Drama Korea Review: Love to Hate You

Khamis, Februari 16, 2023

 


Sebuah romantik komedi drama yang mula masuk Netflix 2 hari lalu. Memang tidak mengeciwakan la genre seperti ini. Mengekek aku ketawa tonton drama hanya 10 episode sahaja. 


Sinopsis Love to Hate You

Menceritakan tentang Yeo Mi Ran seorang peguam yang bijak, cantik dan serba serbi boleh kerana paling tak suka direndahkan martabat sebagai seorang wanita. Berjumpa pulak dengan hero seorang pelakon popular elergik dengan namanya wanita. Keadaan mereka berubah apabila mereka dipaksa untuk bercinta. 

Drama lakonan Teo Yoo dan Kim Ok Vin serta barisan pelakon bagi Aien kurang menarik minat untuk tonton kali tengok berdasarkan poster bukan trailer. Bila belek-belek balik, Teo Yoo tu banyak jugak drama serta movie lakonannya seperti Arthdal Chronicel, Vagabond dan Code Name: Jackal antara drama familiar beliau. Paling terkejut bila tengok Teo Yoo juga bermain di dunia hiburan Hollywood di antara movie beliau sebagai Peter dalam Equals. Pernah tengok tak tu? Lakonan Nicholas Hault dan Kristen Stewart. 

Untuk Kim Ok Vin pulak, seorang jelitawan sentiasa mendominasi si cantik yang pandai seni bela diri dan drama hype beliau adalah Arthadal Chronical siri 1 dan 2. Dia memang cantik. Hee~ suka pulak tengok karakter dia yang selamba. Macam tak puas pulak 10 episode saja. 

Drama terbitan Binge Work ni memang mendatangkan kelainan bagi Aien sebab dia macam idea yang fresh dan lain dari drama-drama dihidangkan pada kita. Mungkin Aien la kan, banyak sangat tengok drama Korea yang dark side macam The Glory atau Revenge of Others tu kan. 

Rasa macam lama betul tak tengok Rom Com dari Korea ni. Last rasanya yang lawak-lawak ni tengok drama Love in Contract dan itu pun tak berapa nak lawak sangat. 


Review Drama Love to Hate You 

Tu la berdasarkan sinopsis dia memang cukup ringkas padat dan setiap episoda ada tajuk dia. Paling favorite sekali episode 6 bila memasing konon nak goda memasing last sekali. 
.

Yeo Mi Ran seorang peguam yang berjaya sangat tidak percayakan lelaki apabila ayahnya sendiri seorang patriachy iaitu meletakkan harapa keluarga cuma pada anak lelaki saja. Dan sangat suka merendahkan isterinya. Dia macam child trauma apabila diceritakan pulang dari sekolah ada seorang atok ni suka nak pegang-pegang dorang lepas balik dari sekolah tau. Ni dah macam seksual harassment pada kanak-kanak dan tiada siapa percaya kalau budak cerita kan? Masa tu la Mi Ran mula mempelajari seni bela diri dan rasa puas hati dia dapat belasah atok tu sebab pegang kawan dia. Haha 
.

macam tak logik aje kan cerita macam ni but it's happen in our komunity tak kira di mana saja. Proud dengan watak Mi Ran dari segi positifnya la dia sentiasa berjaga dengan namanya kaum lelaki. 

Manakala bagi Nam Kang Ho pulak, dia elergic dengan perempuan apabila maknya sesuka hati membawa dirinya pergi meninggalkan ayahnya setelah perniagaan ayahnya bankrup. Pahtu curang dengan lelaki lain. Kemudian kena pulak kekasih hati tinggalkan pada waktu kegemilangannya. Pheww~ dia punya trauma tu makan 10 tahun apabila terpaksa amek ubat bila berhubungan dengan pelakon wanita. Sampai keluar statement Nam Kang Ho Gay dengan  CEO-nya merangkap kawan baik dia. Haha Yadoi. Memang kreatif otak penulis skrip ni. 
 
.
At the end, memang puas hati dengan ending dia simple dan clean. Sedikit rushing, but it's okay as long happy ending untuk both character. Heheh 
.

Korang nak tonton boleh usha di Netflix. Kalau tak ada Netplix boleh tengok di HiTv. Tak ada HiTV. baca aje la review Aien ni. Haha Kbai. 
Next drama please. 

2 ulasan

  1. Hhahahaha khatam dah layan dramanni..mmg suka ssngat!!! Heroin tu x pernah nmpk lagi dia berlakon..jalan citer mmg sempoi hahha kita is suka!!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤