Do It Yourself - Welcome board

Rabu, Januari 04, 2023

D.i.Y Welcome Board

Hi Hi Hi! 


Hari ni Aien nak cerita le dengan kome, buat kenangan yang diri sendiri buat welcome board sebagai hadiah untuk pengantin. Tapi sayang, tersadai kat luar rumah sampai ke tahun baru lagi. Ahhh, dah jadi hadiah. pedulikan laa. 


Okay, tutorial ada di sini: D.I.Y Welcome Board


Untuk blogpost ni nak share la cerita panjang buat benda ni. Tak leceh pun sebenarnya, cuma sendiri nak kena buat smart-smart sikit la. Nak dibandingkan dengan yang sendiri buat ni agak cincai jugak. Ikut nafsu nak aje cabut semua buat atau order semua tu baru. Tapi, hakikatnya pitih tak dop yob. Aku telan aje la semua yob. 


Masa beli, ingatkan A3 tu dah memadai, rupanya alaaaa comel ngat la. But, arcylic board sampai dalam keadaan molek elok dan thanks for the seller wrapped baik-baik. Harga pun okay jugak. 


Arcylic board

Memang puas hati tengok material arcylic board ni. Lain kali boleh repeat lagi beli sini this ARCYLIC BOARD. Harga pun murah la bagi saya kan. Ingat! Wedding welcome board lawa beso-beso. Tapi harga dia tak la sebeso kalo ko tempah kat orang. Masih mampu seluk sikit duit kocek tu. 


Next apa yang kita perlukan adalah, ehh sebelum tu nak cerita asal kejadian welcome board dia bukan takat plan gini. Actually ada pattern lain. 


Sticker Mirrorcate

Begini sebenarnya. Aien print ikut shopee guna sticker transparent but, tough giler wei sekali dia dah lekat nak cabut..Mau tercabut pinggang dulu ni. Sticker mirrorcate dia kata. Phewww.. Untuk kesekian kali nak betulkan dia, haa, koyak la pulak. Dah alang-alang koyak, koyakkan terus aje laa. Aien memang standby dua jenis sticker sebab memang tahu. diri ni begitu la dia kan. Aiguu aiguu. Suka benor ler buat kerje tu buat aje menonong tau dak. 


Aje la ko ni Nur! Pahtu udah ler sticker huruf tu lagi mahai ler sikit dari sticker yang kat atas tadi. Hadap je la labu. Tapi ada lagi kreatif dia lukis sendiri je huruf nama tu. Haa, mau gegar la tangan jari jemari pengantin kalo dia baru nak buat seminggu sebelum majlis. Haha 


Next barang korang perlu selain sticker nama, adalah arcylic paint. Yang ni Aien tengok kat kedai macam mahai na la. Adalah ler beza singgit dua dari beli kat shopee ni. 

Arcylic Paint

Dua ni tak sampai duploh ringgit wak. Murah nau ler. Konon beli ler dua ikut tema. Berangan jugak, kalau sticker kedua tak jadi, aku conteng ler ikut suka aku aje. Nasib sticker tu tak meragam walau ada ler jugak senget menyenget. 


Saja ler beli dua jenis berbeza nak tengok mana yang cantik. Aje ko ni Nor! Memang begitu kan. Dah beli pahtu terfikir, awat ler hang ni suka membazir ek?  Haaa, Hadap! Simpan aje la. Benda ni tak basi pung. :p 


ARCYLIC PAINT ni memang berbaloi. Buat double coat pun tak sampai setengah botol tu pakai. 

 
Last but not least, dia punya stand kaki ni. Haa, yang ni wak.. Awak boleh simpan pakai untuk melukis besok hari. Jangan ler pengantin amek ni sekali. Lupa den mesan dia ritu. Haha Aok, kita bagi kat aok welcome board tu aje eh. 

Stand Welcome Board


Beso pun beso dan boleh adjust sikit paras mana kome nak letak kome punya board tu. Tu ler kabo kat korang, simpan benda ni untuk besok hari. Syiok melukis pakai benda ni. Acah-acah estatik sikit kan. Nak buat tempat letak menu board korang pun boleh. Klik link di bawah nak tau berapa harga dia. 


Nahh, senang banget kan? Ehh.. Senang ke kan? Total lost tak pun sampai RM100. Kalo korang rasa malas nak buat sendiri, meh ler order dengan kita. Total hangus pun kita kira bawah RM150. Heee.. 

Untuk wedding adik ipar ni kita buat kerja yang orang tak nampak je. Design kad jemputan dua belah pihak, design banner, e-card dia. dan juga penunjuk arah. Yang ni tak kira la sebab kita yang nak bagi kan. Heee~ nak tengok contoh? 


Banner Pengantin

Banner jemputan. Dah seronok dapat tolong dia design, dah siap print baru teringat, terlupa letak "terima kasih daripada kami sekeluarga" Hehe First time be like kan. But, I'm proud with myself. Another achievement la walaupun teda juga orang puji bah. 🙈 

 
Tak tau la kad kawen siapa lagi saya design ni nanti. Bekerja as designer ni ko tak leh syiok sendiri. Kalau kastemer tak suka karya ko, dengar ler kata deme ye. Because customee always right. Bai! 

8 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤