Setahun cek up? Dah kena bayar juga

Isnin, Julai 11, 2022

 


Your first year is done! - alhamdulillah Nadhira Imaani dah berusia satu tahun. Hari tu dah celebrate 6 Julai 2022 , kesibukan melanda baru ini kali dapat update blog. Jangan jadi birthday Nayla, sampai sudah tak ada simpan kenangan di blog. Yet, ada la di media social yang lain. 


Di ulang tahun kelahirannya, Nadhira bermula dengan rutin check up dan suntikan Vaksin MMR kali kedua. Appointment jam 9 pagi, Ibu terlajak. Sudahnya jam 9.15 baru sampai ke klinik. Sekali, masya Allah sejuta manusia. Masa nak check in di kaunter luar KKTU, terkejut baby bawah setahun pun sekarang dah start bayar RM1. Untuk pengetahuan mak-mak newbie terutamanya. Dahulu pembayaran akan dibuat jika untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas saja. dan juga sekiranya kita ada ambil pil perancang.(bahagian klinik ibu & anak terutamanya) Kalau untuk bahagian awam tu biasa la kan kena bayar seringgit. 


Me like masa tu, terkulat la kejap sebab tak bawak dompet. haha Biasa kalau ke klinik memang bawah buku dengan botol air je. Malas nak bawak bebanyak. Buatnya tak ada tempat duduk, naya pak karim nak angkut sejuta mende. 


Rutin biasa kalau cek up di KK pasti kena menunggu dulu sehingga nombor dipanggil. Pantasnya giliran Nadhiraa tak sampai berejam la di KK untuk temu janji kali ni. Syiok hati ibu nak oi. Jumpa lagi 3 bulan kemudian. Ikutkan masa kakak dan abang, masa 15 bulan macam tak ada temujanji, rupanya ada penamabahan untuk  suntikan phemucocoal dos extra. Gitu la kan. Banyak betul vaksin ni. 


Bagusnya Nadhira siap tenung lagi misi dok cucuk lengan dia tanpa nangis. Haha Kalau ibu dah berpaling dah. Tak kuasa la nak tengok kena cucuk. Bagus la anak Ibu ni.

Petang sikit kita belanja birthday girl kek. Ibu dah janji nak belikan kek kan. Jadi seperti selalu memang Aien akan order ikut grabfood je untuj kek pilihan kali ni oleh SDS Bakery. SEDAAP KEK GELATO DIAAAAAAAAA~ 



Terujanya mereka bertiga ni dapat makan kek. Tiap kali ulang tahun kelahiran saja kita makan kek ye anak-anak. Jika pada ulang tahun kelahiran yang lalu ditaja oleh atok dan opah Miri dia, kali ini harus beli sendiri. Next week untuk birthday abang pulak. Julai ni rezeki berganda sikit sebab ada dua orang yang nak saing sama dengan atok, tapi tak kena-kena. 😂


Nadhira terutamanya bila tengok ada coklat bear atas tu. datangnya dengan kotak bulat besar. Heeeee..  Ibu pulak yang excited. 



Comel bukan? beku lagi siap dengan strawwberry dia. Apa lagi berkongsi la mereka bertiga coklat tu. Suka sangat bila anak-anak gembira la kan. Ibu ni aje gemar nak stress diri sendiri bila tengok anak-anak teruja. 

Apapun happy birthday sayang, semoga cepat naik berat badan supaya tak kena bising lagi. Haha 

6 ulasan

  1. alahai comelnya, selamat hari jadi Nadhira :)

    BalasPadam
  2. oh, dh kena bayar ke check budak skrg.. nnt cer tanya dgn member kt sini.. eh terspeaking plak.. haha

    BalasPadam
  3. happy birthday nadhira. kejap jek ek dah setahun.

    BalasPadam
  4. Happy Birthday Nadhira comellll! Semoga membesarrr menjadi anak yang sihat, dan baik untuk family serta negara...Amin! Semoga kamu dilindungi Allah dan ceria ceria ya...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤