BLOGGER atau INFLUENCER?

Sabtu, April 09, 2022


 
-Apa cita-cita adik? 

- Saya nak jadi cikgu la. Suka nak mengajar orang. 


Hakikatnya sewaktu kecil itu cita-citaku. Bila dah terjebak dengan dunia novel. Once I want to be a novelis. Kemudian, bila sedar diri ini susah nak susun perjalanan sesuatu cerita, aku matikan impian itu. Last but not least, aku berangan nak berkerja sebagai typist. Tunggu taip apapun aku tak kisah, sebab aku cinta dengan bunyi papan kekunci tu. 

Teringat masa mula terjebak dengan blog dulu. Dia punya suka jumpa platform diary online ni, haish... Dan kalau diikutkan banyak sangat la entey yang belom direvert semula. Benda merapu suka nak membebel tu kan. 


Pahtu, 2015 mula membina networking dalam dunia blog ni. Ada la juga beberapa blogger yang aku pandang tinggi dengan ketekunan mereka dalam menghasilkan ayat dan tulisan yang bagus. Aku ni dah la ayat carca merba, ikut bahasa pasar dan menyalahgunakan penggunaan bahasa Melayu dengan Inggeris sekaligus. Rasa macam jari jemari ini menekan papan kekunci apa yanh bersuara dalam kepala aku. Apa luahan hati aku. Begitu la. 


Zaman berubah, aku cuba mencari niche sesuai dengan jiwa. Eh, ikutkan semua benda nak campak ke mari. Sampaikan orang kata, semua benda nak kongsi ke? Ehh.. 


Ye la wak.. Saya ni suka berkongsi begini. Besok-besok mana tau saya lupa, saya baca la tulisan saya sendiri. Secara tak langsung saya belajar untuk membetulkan ayat saya tu. 


BUT, for now, ada certain job untuk blogger requirment dia sama je macam influencer. Aku tak tahu la kan. Dia la kena kerah otak tulis untuk posting di blog, dia la kena edit video, dia la kena amek gambar  Haa.. serba serbi la kan. MEMANG TERBAIK. Pahtu sekarang level-level blogger dan influencer ni ada jenis-jenis la pulak. 


Baca sini aje la: JENIS dan KELAS INFLUENCER


Aku baru jumpa satu ni je blog Malaysia yang berada di first page carian - Kategori blogger. Yang lain majoriti indon sana yang menulis. Pheww~ menangis jugak bila sedar diri berada di awan nano. Ha Ha Ha 


Jadi azam 2022 sebenarnya semenjak turut sama dalam JDT blogger, nak belajar jadi blogger bertauliah, berkongsi benda yang menarik dan menulis dengan tatacara yang betul. Masih bertatih slow slow dek kekangan anak kecil. But, no worries. Kalau ikut ayat sendiri hentam taram la. Lain job special, baru kena kerah sikit otak ni bagi proper sikit supaya klien happy and aku pun happy. 


Bagi aku keduanya ada pro and cons. Bezanya blogger ini memang dah terkenal semenjak dulu lagi sebelum wujudnya influencer ini. Dulu ada dua saja. Blogger atau Youtuber kan? 


Sama ada kau nak menulis atau pun buat video. Sekarang persaingan dah banyak. Mana yang jadi tarikan orang, mana yang kena dengan jiwa orang. Kesimpulannya, jadi blogger atau apapun  bukan mudah, kadang-kadang tulisan kita bisa salah, bisa juga menguris hati orang. Sebelum masing-masing baca dalam nada yang salah, kupohon ampun dan maaf di bulan barakah ini. 


Setiap perkerjaan tiada yang senang - ingat tu!

4 ulasan

  1. betul tu.. agree! Ingt nak menulis ni senang ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. perah otakkk~

      *bayangkan anda tengah perah otak ibarat perah kain*

      HA HA HA HA

      Padam
  2. Semoga kita semua menjadi blogger atau influencer yang memberikan manfaat kepada semua orang. Teruskan usaha untuk menjadi blogger berjaya, Kak Aien.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤