Pertama kali turut serta JDT Blogger Potluck Open House 2022

Sabtu, Jun 04, 2022

 


Syawal sudah pun melabuhkan tirai, baru datang seru nak menulis posting ni. Sempena dua tahun dah tak beraya sakan, seperti biasa JDT Blogger menganjurkan open house versi potluck dan buat pertama kali Aien turut serta event sesama kami saja. Huish, dup dap dup dap jumpa akak-akak lejen ni. Walaupun ada sesetengah mereka dah jumpa beberapa kali di media review yang lalu. Masih jugak datang gemuruh dia tu. 


Program kami berlangsung di Gelang Patah، Johor. Masing-masing memang dah susun dan buat senarai orang sekian bawak menu apa dan sebagainya. Teruja jugak nak jumpa akak lejen Sis Lin tapi tu la masih tak ada rezeki jumpa beliau lagi. 

Jom la kita usha menu-menu yang dibawa oleh merekaa blogger yang lain. Kalau korang nak tahu siapa lagi JDT Blogger yang hebat semua tu, korang boleh tengok di senarai bloglist Aien di bawah. Mereka semua sempoi dan awesome. Banyak Aien belajar dengan mereka. Cuma tu la, Aien ni introvert. Shy shy cat gituu. Dalam talian kemain haruk, bila depan-depan pemalu yang amat. Haha Ye ke tu? 



Pizza daripada Blogger Nona sebagai pengganti diri. 

Beliau terpaksa bekerja pada hari kejadian. Demi menebus rasa keciwa tak dapat gather-gather.. hantar la pizza. Pun comel. 




Fruit Cocktail daripada Blogger Suzie. Sedap buat pencuci mulut. Berapa kali tambah ni. Haha 



Tart dari Blogger Farah huda. Masya Allah. Nikmat tart ni.. sampai ke hari ni memanggil aje. udah ler lawa tau deco dia. 


Rendang Ayam hasil air tangan Blogger Sunah Sakura. Uish, kalau tak disebabkan Aien ni tak boleh makan pedas, ku rembat bebanyak. Pekena lagi dengan burasak air tangan ayah Blogger Lia, aish... ..  memang tak toleh kiri kanan dah an. Sejak menetap di Johor ni, dah terbiasa setiap kali rasa cari Burasak dan Lepat Loi. Nasib tak bawak Sambal Jawa Goreng ritu. Memang tu la kawan dia. 

 


Kari Ayam bersama dengan Roti Jala memang dah jadi tradisi dan makanan paling senang nak dihidang pada tetamu setiap kali rumah terbuka. Setiap kali tu jugak la, tak pernah jemu tau makan roti jalan ni. Bebudak pun suka. Sampai tambah berkali-kali. Menu ni daripada Tuan rumah Blogger Hernie. Asyik ingat nama ERNIE Zakri je sepanjang tulis ni. maaf kak. Haha


Sosej dan Nugget serta Air Asam Boi daripada Blogger Ain. Berkenan betul dengan nugget dia. Lupa nak tanya, nugget jenama apa. Sedap~ Hahaha Orang kata, makanan free memang sedap. ye dak? 


Bihun Singapore juga daripada Blogger Farahhuda. Jangan dipandang rupa putih dia, pedas tapi sedap. Kenapa la sendiri tak leh makan pedas. Stress~  Haha 


Ni la Burasak air tangan ayah Blogger Lia. Sedap. Burasak ni kalau tak silap Aien makanan Orang jawa la untuk perayaan begini. Pertama kali makan, ada suami sepupu buat masa di Miri dul. Tapi tak kena citarasa. Haha Dah duduk Johor, ni jadi kegemaran pulak. 


Roti John dari Abang Blogger Ain. Kalau tak pedas, konfirm sis makan. Masalah la level kepedasan Aien ni mengalahkan bebudak punya level tahu. Disebabkan ada alergic di bibir. Jadi tengok makanan sedap tapi pedas tu termenung jap. Sebabkan sedap, kita lenjan jugak. Padahnya sendiri tanggung la kan? 


Nona Manis~ juga daripada Tuan Rumah Blogger Hernie. Tak sempat dihabiskan di tempat kejadian, kita tapau balik. Menyesal minta sikit je. Kesedapan makan seseorang. Anak-anak lak kuih lejen begini tak pandai sangat kecuali epok-epok. Tu pun sebab Ibu dia rajin buat. Adakah Ibu ni harus mempelajari kuih lejen semua? Haha 


Saja la nak amek gambar hasil bawaan sendiri. Tak banyak. Sekadar memenuhkan meja. Ada lagi menu lain. Tapi semua dibuat video. Kelupaan sebab sang anak dok ibu, lapar.. Begitu la kan. 

Dua jam bersua, rasa macam tak cukup saja bila anak-anak seru bila nak balik. Pantang ek. Dah tau dah fefeeling orang tua kita dulu yang jumpa kawan-kawan masa hari raya. Mesti nak berejam kat satu rumah. Dari satu topik ke satu topik. Kalau boleh tido kat situ, ramai bentang tilam aje. Haha 



Sempat bergambar dengan Blogger MY . Beliau singgah sebentar sebelum lajak ke destinasi seterusnya. 


Suasana ketika masing-masing seronik menjamu selera. Anak-anak pun riuh memilih makanan. Dah kenyang masing-masing kengantukan memandangkan masa tu kebiasaannya waktu tidur mereka.



Sesi bergambar pertama. Meja pun masih penuh. dari kiri, Blogger Lia, Blogger Hernie, Blogger Suzie, Blogger Aida, Blogger Ain, Blogger Sunah, Blogger Farahuda, blogger Afzani, Aien yang awkward. Mak mentua Kak Aida dan penghujung blogger MY


Sesi gambar kali kedua serba huru hara sebab anak-anak dah ngantuk tapi ada dua blogger baru sampai iaitu Blogger Nur dan Blogger Afdilah. Kedua mereka ini Aien baru jumpa buat pertama kalinya. Lawa-lawa mereka. Hehe Ramai lagi tak jumpa dan ada yang dah biasa juga Aien jumpa di media review seperti Blogger Julia, Blogger Nona dan Blogger Syu tak dapat datang. Lain kali panjang umur kita jumpa na. Seronok ada komuniti kecil begini. Buat pertama kali setelah 5 tahun di Johor macam function jugak la hidup Aien kat sini. Haha Itu pun masih intorvert yang kadang macam seronok nak gathering bil dah sampai sibuk nak balik. Eh.. Maafkan aku... 



Rutin sebagai blogger juga tidak dilupakan oleh blogger tegar ni. Masing-masing semangat buat review padahal open house sesama. Well nature can't be change. Ahh~ gitu. Sedikit sebanyak Aien banyak belajar dengan mereka dengan melihat cara mereka. Kena banyak lagi bertanya dan belajar dengan mereka ni. 


Tamat sesi rumah terbuka, terima kasih tuan rumah, Kak Hernie atas sambutan ramah serta mereka yang lain. Pada mereka yang tak sempat bertemu, moga ada rezeki untuk kita bersua. Aamiin ya rabbal alamin. 


Till we meet again~ 


9 ulasan

  1. Wahhh..meriahnya gathering diorang. Seronok tengok dapat berkumpul camtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah masing2 dapat luangkan masaaa..

      Padam
  2. Alhamdulillah
    Meriah sungguh sambutannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... meriah dah lama tak bersua. ini kali raya sakan laa

      Padam
  3. bermacam2 makanan.. meriah!

    BalasPadam
  4. bestnya ada open house sesama blogger. Geng Blogger JDT ni memang meriah betul dengan aktiviti bersama. Jealous tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaah seronok wei.. Kita aje la masih shy shy mieoew

      Padam
  5. Syoknya open house geng blogger.. Terbaiklah u alls..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤