Chinese Drama: Love between Fairy and Devil (2022)

Isnin, September 12, 2022


 

Tajuk: Love Between Fairy and Devil, Parting of Orchid and Devil King 

Genre: Fantasy, Comedy, Wuxia, Romance

Bil. Episod: 36

Cast: Esther Yu, Dylan Wang, Zhang Ling He, Xu Hao Qiao, Christy Gao, Charles Lin, Hing Xiao, Wang Yu Yi, etc 

Sinopsis: Adaptasi dari Novel Cang Lan Jue karya Lu Feng Xiang mengisahkan tentang kisah cinta terlarang antara devil dan fairy. 


REVIEW 


Supposed to be Aien tak nak tengok drama ni sebab semua drama lakonan Dylan Wang  macam sangat la tidak menarik perhatian. Apatah lagi gabungan dengan Esther Yu yang sebelum ni Aien pernah tengok dia berlakon dalam MOONLIGHT which is sangat la tak best serta fake sangat. 


But for this drama I given you ⭐⭐⭐⭐⭐⭐ out of 5. Haha That means must watch this drama if you like fantasy plus wuxia type drama la kan. 

Just because ini genre kegemaran walaupun bukan pelakon kesukaan tapi berjaya buat hatiku gigih menghabiskan drama ni dalam masa 1 hari 1 malam. 😂 Rabak mata guwe deh. Dengan kelajuan 1.5x serta skip skip sebahagian part. Haha Boleh la kan? 

Mengisahkan tentang Fairy Orkid yang sangat lemah asas dewanya dipelihara oleh Dewi Siming penjaga buku Nasib. Fairy Orkid ni simple sangat lakonan dia yang sangat happy go lucky, naif serta penghibur bagi semua orang. Dia memang baik. Naif laa kan? Dia suka dengan Dewa Perang, ChengShang dan ingin mengambil peperiksaan dewa sebagai pembantu di Istana tempat duduk Dewa Perang ni tadi. 

Alih-alih one day, Si Orkid ni ternampak buku Nasib Dewa Perang ChengShang ni bakal menghadapi dugaan maut tapi tak boleh nak bagi tau dengan empunya buku nasib. Jadi Orkid mengambil peluang pergi menyelamatkan Dewa Perang ChengShang sendiri dan menyebabkan dia pulak terperangkap dalam Menara Haotian, tempat pengurungan Dewa Berdosa, Devil Raja Bulan. 

Paling lawak sekali bila kedua Raja Bulan dan Si Orkid ni bertukar tubuh saat mereka bertukar ciuman. Ehh, masalahnya tabik dengan kedua pelakon Dylan dan Esther ni boleh switch lakonan dorang tu. Comel giler. 

Dalam mereka terikat dengan Mohon Xilan yanh secara tak sedar ditanam oleh Orkid yang sebenarnya Dewi Gunung Xi, penjaga 3 Alam. Raja Bulan dan Orkid ni jatuh cinta sesama mereka. Walaupun sorang dari Suku Bulan yanh dikenali sebagai suku kaum yang jahat padahal itu onar yang ditaburkan oleh Raja Syaitan Tai Sui. Suku Dewa ni biasa la, sok sok suci padahal...  Malas la nak cakap. 


Pahtu biasa la bila drama begini, hayat mereka di langit ni takkan pernab habis. Jika mereka membuat kesalahan mereka di hantar ke dunia manusia a.k.a Tasik YunMeng untuk mencuci dosa mereka. Benda tu jangan la terlebih fikir pulak ek. 


Kesudahannya, I love sangat dengan drama ni dan mesti tengok la sebab dia masih duduk Top 10 drama must watch di aplikasi iQiyi tu.  Tetiba pulak lalu di short youtube dorang berdua a.k.a Dylan dan Esther ni halah halah.. macam biasa fans mengharap agar ada drama costume lagi dari kedua pelakon ni. Aien? Tengok la dlu. Macam nak marathon Meteor Garden lakonan si Dylan Wang la pulak. Haha 

Nak cuba tengok drama terbaru Xu Kai macam tak best. Heee... 

Okay, jumpa next drama review  


3 ulasan

  1. Belum berjaya lgi tengok walaupun 1 episod.. dok layan klip pendek je.. hehehe..

    BalasPadam
  2. haritu tengok sikit part fairy orkid ni nak ditabalkan jadi fairy secara rasmi tapi tak keluar pun details dia. pelakon dalam drama ni kemain ek handsome belaka

    BalasPadam
  3. drama ni dah masuk netflix so nanti-natilah kte tengok..haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤