Chinese Drama: Love like Galaxy (2022)

Khamis, September 08, 2022


Tajuk: Love like Galaxy, The Star are brilliant

Genre: Politik, Historical, Misteri, Romance 

Bil. Episod: 56 ( 2 part) 

Channel: iQiyi 

Cast: Leo Wu, Zhao Lu Si, Guo Tao, Zheng Li, Li Yin Rui, Sun Kai, Zhang Chen, Kira Jin, etc

Sinopsis: Cheng Shao Shang ditinggalkan oleh kedua ibubapa sedari kecil untuk beperang.  Kelihatan luarannya Shao Shang seorang yang nakal dan degil, tapi dia sangat bijak dan amat berjaga-jaga dengan mak cik yang penuh dengan tipu muslihat.


Ceritanya bila dah kembalinya mak ayah dia, sampai masa Shao Shang berkahwin dan dia bertemu dengan tiga jejaka yang berbeza latar belakang. 


Lao Yao - dari keluarga bangsawan Lao seorang yang sangat baik hati dan sentiasa menyokong setiap tindakan Shao Shang. 


Yuan Shijian - Dari keluarga bangsawan Yuan. Seorang bijak pandai dan sangat dikagumi oleh semua gadis di bandar. Tertarik dengan Shao Shang yang berfikir di luar kotak. 


Ling Bu Yi - Seorang jeneral dan anak angkat Maharaja. Berhati beku dan miskin dia riak wajah. Berkenalan dengan Ling Buyi membuatkan Shao Shang terjebak dalam misteri keluarga Jeneral Hao yang mati akibat pemberontakan di Kota Gu. 


REVIEW 


Fuh, panjang benaran drama ni. Untuk pertama kali rasanya Aien melayan drama berbentuk politik begini. Biasanya memang akan pergi begitu saja sepertimana Aien tinggalkan Alchemist of Soul. haha 


Disebabkan Zhao Lu Si gigih jugak menghabiskan walaupun agak perlahan momentum drama ni. Berlatar belakangkan zaman pemerintahan Maharaja Wen, mengisahkan tentang pembelotan antara keluarga bangsawan yang terlalu tamak dengan nama dan darjat. Fuh, memang penat la wei. 


Walaupun ada romance antara Zhao Lu Si dan Leo Wu sebagai Shao Shang dan Jeneral Ling, agak perlahan sebagai Jeneral Ling penuh dengan dendam akibat seluruh ahli keluarga dibunuh dengan kejam kesan dari pemberontakan Kota Gu. 


Jeneral Ling membesar dengan Mak yang amnesia sebab trauma dari peperangan tu. Hanya mereka berdua terselamat. Dapat pulak bapa dia Pengawai Ling pergi berkahwin lain a.k.a berselingkuh konon isteri dia dah gila. Mana taknya. Berat sungguh drama ni. 


Rupanya ada dua bahagian untuk drama ni. Di iQIYI dia teruskan untuk 56 episode. Untuk bahagian pertama banyak cerita pasal Shao Shang dan keluarga serta bagaimana kehidupan cinta Shao Shang dengan ketiga lelaki yang ditemuinya. Sampai Ling Bu Yi melamar Shao Shang kerana jatuh cinta pandang pertama dengan senyuman manis Shao Shang. 


Sesungguhnya Jeneral Ling Bu yi rindukan kemeriahan bekeluarga sepertimana di kediaman Marquis ChengYang, iaitu rumah Shao Shang. Jeneral Ling juga tertarik dengan Shao Shang sebabnya gadis tu sanggup 'jual' atok sedara sendiri yang penuh rasuah. 


Bila dah terlibat dengan Jeneral Ling, Shao Shang terpaksa masuk ke dalam istana untuk belajar adat dan politik supaya dia sama taraf dengan Jeneral Ling yang sangat disukai ramai gadis sebab jawatan dan kalibernya. betul ke ni? 


Semua orang merasakan bahawa Shao Shang bawa malang kepada Jeneral Ling. Masuk istana je kena buli. Tapi tahu aje la dia memang nakal. Orang buli dia, dia buat balik. Siapa yang buat baik dengan dia, dia sentiasa membantu orang tu. Itulah Shao Shang. 


Sampai sudah wei, belot membelot di sana sini. Penuh agenda memasing. Paling mengejutkan orang yang bertanggungjawab atas pembunuhan Keluarga Hao sampai hilang keturunan tu adalah bapanya sendiri, Ling Yi. 


Dan paling mengejutkan selama membesar menjadi anak angkat maharaja, Ling Bu Yi menyembunyikan identitinya yang dia bukan dari keluarga Ling. 


Puas hati juga ending dia. Drama yang diadaptasi daripada novel sesungguhnya memang panjang. Best jugak kalau ads director sudi nak adaptasi novel RAM begini. heheh 


Baca drama zhao Lu Si sebelumnya: 



8 ulasan

  1. rajin juga tengok klip video dia..comel sgt gandingan Lu Si dgn LEO tapi itulah malas lagi nak melayan drama dia..panjang sangat..hahaha

    BalasPadam
  2. Tengok je la netizen punya kerja rajin yang boleh pendekkan drama ni. Haha

    BalasPadam
  3. aieee kenak ditinggal alchemist ya..kamek agik tengah melayan cerita ya hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Layan sambil2 jak bila laki tangga. Nya gik smpe habis ditangga. Haha

      Padam
  4. masalahnya cerita ni panjang betul, kita tengok pendek je kt tiktok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tu yg gigih menghabiskan dengan kelajuan 1.5x nnti ada netizen rajin buat sampai 36x speed. senang nak hadam sebab banyak meleret je

      Padam
  5. Sha layan klip pendek drama ini di Youtube.. Tak terlayan drama penuh dia sebab panjang.. kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. senang dah ada netizen rajin mudahkan kita. Haha Tapi dorang highlight moment penting je

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤