Berjalan Raya Haji di Banda Hilir dengan baju kurung

Selasa, Julai 19, 2022

 


Salam Aidiladha yang lalu - Baru ada mood oi nak menaip semua ni. Simpan semua kenangan di merata tempat. Nanti dia pandai la naik peringatan yang kita dah ke mari. 


Cuti lama di Melaka - raya haji pun tak ada rumah siapa nak ziarah kami berjalan ke Banda Hilir buang lemak yang terkandung. Haha Anak-anak bising dah pakai lawa-lawa tapi duduk rumah aje. Maka ayahnya angkut la ke mana saja, janji jalan. Berapa kali dah ke Melaka dengan dorang triple N, cuma tiap kali sampai ke Banda Hilir ni mesti dorang dah lena. Tak mau ganggu tidur mereka. Lajak aje la. 


Ini kali dapat juga berjalan dengan berbaju kurung hasil jahitan tangan gigih seorang Ibu. Kah! Gigih sungguh la kan. Comel aje tengok dorang berbaju kurung. Next raya panjang umur in shaa Allah, Ibu cuba jahit baju raya kita sekeluarga. Paling tidak baju suami aje la hantar kat orang. Haha 


Banda Hilir begitu la bila cuti umum. Orang ramai itu biasa. Penuh di sana sini itu lumrah. Jadi kami jalan-jalan saja la enjoy the moment. Sambil-sambil snap gambar, beli kudapan sikit alas perut. 



Pusing-pusing, kita kasi satu gambar di Bulatan Lembu. Nayla pun dah pandai sekarang, tengok tempat best. Semua dia suruh Ibu snap-kan aje gambar. Ibu pulak jenis suka gambar candid. Somehow, bukan semua orang suka kan. Cari la proper sikit gambar buat carian umum ni. 




Jumpa air pancut, Ibu sini-sini -- kata Nayla. See, dia dah ready dulu. Besok-besok Ibu yang jadi tukang amek gambar dia aje la. Abang Najmi macam biasa laa. 



Done jalan di Melaka. Haha Template gambar terpanjang pulak sebab ikut template video. Bior la kan.. 

Lepas dah ambil gambar sana sini -ayahnya bawak pulak ke taman permainan di sebelah Taming Sari walaupun jauh berjalan dari tempat parking. Weh, kejung kaki. Lama nau tak senaman begini. Najmi dok tanya.. Nak ke mana lagi. Haha Siap tak nak balik kau..  Akal la anak oi.. Jumpa taman. Main setengah jam, puas hati kami pun pulang sebelum senja. 


Panjang la ni cuti-cuti Melaka series ni. Bulan 7 meriah sikit jalan. Bulan-bulan akan datang tak tau la ke mana sebab cuti dah habis. Haha 


11 ulasan

  1. wahhh bestnya ibu dia pandai menjahit baju, raya tak payah pening kepala nak fikir pasal baju raya. Comel la masing-masing dengan perangai dan akalnya haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adehhh, pening pala kalo asyik jalan aje tau.

      Padam
  2. seronoknya berjalannnn... kita raya haji, bangun duk prepare semua habis solat raya kumpul semua snap satu dua (kali lima kot sebb fotographer cerewet hehe) gmba pastu sambung makan sampai la ke petang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha sebab kat tempat org harus berjalan.. Kalau tak sia-sia cuti lama.

      Padam
  3. seronok jalan bawa budak2 hahah walau kadang mcm2 ragam tp meriah!! terbyg dah ni melaka panas nya oiii ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sebab panas di rumah laaa kami berjalan. Biar panas di luar. Agar cuti tidak sia2 kak.

      Padam
  4. Bagusnya ibu jahit baju sendiri. hari tu waktu ke Melaka pun berjalan tangkap gambar lembu tu, anak-anak suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gigih kak. sebab dah menyebut dengan orang lama.. tu yg mcm .. wow! bila dah jadi

      Padam
  5. Bestnya pergi jalan-jalan dengan keluarga.

    BalasPadam
  6. Saya suka g Melaka.. Belum habis jalan lagi dari zaman study ek.. Haha.. Comelnyaaa anak anak dah suka bergambo...Lagi lagi dgn baju jahitan ibunya..Great kak! Next.. bulan Sept nanti holiday adaa

    BalasPadam
  7. woww bestt juak aktiviti raya haji kitak orang...jelesss hahahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤