunga lain luruh dia baru dia berbunga. Sebab bagi Xiao Han, He Ran adalah wanita terakhir untuknya. 

Plus, Soundtrack untuk drama ni sedap belaka. Erghhh!! Dua hari ni dok main koleksi OST drama ni. Heee~ 


Memang fefeeling sungguh la drama ni. Nak try layan drama Jerry Yan yang satu lagi tu. Harap dapat masuk sebab heroin dia pun muda jugak dari Jerry. Hero taiwan pujaan ramai dahulu kala ni. 

4 ulasan

  1. Lama tak tengok Chinese Drama.. sebab tu la.. banyak dah yg membosankan.

    BalasPadam
  2. syok cuci mata tengok jerry dengan bunga je lah ek drama ni haha

    BalasPadam
  3. plan nak tengok juga sebab Jerry Yan tapi ntahlah bila dah complete episod dia tak rasa nak tengok pula..kalau aien cakap boring, malaslaa kita..haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤