May I Help You?

Isnin, Januari 02, 2023

May I Help You?

 

May I Help You? 

Sebuah drama bergenre healing dan kekeluargaan dan sedikit fantasi bagi Aien walaupun dikatakan romantic comedy. Drama ini mempunyai 16 episod sahaja dan ia tidak juga terlalu berat untuk menjadi tontonan umum. Cuma mungkin drama ini tak terlalu hype sangat sebab barisan pelakon dia tak berapa nak best dan dikenali sangat. 

Sinopsis May I Help you 

Menceritakan tentang, Baek Dong Ju yang bekerja sebagai tukang mandi mayat la dalam bahasa kita, yang mempunyai kelebihan untuk bercakap dengan si mati. Dengan itu, si mati boleh grant their wishes pada Dong Ju ni tadi. 


Barisan pelakon May I Help You 

Meletakkan Hyeri yang sebelum ni tengok dia dalam My Roomate is Gumiho dan juga Jun dari kumpulan idol U-kiss sebagai tunjang utama. Selain daripada itu Sung Duk Ho, Lee Kyu Han, Seo Hye Won yang sekarang ni tengah banyak job dia termasuk dalam Alchemist of Souls. Siapa? Alaaa, yang jadi So Yi tu. Dia ni bagi watak apapun menjadi. 


Review May I Help You a.k.a spoiler 

Ku tengok sebab dah tak tau tengok drama apa dan permulaan drama ni macam menarik saja. Seperti yang kucakap di atas, pelakon dia tidak la memberi impak besar kepada daku untuk menonton drama ni, yet dia macam fantasi gitu sebab boleh bercakap dengan si mati which is scene tu sekejap sekejap aje la. 


Dong Ju yang mula bekerja di rumah mayat Hospital terkejut dengan kebolehan dia dan lari daripasa si mati yang pertama. Namun, apabila hasrat si mati tidak ditunaikan, Dong Ju ni tadi macam terngiang-ngiang kata si mati. Kira wasiat deme la kan. 

Lama-lama dia terima ini adalah hadiah untuk dirinya menunaikan impian si mati sebelum dia berjalan ke alam seterusnya. 

Kira satu episod satu kisah si mati yang pelru diselesaikan. Kisah paling panjang semestinya yang pertama Dong Ju jumpa iaitu adik kepada Jun a.k.a siapa ntah dalam nama dia dalam ni. 


Dah la kes kematian adik dia tu digantung oleh pihak polis. Rupa-rupanya orang yang paling dekat dengan mereka tu yang mengakibatkan kematian si adik tu tadi. Aiguuu~ plit twist sungguh. Menyayatkan hati apabila polis yang dipercayai mereka punya split personality la jugak pasal dia dari keluarga broken. 


Part paling sedih dalam drama ni, episod 15 ke 16 apabila ayahnya sendiri yang pergi setelah menyelamatkan seorang ibu mengandung dari jatuhnya sesuatu dari pembinaan kediaman tempat ayahnya bekerja. Ehh - susah sangat bahasa dia ni. Ayahnya Dong Ju jadi guard kat kawasan apartment. Masa tu tengah ada pembinaan atau construction apa ntah cuai sangat. But broken giler kot berjam dia nak lepaskan ayahnya pergi. Dah la dia tipu ayah dia cakap dia masih belajar untuk ambil civil exam. Disebabkan ayahnya tamau dia stress kena hadap tengok mayat tu. 

Yihh, nangis teresak saia. Tapi terbantut la sebab anak dok tanya kenapa ibu nangis. Haha 

By the end of drama - rupanya setiap satu daripada mereka yang ditemui oleh Dong Ju itu adalah mereka yang berhati malaikat ketika bencana letupan di kilang tempat ayah dan ibu Dong Ju bekerja dahulu. Masa tu, si ibu tengah sarat mengandungkan Dong Ju. Kira bayi keajaiban la Dong Ju ni tadi. Dan kebolehan dia menunaikan last wishes si mati adalah untuk memberi peluang kepada mereka kecuali satu kisah Ibu dan anak mati bersama. Yang tupun sedih juga. 


Over all, drama ni boleh ambil teladan dan pengajaran yang baik untuk diserap dalam kehidupan kita. Buat baik selalu, jangan pernah bersangka buruk dan ingat - setiap apa yang kita buat pasti ada balasannya. 


Jadi la first drama yang direviu untuk 2023. Asalnya nak reviu bulan lepas, tapi dah sibuk sangat dengan majlis, maka ini lah dia. Next drama please -- 


6 ulasan

  1. Best juga drama ni. Aritu Stop kejap sbb nak tunggu complete dulu, xsempat nak tgk balik cite ni. Curious juga apa jadi kt adik dia..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tgk dah complete tak sangka boleh tgk sampai habis. Haha

      Padam
  2. macam best.. cuba nanti tengok cita the untamed, dekat tiktok ramai yg cakap cita ni best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita dah cuba tengok wak.. tp tak boleh layan la. xtau ler. Haha

      Padam
  3. Pergh!! Entry pertama drama dari Aien..
    Drama ini best.. Memberikan teladan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤