Drama Korea: Revenge of Others (2022)

Sabtu, Disember 17, 2022

 


Revenge of Others 

Sebuah drama bergenre suspen dan misteri tentang pembunuhan seorang pelajar sekolah menengah. Drama yang membawa kesedaran kes buli di kalangan para remaja sekolah serta hal yang menjadi permasalahan di sekolah menengah yang boleh menyebabkan campur tangan pihak polis. 

Drama ini perlahan-lahan membawa kita menyelusuri  kisah penembak hebat dari sekolah Busan ke Sekolah Yongtan, Seoul dan bagaimana beliau menyelesaikan kes pembunuhan yang sudah ditutup oleh pihak polis ini. 

Sinopsis Revenge of Others 

Ok Chanmi tidak mempercayai bahawa abang kembarnya, Ok Changyu mati kerana bunuh diri. Kerana itu, dia berpindah ke Sekolah Yongtan. Yang tidak lama kemudian kemunculan 'hero' menyelamatkan seorang pelajar yang dibuli. Jadi, Changmi mempercayai bahawa hero ada kaitan dengan pembunuhan abang kembarnya.


Barisan pelakon Revenge of Others 

Park Solomon sebagai Ji SooHeon 
Shin Ye Eun sebagai Ok ChanMi 
Seo Ji Hoon sebagai Seok Jae Bum 
Lee Su Min sebagai Kuk Ji Heon 
Jin Ho Eun sebagai Sa JaKyeong 
Chae Sang Woo sebagai Gi O Sung 

Barisan pelakon muda yang berbakat menjayakan drama ini sangat memberi impak besar kepada masyarakat terutama di Korea Selatan. 

Review Revenge Of Others

Tak sangka boleh sangkut tengok drama ni sebab barisan pelakon dia muda-muda belaka. Jadi macam drama dia pun tak ada la heavy sangat selain daripada melibatkan budak sekolah, cikgu dan pihak polis. 

Saspen sebab kita sibuk teka siapakah pembunuh Park Wonseok a.k.a Ok Changyu yang sebenarnya. Ikut la bersama Ok Chanmi meneka dan menyiasat siapa pembunuh abang dia tu. Mula saspek si Hero, pahtu bukan. Petunjuk bawa kepada orang kedua, which antara yang paling rapat dengan Changyu semasa hidupnya. 


Orang kedua ni kaki putar belit. Semua petunjuk jadi mislead olehnya dan cukup berjaya la pelakon dia bawa watak menyampah tu kerana dia anak seorang ketua polis. Ehh, geram aje tengokkan. 

Plot twist dia banyak pada orang kedua ni la. Suka dengan drama ni sebab semangat Ok Chanmi tidak mengaku kalah dengan pembuli yang ada di sekolah tu. Dia berani kerana benar walaupun ada fitnah tular tentang diri dia. Best la! 

Saya rate drama ni 4.5/5 sebab semua best kecuali plot yang berpusing-pusing yang kesudahannya pembunuh dia ada di kalangan mereka. Pandai kan? 


Spoiler alert! - pembunuh dia ada split personaliti. Yadoi! Padan susah sangat nak tebak. 




3 ulasan

  1. iklan cerita ni asyik lalu lalang je dalam socmed..macam kena tengok juga ni nanti

    BalasPadam
  2. tak tengok drama ni sebab semua muka baru tapi macam best juga ada misteri dan cari pembunuh abang dia..

    BalasPadam
  3. Heroin pun cantik, padan la. Dah lama tak tengok cerita korea ni, zaman dulu selalu la tengok. Sekarang dah jarang sangat.

    Wanita Austria Fetisch Barbie Membelanjakan RM214,924 Untuk Membesarkan Bibir

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤