Happy Merdeka Day Malaysia!

Rabu, Ogos 31, 2022

 


Merdeka! Merdeka! Merdeka! 



Sejak Pandemik melanda dunia, sunyi hari kemerdekaan tanpa apa-apa sambutan. Alhamdulillah tahun ni, kita diberi peluang untuk berkumpul menyambut hari di mana Malaysia mendapat kebebasan daripada British dan segala penjajah. Namun begitu adakah kita sudah benar-benar merdeka? 


Tema Merdeka 2022

Setelah menempuh pelbagai rintangan dan dugaan selama 2 tahun sebelum ini, dengan slogan, #KeluargaMalaysiateguhbersama merujuk kepada masyarakat hidup  aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman kebersamaan dan kesyukuran sejak pandemik melanda sebelum ni. 



Logo Hari Kemerdekaan ke-65 berkonsepkan Jalur Liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk rakyat. 


Apapun semoga kita gunakan hari cuti ini dengan meluangkan masa dengan keluarga dan manfaatkan dengan baik. Happy Holiday Malaysia! Stay safe stay healthy! ❤️

3 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤