Movie Review: The In Between (2022)

Selasa, April 12, 2022

 



Movie mengisahkan Tessa, lakonan Joey King seorang tidak percaya bahawa dia juga perlu ada kisah cinta tersendiri sehingga dia berjumpa dengan Skylar, lakonan Kyle Allen di musim panas, bukan sekadar cinta khayalan. Bila Skylar mati akibat dilanggar oleh sebuah trak, Tessa mula mencari jawapan dan menganggap bahawa Skylar cuba untuk menunjukkan sesuatu padanya daripada dunia sesudahnya. Tessa cuba reach out Skylar demi penghujung yang indah untuk kisah cinta mereka berdua. 



Lama betul tunggu movie ni keluar. Akhirnya ada juga di Netflix. Walaupun kisah cinta begini agak klisé dan mendapat rating yang samar daripada rotten tomato, setidaknya movie ini adalah sebuah movie a good to cry.  Jika korang mencari alasan untuk menangis, go for it. 


Skylar were too sweet for Tessa yang sukakan kesunyian. From stranger watching movie without subtitles dan Skylar jadi penterjemaah bagi Tessa sepanjang movie romantic itu. Tak lama kemudian, mereka bertemu di sekolah Tessa ketika Skylar menyertai pertandingan kayak. 

Kalau ada jodoh tak ke mana, gitu la dia.. Dan mereka mula bercinta namun Tessa masih tidak menyuarakan isi hatinya sehingga saat mereka berdua kemalangan. 



Sejak Tessa jumpa subjek dia, bilik ajaibnya penuh dengan memori dia bersama Skylar. Segala memori dia bersama Skylar sehingga detik terakhir. 

Rupa-rupanya setelah pergi juga, Skylar cuma nak tunjukkan pada Tessa, supaya jangan pernah menyesal hubungan mereka kerana mereka saling mencintai satu dengan yang lain. 



Pergi tanpa penyesalan. Perkenalan mereka sudah ditakdirkan. Dan buat la sebaik mungkin untuk kehidupan yang lebih baik. - pesan Skylar buat Tessa yang selalu menganggap mak-nya tidak pernah setia. Dia membesar dengan melihat mak dia bertukar teman lelaki. Kerana itu, Tessa cukup trauma dan takut sekiranya dia juag bakal ditinggalkan. 

Pengakhiran yang cukup sedih, but quite smooth. Tessa berjaya masuk ke sekolah impiannya dan yakin dengan hasil fotografinya sendiri.

-The End. 


5 ulasan

  1. cita yg best tapi x nangis plak layan cite nie.

    BalasPadam
  2. ooo kalau dah keluar Netflix bolehlah nengok..

    BalasPadam
  3. aduh macam sedih pula cerita dia, takut nangis pula tengok filem ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤